Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Nak Poligami Tapi Minta Duit Isteri Dan Adik-Beradik Taja Majlis Kahwin?

Gara-gara ingin berkahwin lagi satu, individu ini mempergunakan agama untuk penuhi kehendak diri sendiri

by Puteri Alia
October 5, 2022
via Pesona Pengantin/TikTok Abjefri

via Pesona Pengantin/TikTok Abjefri

Share on Facebook

Isu berpoligami merupakan isu yang sering menjadi bualan panas dalam kalangan masyarakat dan jika hal ini tidak ditangani dengan baik, banyak kesannya dalam kehidupan terutama perasaan isteri pertama yang bakal dimadukan oleh suaminya.

Minta Isteri Dan Adik-Beradik Taja Majlis

Baru ini Murai MY menjengah ke laman Twitter, di mana satu perkongsian oleh @kertasgraf yang memaparkan video milik seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Jefri.

“Tunggang selagi boleh tunggang. Dasar kel… Kesian isteri dapat laki macam ni. Dasar tak sedar diri.” Ciapnya

Tunggang selagi boleh tunggang. Dasar kel….
Kesian isteri dapat laki macam ni. Dasar tak sedar diri. pic.twitter.com/gSZAYaynED

— ӄɢ (@kertasgraf) October 4, 2022

Dalam rakaman tersebut menunjukkan tangkap layar gambar mesej perbualan antara adik-beradik pengguna TikTok ini, mencuri perhatian lensa Murai dan menjadi bualan panas pengguna media sosial.

Berdasarkan perbualan dalam mesej berkenaan, salah seorang adik-beradik pemilik video yang dikenali dengan nama Si Dungu (berdasarkan nama yang tertera pada mesej perbualan) ini ingin berkahwin lagi satu.

Tetapi tanpa rasa segan silu individu tersebut menghantar mesej kepada isteri dan juga adik-beradik untuk menaja majlis atas nama mengikut sunnah dan agama.

“Awak nak taja apa, suami awak nikah ni. Awak kan T20. Jutawan. Nak kasi 10k ke 20k. Untuk suami nikah ni. Suami nak ikut syariat Islam ni. Nak halalkan lelaki perempuan secara sah.” Mesej individu berkenaan kepada isterinya.

“Kalau seorang kasi 4k seorang. Adik-beradik ada 13 orang. Tolak saya seorang. Jadi 12 orang taja. Pakat adik-beradik orang kata. Yang T20 keatas tu kasi lebih tak apa. 12 orang x RM4K = RM48k. Taja dari adik-beradik. Ok dah. Alhamdulillah.” tulisnya kepada adik beradik pula.

via TikTok Abjefri

Respon Kaum Adam

Melihat video yang dikongsikan pengguna Twitter ini, rata-rata pengguna media sosial terutama dari kaum Adam sendiri mengecam dan mengkritik sikap individu berkenaan.

Apatah lagi individu tersebut terang-terangan menggunakan nama agama demi kepuasan nafsu untuk berpoligami dan tidak memiliki sifat malu sehingga sanggup meminta duit dari isteri serta ahli keluarga untuk majlis perkahwinannya.

“Berapa banyak pil kuda yang dia telan ni? Dia punya pergi lain macam.”

“Dah kalau tak mampu tu tak payah lah nak gatal kahwin lagi satu musib*t!”

“Hm pakai nama agama nak menutup gatal. Mati je lah bang. Tak payah celup dah. Tambus je.”

“Si*l lah nak kahwin minta orang taja.” Ciap warganet

via Twitter

“Dasar jantan tak guna. Sedap ja tunggang agama demi nafsu binatang kau. Adik-beradik dah tegur pun tak faham bahasa. Nak tunjuk dia lah ustaz yakin tempat duduk kelas pertama dekat syurga. Jijiklah guna agama demi nafsu.”

“Ni pertama kali aku tengok penunggang yang paling menunggang secara terang-terangan tanpa rasa malu.”

“Bod*h je. Betul lah orang kata tak menang bercakap dengan orang tak berilmu ni.”

“Dia nak syok, orang nak kena bayar.” Ciap mereka

via Twitter

Ingin bina mahligai tetapi menolak tepi teguran ahli keluarga, malah sanggup pula meminta adik-beradik serta isteri untuk menanggung perbelanjaan majlis atas nama agama. Apa pandangan anda tentang isu ini?

minta duitpoligami
https://lomp.at/m3vz7
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
Foto - @gn4mii (Threads)
Viral

[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”

by Nurul A.
March 6, 2026

Tak habis-habis, kali ini tular pula sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika berada dalam sebuah...

Read moreDetails
Video - @tataygold (TikTok)
Viral

[VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

by Nurul A.
April 9, 2026

Di platform TikTok dan Threads, tular sebuah video yang memaparkan seorang bapa yang sedang menikmati pencuci mulut popular, Dubai Chewy...

Read moreDetails
Viral

Bekas Cheerleader Dikenakan Hukuman Selepas Buang Bayi Dalam Tong Sampah

by Nurul A.
March 17, 2026

Seorang bekas cheerleader menghadapi pertuduhan berat selepas bayi yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia di dalam almari bilik tidurnya. Wanita...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  2. 2

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  3. 3

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    [VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara