Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore missmurai

Nestlé Malaysia: Kini Kamu Boleh Grab Rangkaian Starbucks RTD Ini Di Mana-Mana Saja!

by Soph Azz
April 5, 2023
Foto - Nestle x Starbucks

Foto - Nestle x Starbucks

Share on Facebook

Starbucks lover pasti teruja dengan berita yang dibawakan oleh Nestlé Malaysia kali ini!

Selepas pelancaran pertama Starbucks Ready-To-Drink (RTD) pada 2021 lalu; kini Nestlé dan Starbucks meneruskan lagi kerjasama antara mereka dengan memperkenalkan barisan terbaru Starbucks RTD.

Peminat Starbucks kini boleh dapatkan barisan Starbucks RTD yang terdiri daripada dua pilihan minuman Starbucks yang paling ikonik iaitu (1) Starbucks® Doubleshot™ dan (2) Starbucks® Frappuccino® iaitu kopi yang dibancuh dengan sempurna dengan susu berkrim dan manis secukup rasa.

Dalam kedua-dua pilihan minuman ikonik ini, kamu boleh pilih sama ada nak nikmati perisa:

Foto – Nestle x Starbucks
  • Starbucks® Doubleshot™ (220 ml): Perisa Mocha dan Espresso Latte
  • Starbucks® Frappuccino® (280 ml): Perisa Kopi dan Mocha

Kedua-dua Starbucks® Doubleshot™ dan Starbucks® Frappuccino® ini boleh didapati di seluruh negara. Dan yang paling penting, kamu tak perlu risau kerana kedua-dua rangkaian ini telah mendapat pensijilan Halalnya.

Sekadar info, Nestlé dan Starbucks telah memperkenalkan pilihan produk kopi premium sejak Perikatan Kopi Global (2018) dengan pantas termasuklah kopi bijian penuh, kopi dipanggang dan dikisar, kopi larut dan campuran kopi. Bukan itu saja, ada juga kapsul Starbucks yang digunakan dalam sistem hak milik Nespresso dan Nescafé Dolce Gusto.

Siapa yang berminat nak dapatkan Starbucks RTD yang terbaru ini, kamu boleh beli di pasar raya besar, pasar raya utama, kedai serbaneka, kedai stesen petrol dan juga platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Selamat mencuba!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
minuman Starbucksnestle malaysianestle x starbucksstarbucksstarbucks ready to drink
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

remix
Selera

Secret Recipe Perkenal 4 Hidangan ‘Remix’ Lokal , Khas Untuk Bulan Merdeka Ini!

by Nurul A.
August 10, 2026

Khas untuk bulan Merdeka ini, Secret Recipe meraikan identiti kulinari negara yang meriah dengan Menu Istimewa Merdeka yang serba baharu,...

Read moreDetails
Secret Recipe Hari Merdeka
Selera

Rai Hari Merdeka Ke-69 Dengan Promosi Menarik Dari Secret Recipe!

by Nurul A.
August 22, 2026

Semasa Malaysia bersiap sedia untuk meraikan Kemerdekaan, Secret Recipe memberi rakyat Malaysia satu lagi sebab untuk berkumpul, berkongsi dan meraikannya...

Read moreDetails
Foto - Inside Scoop
LifeXplore

Inside Scoope Himpun 9 Jenama Ikonik Tempatan Menerusi Edisi “Lokal Legends”

by Nurul A.
August 14, 2026

Bersempena dengan sambutan bulan kebangsaan, Inside Scoop kembali dengan Lokal Legends 2026, kempen tahunan yang meraikan jenama tempatan yang telah...

Read moreDetails
Foto - @msocialresortpenang (IG)
Selera

Taste of Malaysia, M Social Resort Penang Perkenalkan Bufet Sempena Hari Malaysia!

by Nurul A.
September 4, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, M Social Resort Pulau Pinang (Penang) menjemput kamu untuk datang bersama-sama dan...

Read moreDetails
Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Kimpton Naluria KL
Selera

Kimpton Naluria KL Perkenal Set Hadiah Pertengahan Musim Luruh Yang Pertama

by Nurul A.
August 4, 2026

Kimpton Naluria Kuala Lumpur (KL) mengalu-alukan Festival Pertengahan Musim Luruh sulungnya dengan pelancaran Celestial Duality 星月之境 (xīng yuè zhī jìng)....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara