Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Cinta

Nak Tahu Sama Ada Si Dia Tengah Bohong Atau Tidak, Perhatikan Tanda-Tanda Ini…

by Soph Azz
April 12, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Tak ada seorang pun dalam dunia, tak pernah menipu. Sama ada berbohong untuk kebaikan, ‘tipu sunat’, atau tipu untuk menutup kesalahan yang dilakukan.

Tetapi dalam konteks perhubungan pula, pembohongan atau penipuan tidak boleh dipandang ringan dan ambil mudah. Ini kerana ada beberapa pembohongan yang boleh menjejaskan hubungan kamu.

Jadi dalam entri kali ini, Miss Murai nak kongsikan beberapa tanda untuk kamu detect jika pasangan sedang berbohong semasa bersama dengan kamu.

Tanda 1: Perubahan tingkah laku yang ketara

Perubahan mendadak dalam sikap atau tingkah laku boleh menjadi tanda bahawa si dia cuba menyembunyikan sesuatu atau berasa bersalah tentang sesuatu. Ketika berbohong, seseorang cenderung untuk berhati-hati dengan persekitaran dan bertindak mencurigakan.

Tetapi kalau nampak pelik sangat, seperti mengangkat telefon jauh daripada kamu, atau larikan telefon daripada pandangan, bawa telefon ke mana-mana sahaja atau tak pernah tinggal telefon daripada peganganya, hati-hati, si dia mungkin tak mahu kamu menghidu sesuatu daripada tindakannya.

Tanda 3: Ada gosip atau rumors mengenainya 

Memang gelisah rasanya apabila ada yang beritahu atau kamu terdengar cerita yang tak best mengenai si dia. Jika hanya seorang sahaja yang katakan perkara tak elok tentangnya, kamu boleh hiraukan sahaja. Tetapi kalau lebih daripada seorang, dan kerap berlaku dalam masa yang singkat… Kamu mungkin mahu berbincang atau tanya pada si dia.

Tanda 4: Bila bercakap, elak daripada pandang mata 

Apabila si dia selalu berkomunikasi sambil memandang mata kamu, tetapi tiba-tiba dia berhenti lakukannya, ia petanda yang dia sedang menipu. Kalau kamu perasan si dia buat begini, cuba selidik perkara apa yang sedang dia sorokkan.

Tanda 5: Tuduh kamu seorang penipu atau curang 

Foto – Pinterest

Biasanya bila si dia menuduh kamu menipu atau curang dengan seseorang, percayalah yang sebenarnya si dia sedang menutup kesalahannya. Sama ada dia tengah menipu kamu atau berhubungan dengan orang lain di belakang kamu, sambil risau kamu turut lakukan perkara yang sama terhadapnya.

Kalau rasa lain dengan pasangan kamu, cuba perhatikan tanda-tanda di atas. Risau ada sesuatu yang disembunyikannya…

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ciri-ciri orang bohongtanda kekasih tiputanda pasangan bohong
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Pasangan
Cinta

Kalau Cari Pasangan, Lebih Baik Cari Zodiak Ini- Confirm Romantik Habis!

by Nurul A.
August 9, 2026

Setiap orang ada cara masing-masing untuk melayan pasangan mereka. Ada yang layan dengan baik, penuh kasih sayang, acuh tak acuh...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  3. 3

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  4. 4

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  5. 5

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara