Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Neelofa Buka Mulut, Jawab Dakwaan Berkahwin & Minyak Pengasih

by Khai Azfar
December 27, 2020
Share on Facebook

Semalam Murai.my melaporkan terdapat dakwaan daripada netizen kononnya selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa telah putus tunang dengan pendakwah, PU Rizz.

Neelofa Buka Mulut 

Lebih mengejutkan terdapat dakwaan punca ikatan pertunangan mereka terlerai adalah kerana berpunca daripada perbuatan khurafat minyak pengasih. Malah Neelofa juga dikatakan telah memindahkan sejumlah wang yang agak banyak kepada PU Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail.

Nafi Tuduhan Tidak Berasas

Setelah tular di media sosial mengenai isu tersebut, Neelofa akhirnya tampil menjawab segala andaian tersebut. Menerusi sebuah kenyataan yang dikirimkan kepada pihak Murai.my sebentar tadi oleh pengurusan Neelofa. Menurut Neelofa dia meyangkal sekeras-kerasnya dakwaan tersebut yang sama sekali tidak benar.

“Saya berharap, semua pihak dapat memahami apa yang saya ingin sampaikan dan seterusnya tidak terus membuat andaian mengenai perkara yang tidak betul tentang diri saya, Haris serta keluarga kami”

“Antara andaian dan tuduhan yang muncul di media sosial semenjak semalam adalah seperti berikut :

• Kononnya terkena buatan minyak pengasih.
Cerita itu adalah tidak benar sama sekali dan sejujurnya, ia merupakan satu tuduhan yang amat berat. Alhamdulillah, seperti yang anda lihat sekarang saya berada dalam keadaan baik, dan kesihatan yang terbaik. Saya berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan saya.

• Kononnya saya memindahkan sejumlah wang yang agak banyak kepada Haris, Saya menyangkal tuduhan tersebut dan perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

• Kononnya saya telah pun melangsungkan perkahwinan dan telah dinikahkan oleh bapa saya sendiri di Kelantan.

Andaian ini juga adalah satu tuduhan yang sangat tidak benar dan tidak berasas” kata Neelofa dalam kenyataan tersebut

Tegasnya lagi, dia berharap agar semua pihak untuk tidak terus menerima andaian berkenaan sewenang-wenangnya dan mengambil masa sejenak untuk memahami ketidakwajaran tuduhan ini.

Topik Berkaitan Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-"Mama Bangga Melihat Anakku..."

Akui Cari Jalan Penyelesaian 

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Menjawab mengenai status hubungannya dengan PU Rizz, Neelofa akui kedua-dua belah pihak (keluarga Neelofa dan PU Rizz) kini sedang berbincang mencari penyelesaianya. Malah Neelofa turut memohon kepada semua pihak terutamanya pihak keluarga atas apa yang terjadi.

“Apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya”

“Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak”

“Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, ingin memohon maaf kepada pihak keluarga saya, keluarga Haris untuk segala perkara yang berlaku. Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan. Kepada keluarga saya, terima kasih yang tidak terhingga ingin saya ucapkan. Sokongan, kasih sayang yang ditunjukkan, teguran yang diberikan, saya hargai dengan setulus hati” katanya lagi

Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail telah mengikat tali pertunangan pada 1 November 2020 tidak lama selepas pemilik jenama Naelofar itu mengumumkan dirinya sudah berpurdah sepenuhnya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
neelofaNeelofa putus tunang?PU Rizz
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara