Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Naz Rahman Bersuara Sebab JJCM Tak Pernah Beri ‘Markah’, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

by Naddy Joe
February 6, 2025
Share on Facebook

Bekas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) iaitu Naz Rahman tampil bersuara terhadap isu yang hangat di media sosial mengenai ‘food reviewer’ yang dikatakan terlalu jujur terhadap memberikan ulasan terhadap sesuatu hidangan sehingga boleh menutup periuk nasi peniaga lain.

Naz Rahman menerusi hantaran di laman X, menyatakan bahawa dia tidak pernah memberikan markah atau bintang sewaktu menjadi hos program televisyen tersebut kerana ia merupakan satu tanggungjawab yang berat.

“Ada yang pernah tanya, kenapa JJCM tak pernah bagi markah atau bintang?

Inilah sebabnya. Rambut sama hitam, tapi lidah lain-lain. Berat tanggungjawabnya.. Pempengaruh boleh memajukan atau merosakkan sesebuah perniagaan.”-tulis Naz Rahman di X

Tambahnya lagi, bekas hos rancangan Jalan-Jalan Cari Makan ini turut menitipkan pesanan buat para ‘food reviewer’ bahawa kuasa yang besar datang dengan tanggungjawab yang besar.

“Kepada reviewer baru, ingat-ingatlah, dengan kuasa yang besar, datang dengan tanggungjawab yang besar.”-titip Naz lagi

Pelbagai Reaksi Netizen

Di ruangan komen, hantaran Naz mencetuskan pelbagai reaksi netizen, malah ada yang sempat mengimbas kembali ‘plaque JJCM’ yang akan diberikan kepada mana-mana restoran yang dikunjungi oleh Jalan Jalan Cari Makan.

“JJCM tak kasi rating, tapi kasi plaque je. Dulu-dulu sebelum kewujudan reviewer-reviewer dari media sosial, kalau tempat tu ada plaque JJCM ni kira hebat da.”

“Terima kasih Abang Naz punya explanation tu best. Manis bawang, bau kasturi, wangi serai. Ni kalau video ‘review’ sekarang mesti ‘mantap’, ‘sedap giler’, ‘rare rasa dia’, ‘padu giler’. Mende rasa satu apa pun tak tahu.”

“Fuh orang lama bagi pendapat, maklum ya semua.”

“Dah 2025 dah takkan makan pun nak kena ikut taste orang?.”

“Betul gak cakap abang Naz. Ye lah macam tak relevan sangat review seorang influencer sebab tekak lain-lain. Sebagai pelanggan baru, selalu nak tau kedai kat mana, menu ada apa, dan suasana selesa ke tak etc. Sedap tak sedap belakang kira.”

Apa komen anda?

Naz Rahman
https://lomp.at/4qg02
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Andika Putera Kesal Sikap Netizen Kritik Pakaian Alisha, Fazura Beri Respon!-“Yang Buruk Ialah Sifat Sombong…”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pempengaruh media sosial, Andika Putera meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir netizen yang mempersoalkan penampilan anak perempuannya, Alisha Puteri yang...

Read moreDetails
Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
Berita

“Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia…”-Sharifah Zarina Syukur Suami Orang Telah Henti Ganggu Athalia

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sharifah Zarina terdahulu pernah meluahkan rasa berang apabila anak perempuannya, Athalia diganggu seorang lelaki yang berstatus suami orang.  Kongsi...

Read moreDetails
Lokal

Ika Nabella Pernah Diajak ‘Dating’ Dengan Produser Untuk Dapat Watak Heroin Drama

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pelakon, Ika Nabella turut mendedahkan sisi gelap industri seni sepanjang dirinya bergelar pelakon selepas tular hantaran Adriana Adnan yang pernah...

Read moreDetails
Foto - @morosechild (IG)
Lokal

Berang Bapa Tiri Dituduh Penagih, Puteri Balqis Cabar Cari Bukti

by Nurul A.
January 28, 2026

Pelakon Puteri Balqis Ashikin kembali menjadi tumpuan ramai selepas tampil mempertahankan bapa tirinya, Farris, yang dikaitkan dengan dakwaan bahawa lelaki...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore