Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Nespresso Perkenal Vertuo Creatista, Lebih Mewah & Berinovasi!

by Naddy Joe
April 22, 2025
Share on Facebook

Perintis kopi terkenal, Nespresso baru sahaja memperkenalkan Vertuo Creatista, sebuah mesin kopi dengan reka bentuk mewah dan berinovasi, yang kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Nespresso Vertuo Creatista menggabungkan teknologi buih susu canggih, sistem bancuhan automatik satu sentuhan, serta kemasan keluli tahan karat bergaya yang melengkapi kediaman moden.

Dilengkapi Tongkat Wap Automatik Dengan 3 Tetapan Suhu & Tekstur Susu

Dengan gabungan gaya estetik dan reka bentuk intuitif, Nespresso Vertuo Creatista (RM3,999) memperkayakan rutin kopi harian anda. Ia mampu menyediakan sehingga lima saiz kopi, dan dilengkapi tongkat wap automatik dengan 3 tetapan suhu dan tekstur susu.

Menampilkan Teknologi Eksklusif Centrifusion™

Sama ada flat white, cappuccino, atau latte macchiato, setiap cawan menjadi kanvas ekspresi rasa anda. Nespresso Vertuo Creatista turut menampilkan teknologi eksklusif Centrifusion™ yang membaca kod bar pada kapsul untuk menyesuaikan sukatan dan parameter bancuhan secara automatik- menjamin hasil yang sempurna dalam setiap hidangan

Kolaborasi Bersama Barista Terkenal Malaysia

Bagi meraikan pelancaran ini, Nespresso berkolaborasi bersama Jason Loo, barista terkenal Malaysia dan Juara Barista Malaysia sebanyak empat kali, serta pakar kopi bertaraf antarabangsa.

Beliau mempersembahkan tiga resepi kopi susu kreatif yang menyerlahkan keupayaan Vertuo Creatista. Setiap ciptaan menggambarkan keharmonian antara rasa dantekstur, sambil membawa sentuhan tempatan kepada pengalaman kafe di rumah:

  • The Velvet Mocha, menggunakan Bianco Piccolo (RM3.20 setiap kapsul), menghasilkan espresso lembut berperisa coklat dengan tekstur berkrim dan halus,sesuai untuk mereka yang menggemari sajian mewah dan seimbang.
  • Gula Melaka Con Panna, menggunakan Il Caffè (RM2.80 setiap kapsul),menggabungkan kopi penuh berperisa dengan Gula Melaka tradisional dan dilengkapkan dengan krim putar—sentuhan tempatan yang mewah.
  • Ice Dirty Matcha Latte, dicipta dengan Altissio (RM2.95 setiap kapsul), menyatukan rasa matcha yang kaya dan bold espresso untuk pengalaman yang menyegarkan, sesuai dinikmati pada petang yang hangat
Nespresso Perkenal 'Coolest Coffee In Town' Sempena Musim Panas Ini!

Nespresso Vertuo Creatista boleh didapati secara dalam talian dan di butik Nespresso bermula dari 21 April 2025.

nespressovertuo creatista
https://lomp.at/qbddf
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Selera

Ramadan Iftar Terapung & Atas Air: Suasana Bali Di Tengah Cheras?

by Phic ARMAN
January 21, 2026

Kalau sebut Cheras, kebanyakan orang bayangkan kafe biasa, kedai makan standard, atau restoran di tepi jalan. Tapi MURAI baru-baru ini...

Read moreDetails
LifeXplore

Ramadan 2026: Kambing Golek di Alamanda Putrajaya Dijangka Jadi Rebutan Ramai

by Phic ARMAN
January 7, 2026

Setiap kali Ramadan menjelang, ada satu perkara yang sering menjadi buah mulut. Makanan yang buat orang sanggup datang awal, beratur...

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
Foto - NakNak
Selera

Makan Tanpa Waswas, NakNak Kini Disahkan Halal!

by Nurul A.
February 15, 2026

Berita baik untuk peminat NakNak! Peminat NakNak kini mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira apabila restoran servis pantas (QSR) berinspirasikan...

Read moreDetails
Gambar Hasil Dari AI
LifeXplore

Pelik Tapi Sedap, Ini 3 Fakta Unik Tentang Chee Cheong Fun & Churros Di The Westin KL

by Phic ARMAN
January 20, 2026

Ramadan kali ini, MURAI singgah ke “Cerita Kita di Ramadan 2026” di The Westin Kuala Lumpur. Dari tahun-tahun sebelum ini,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore