Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Netflix Tak Bunuh Pawagam, Harga Popcorn Yang Buat Orang ‘Give Up’

by Naja Nix
January 15, 2026
via Grok

via Grok

25
KONGSIAN
Share on Facebook

Keluhan mengenai kos menonton wayang kini makin lantang di media sosial, apabila satu hantaran tular di Thread menyindir realiti pahit pengalaman ke pawagam hari ini, bukan kerana filem tidak menarik, tetapi kerana dompet yang makin ‘tercekik’.

Dengan nada sinis, hantaran itu menyebut bahawa bukan Netflix yang “membunuh” pawagam, sebaliknya harga popcorn RM18, air berkarbonat RM8 dan tiket yang boleh mencecah RM40 menjadikan pengalaman itu terasa semakin tidak berbaloi.

Hantaran itu pantas mendapat sokongan ramai, sekali gus mencetuskan perbualan hangat tentang bagaimana pawagam kini dilihat semakin mahal, tetapi kualiti pengalaman tidak seiring dengan harga yang dibayar.

Bukan Filem, Tapi Pengalaman Yang Bikin Penonton Tawar Hati

Dalam ruangan komen, ramai bersetuju bahawa isu sebenar bukan kualiti filem, sebaliknya pengalaman keseluruhan yang semakin mengecewakan.

Antara rungutan yang paling kerap diulang ialah penonton yang bercakap kuat, anak kecil yang tidak dikawal, serta pengguna telefon yang membiarkan skrin terang benderang menyala sepanjang tayangan.

Seorang netizen berkongsi pengalaman menonton filem Avatar dalam format 3D, namun terpaksa mendengar seorang penonton berbual di telefon sepanjang tayangan, lengkap dengan komen “bila nak habis ni”.

“Zero common sense.”

Tulisnya ringkas, tetapi cukup untuk menggambarkan rasa kecewa yang ramai boleh relate.

via Thread /@randomrojak
via Thread /@garylooicw
via Thread /@atriletz

Dulu RM7, Sekarang Rasa Macam Premium Hall

Ramai juga mengimbau zaman sebelum pandemik, apabila tiket hari biasa sekitar RM10 dan hari Rabu serendah RM7.

Kini, bukan sahaja tiket meningkat, malah makanan dan minuman di pawagam dianggap ‘makan modal’ hingga membuatkan sesetengah orang terus memilih untuk buat popcorn sendiri di rumah.

via Thread /@nasranruwaidi

Pawagam Jadi ‘Luxury Experience’, Bukan Rutin Mingguan

Menariknya, ada juga yang masih setia ke pawagam, tetapi dengan pendekatan lebih selektif.

Senarai Pesanan Grab Dedah Selera Malaysia & Singapura, Netizen Sentuh Isu Harga

Ada yang hanya menonton filem Marvel atau blockbuster besar, mungkin dua kali setahun, dan memilih pawagam premium seperti Aurum untuk memastikan pengalaman itu benar-benar berbaloi.

Bagi mereka, pawagam kini bukan lagi hiburan mingguan, tetapi acara khas yang dirancang dan dianggarkan dalam bajet tahunan.

via Thread /@lucinda.mcfadyen

Apabila ‘Value For Money’ Jadi Penentu Utama

Secara tidak langsung, perbincangan ini mencerminkan perubahan besar dalam cara rakyat Malaysia menilai hiburan.

Dengan platform penstriman menawarkan ribuan kandungan pada harga langganan yang lebih rendah, pengguna kini semakin sensitif terhadap nilai yang mereka peroleh daripada setiap ringgit yang dibelanjakan.

Bukan bermakna pawagam sudah tidak relevan, tetapi jelas bahawa penonton hari ini mahukan lebih daripada sekadar skrin besar. Mereka mahukan keselesaan, ketenteraman dan pengalaman yang setimpal dengan harga.

Dan buat masa ini bagi ramai orang, sofa di rumah dengan popcorn buatan sendiri nampaknya masih menang jika melibatkan penjimatan kos.

filemkeluhanNetflixpanggung wayangpawagampengalamansuara netizentidka berbaloitiket mahal
https://lomp.at/6i93j
Share10Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Insentif

SPA Sasar 30,000 Lantikan Tahun Ini, Peluang Kerjaya Sektor Awam Makin Terbuka

by Ayu Kamaruddin
January 27, 2026

Berita baik buat pencari kerja sektor awam apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menyasarkan 30,000 lantikan penjawat awam pada tahun ini,...

Read moreDetails
via reddit
Sosial Buzz

Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

by Naja Nix
February 12, 2026

Seorang pelancong meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dikenakan caj berbeza daripada harga yang dimaklumkan ketika menikmati hidangan di sebuah kawasan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Kenapa Ada Lubang Pada Penutup Air? Ingatkan Rosak, Tapi Ada Fungsi ‘Rahsia’

by Naja Nix
February 12, 2026

Baru-baru ini, satu perkongsian di Thread mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila seorang pengguna memuat naik gambar penutup cawan minuman...

Read moreDetails
Sosial Buzz

4 Hal Yang Perlu Anda Tahu Tentang JustGO, Bayar Tol Guna Nombor Plat. Berkesan Ke?

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Dunia tol Malaysia nampaknya bakal masuk fasa baharu! Lebih 200,000 pengguna sudah memuat turun aplikasi JustGO Malaysia yang menggunakan teknologi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore