Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Abang Mohon Sayang Dapat Bezakan”- Norman Hakim Tetapkan Syarat Untuk Poligami

by Zaidin Albert
January 11, 2021
Share on Facebook

Becakap soal poligami, rata-rata para wanita tidak menyukainya topik ini. Mana tidaknya, bukan semua wanita sanggup berkongsi suami kerana menganggap hidup bermadu adalah sesuatu yang menakutkan.

Hal ini turut dibincangkan oleh pelakon Norman Hakim menerusi Instagram miliknya.

Dalam perkongsiannya, Norman mengakui dengan jujur bahawa dia bukanlah insan yang terpilih untuk berpoligami.

“Saya dengan isteri (Memey) beberapa kali sembang-sembang juga bab-bab poligami ini, sekadar suka-suka. Yang penting, jangan ambil serius sangat kerana hal berkahwin ramai, ini adalah subjektif”

“Paling utama pastinya soal tanggungjawab, adil dan saksama. Dalam taddabur al-Quran sendiri banyak kali disebut. Untuk diri saya, saya sendiri sudah buat pengakuan jujur dengan isteri buat masa sekarang, saya bukan golongan insan yang terpilih.”- tulisnya di Instagram.

Foto: Instagram Norman Hakim

Walaubagaimanapun, sekiranya sudah ditakdirkan dia berpoligami, Norman telahpun bersiap sedia menetapkan syarat-syarat untuk dirinya.

“Kalau ada pun, saya sudah beritahu syarat-syaratnya. Yang pertama dan paling penting, dengan izin isteri. Yang kedua, tinggal sebumbung. Itu sahaja,” katanya.

Murai MY difahamkan, Norman berkongsi isu poligami ini susulan dari watak yang dibintangi dalam drama The Maid.

Drama ‘The Maid’ mengisahkan tentang kehidupan Jay (lakonan Norman Hakim) bersama empat orang isterinya iaitu Suhana (lakonan Sherry Alhadad), Nadia (lakonan Datin Paduka Eina Azman), Fika (lakonan Ezzaty Abdullah) dan Elisa (lakonan Mira Filzah) yang mula jadi popular setelah Jay mengabadikan kisahnya dalam berpoligami menerusi sebuah novel bertajuk Mr Payung Emas.

View this post on Instagram

A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri❤️ (@normanhakim_786)

Menyedari isterinya meminati drama ‘The Main’, Norman menasihati isterinya Memey Suhaiza supaya dapat bezakan kehidupan alam realiti dan lakonan.

“Dear wifey…abang tau sayang adalah peminat No.1 #Jay dalam #DramaTheMaid ,tapi abang mohon sayang dapat bezakan antara life dalam lakonan dgn life di alam realiti ye sayang.Cukuplah sekadar abang ber’poligami’ dalam lakonan semata-mata”

Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 8, Muhammad Dikhriz Hakim, 6 dan Mikayla Delisha Hakim, 3.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
norman hakim
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara