• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Akhirnya Nora Ariffin Lunaskan Impian Tak Kesampaian Arwah Suami

by Phic ARMAN
July 10, 2018
Share on Facebook

Semua orang pasti berasa sedih dengan kehilangan seseorang yang tersayang, lebih-lebih lagi kehilangan suami tercinta. Kehilangan yang sangat besar sehingga dunia rasa begitu sepi tanpa kehadirannya. Begitulah yang ingin disampaikan oleh Nora Ariffin atau lebih dikenali sebagai Nora menerusi single terbarunya “Ada Dalam Tiada”.

“Ada Dalam Tiada” Dedikasi Untuk Arwah Suami


Lagu ini merupakan dedikasi teristimewa Nora untuk arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi, seorang komposer dan penerbit terkenal yang meninggal dunia pada 24 Mac tahun lalu akibat serangan jantung.

Sesuai dengan lagu luahan hatinya sendiri yang menceritakan keperitan dan kesedihannya sebagai seorang isteri yang sentiasa merindui dan mendoakan insan yang pernah berkongsi hidup dengannya selama 25 tahun, Nora menyatakan,

“Ini adalah lagu yang paling peribadi saya pernah nyanyikan sepanjang karier seni saya. Saya mencurahkan sepenuh jiwa dan raga ketika merakamkan lagu ini. Lebih menyedihkan lagi, ini merupakan pertama kali juga saya masuk ke studio rakaman tanpa kehadiran arwah suami”. 

“Ada Dalam Tiada” merupakan hasil ciptaan bersama komposer Sirkhan dan Ibnu Rinkarnaen manakala senikatanya ditulis oleh penulis lirik tersohor iaitu Habsah Hassan. Cukup terkesan dengan lirik sentuhan Habsah Hassan, Nora menyatakan,

“Sebenarnya saya sendiri sukar untuk menjelaskan dengan kata-kata apa yang saya rasa selama ini. Tetapi Habsah Hassan bukan sahaja dapat menterjemahkan perasaan saya dengan begitu baik sekali malah ianya dilakukan dalam bentuk senikata yang indah. Saya turut menangis bila pertama kali saya membaca lirik tersebut”.

Tribute 30 Tahun Johan Nawawi


Bagi album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi ini pula, idea untuk menerbitkan album ini lahir dari Allahyarham Johan Nawawi sendiri pada tahun 2016. Perbincangan santai di antara suami dan isteri ini tidak sempat direalisasikan oleh Allahyarham Johan Nawawi.

Liza Hanim Menangis Disuruh ‘Mengalah’ Dan Henti Menyanyi Pada Usia 46

Oleh itu, pada hari ini, Nora terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi melunaskan impian Allahyarham yang tidak kesampaian. Johan Nawawi adalah antara komposer tersohor di tanah air, di mana ramai artis ternama tidak kira sama ada di Malaysia atau Indonesia pernah bekerjasama dengan beliau.

Antaranya adalah Dato Seri Siti Nurhaliza, Dato Sheila Majid, Kris Dayanti, Liza Hanim, Aisyah, Anita Sarawak, Dayang Nurfaizah dan Nora sendiri. Lagu pertama yang telah diciptakan oleh beliau pada tahun 1985 adalah nyanyian rakan karibnya, Azman Abu Hassan yang bertajuk Perasaanku.

Album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi ini sangat dekat di hati Nora kerana Lagu Bidadari adalah lagu terakhir ciptaan dan nyanyian solo Allahyarham sendiri, iaitu dua bulan sebelum beliau pergi. Bidadari juga tidak pernah diperdengarkan di khalayak sebelum ini. Selain itu, Allahyarham berhasrat supaya Nora merakamkan semula lagu Hanya Satu yang juga dimuatkan di dalam album ini dengan susunan muzik yang baru oleh Mac Chew, namun Allahyarham tidak sempat untuk mendengar “final mixing” bagi lagu ini.

Impian Johan Nawawi Sendiri


Album ini merupakan impian Allahyarham sendiri untuk menjadikan sebuah naskhah kompilasi lagu-lagu ciptaan beliau. Paling istimewa, lagu Perasaanku yang dinyanyikan oleh Azman Abu Hassan digubah semula dan diberi tajuk baru iaitu Perasaanku 2017 yang dinyanyikan semula oleh rakan-rakan serta adik beradik Allahyarham Johan sendiri. Buat pertama kalinya di dalam sejarah, Nora sebagai anak seni ingin menyempurnakan dan merealisasikan impian Allahyarham dengan menerbitkan naskhah yang paling istimewa iaitu Album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi dengan sebaik-baiknya .

Album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi ini mengandungi 31 buah lagu seperti

Dayang Nurfaizah Nafi Beri Flying Kiss Untuk Hael Husaini

Senarai lagu Dalam CD1


1. ADA DALAM TIADA
2. BIDADARI
3. WARNA
4. JENTAYU
5. MENANTI
6. DEBARAN
7. GEMILANG
8. BINTANG MALAM
9. PINTA
10. AKHIRNYA KINI PASTI
11. OH ASMARA
12. DESA TERCINTA
13. SETIA CINTAKU
14. JANGAN BIARKAN
15. INSAN YANG MULIA
16. SAMUDERA

Senarai lagu Dalam CD2


1. HANYA SATU 2017
2. SELAMANYA BAHAGIA
3. SINARAN
4. PERASAANKU 2017
5. SATU
6. NALURI
7. NORA
8. WAKTU YANG KETINGGALAN
9. KALI PERTAMA
10. PEDOMAN
11. BEBAS BERLARI
12. KU MENANTI
13. KATAKANLAH
14. SIMFONI KASIH
15. ERTI- AL FATIHAH

Lagu Dipilih Sendiri Oleh Nora


31 lagu-lagu ini dipilih sendiri oleh Nora dan dikemukakan kepada Warner Music Malaysia berdasarkan lagu-lagu yang hit dan sinonim dengan Johan Nawawi. Album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi ini merupakan kesinambungan dari Album Jentayu terbitan Warner Music Malaysia. Album ini juga bertujuan untuk menyambung legasi Johan Nawawi kepada generasi muda dan boleh dijadikan sebagai sumber rujukan buat komposer dan penerbit baru.

Lagu “Ada Dalam Tiada” ini merupakan lagu baru yang turut dimuatkan di dalam album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi. Single terbitan Johan Nawawi Sdn Bhd dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music sejak 2 MAC 2018.

aisyahanita sarawakDato Seri Siti NurhalizaDato Sheila Majiddayang nurfaizahDeezeriTunesjohan nawawiJOOXKKBOXkris dayantiliza hanimspotify
https://lomp.at/dy7ro
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  3. 3

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore