Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Netizen Mahu Para Ustaz Berhenti Guna ‘Orang Asli’ Sebagai Bahan Jenaka

Ustaz kontroversi dikecam teruk, warganet persoal isi kandungan ceramah tiada kaitan dengan orang asli

by Puteri Alia
November 23, 2021
Share on Facebook

Video ceramah ustaz Ahmad Husam yang menggunakan kisah orang asli sebagai bahan jenaka, tular di laman Twitter baru-baru ini. Pengguna media sosial yang mendengar kandungan video tersebut menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pendakwah bebas tersebut.

Dear ostad2 di Malaysia, boleh henti gunakan kami Orang Asli sebagai bahan jenaka kamu. Boleh? pic.twitter.com/LnIjAoaNAR

— Uncle Barry  (@fuzirbarry) November 20, 2021

Berhenti Guna ‘Orang Asli’ Sebagai Bahan Jenaka

Ustaz Ahmad Husam yang sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi menunjukkan jari tengah dalam sebuah ceramahnya di masjid kini, menerima kritikan pengguna media sosial kerana menjadikan kisah orang asli sebagai bahan lawak jenaka.

Orang ramai mahu perkara seperti ini dihentikan, apatah lagi pendekatan berdakwah dengan memperlekehkan bangsa dan kaum bukanlah perbuatan yang dipandang tinggi.

Foto – Twitter

“Wahai ustaz-ustaz di Malaysia, boleh hentikan gunakan kami Orang Asli sebagai bahan jenaka kamu. Boleh?”

“Ianya sangat menyinggung perasaan dalam banyak tahap. Manusia ni pula ingat dia tukang lawak. Teriak punchline bukan main lagi. Memalukan.”

“Ini lelaki yang sama tunjuk fuck dalam masjid. Lelaki ini bodoh. Bukan ustaz dalam mana-mana standard. Bodoh siapa yang dok dengar dan percaya cakap dia.” Komen warganet

Memalukan Gelaran Ustaz

Ramai pengguna media sosial di Twitter berkongsi pandangan bahawa tindakan ustaz tersebut memalukan nama gelaran ustaz itu sendiri, dan sekaligus akan membuatkan masyarakat terutama yang bukan beragama Islam sukar untuk hormat pada orang Islam.

Topik Berkaitan 5 Masjid Paling Menyentuh Hati Dengan Seni Bina Hebat Di Malaysia
Foto – Twitter

“Jangan panggil dia ustaz lah, buat malu nama ustaz je. Orang macam ni panggil “penceramah bebas” je. Sembang kuat. Macam mana lah orang nak hormat Islam perangai pun macam ni.”

“Kebelakangan ni aku tak tahu lah kenapa terlampau ramai “ustaz” muncul dengan macam-macam gelaran. Senang sangat ke nak dapat gelaran ustaz ni? Lepas tu masing-masing nak tunjuk siapa paling hebat buat lawak sambil berceramah.”

“Menjengkelkan gila dengar suara ustaz ni. Ni ceramah agama ke atau ceramah lawak?? Nauzubillahhiminzaliq.” Komen warganet lagi

Apa pendapat anda tentang isu ini?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
MalaysiaOrang AsliUstaz
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

FAKTA

11 Tahun Berlalu, Miksudiar Masih Trauma: Kes Jaslinda Kembali Ingatkan Tragedi Pos Toho

by Phic ARMAN
June 9, 2026

Kes kehilangan wanita, Jaslinda Saludin yang ditemui selepas 14 hari sesat di kawasan hutan berhampiran Pos Musoh baru-baru ini kembali...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  3. 3

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  4. 4

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  5. 5

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara