Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Nur Sajat Dedah Anggota Badan Jadi Bengkak, Tidak Dapat Hadir Ke Mahkamah

by Khai Azfar
February 25, 2021
Share on Facebook

Selasa lalu, media tempatan melaporkan usahawan selebriti sensasi, Nur Sajat Kamaru zaman dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas gagal hadir ke prosiding sebutan semula kes berpakaian seperti wanita tiga tahun lalu.

Mempunyai Masalah Kesihatan

Terbaru, memetik laporan Utusan Malaysia, Sajat mendakwa dia mempunyai alasan yang kukuh tidak dapat hadir ke mahkamah pada 23 Februari lalu. Jelas pelantun Makhluk Penggoda ini, dia tidak dapat pada saat akhir berikutan mempunyai masalah kesihatan selain turut mendakwa mempunyai pengesahan bertulis daripada doktor.

“Saya tak sihat, muka dan anggota badan saya tiba-tiba menjadi bengkak akibat alahan makanan. Surat pengesahan doktor pun saya ada kalau tidak percaya,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

Sajat Masih Trauma

Dalam pada itu, Sajat beras hairan kerana pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) masih belum memberi dan menghantar laporan penuh berhubung pertuduhan yang dibuat ke atasnya sebelum ini. Akui Sajat, dia tidak berpuas hari dan masih trauma dengan apa yang terjadi ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat JAIS bulan lalu.

Via Instagram Nur Sajat

Jelasnya lagi, dia berasa seperti dibuli kerana mendakwa tidak diberikan hak sebagai rakyat negara ini.

“Kalaulah saya mengelak dan mahu lari, lebih baik terus pindah luar negara terus. Buat apa saya beri kerjasama selama ini?

“Terus-terang, saya tak takut, tetapi lebih kepada sedih dan kecil hati diperlakukan sebegitu,” luahnya lagi

Dalam perkembangan lain, menerusi laporan Berita Harian Online pula, JAIS dikatakan menunggu waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam terhadap Nur Sajat sebelum mengambil tindakan susulan.

[VIDEO] Sajat Titip Pesanan Buat Selebriti & Influencer Yang Berdiam Diri Isu GSF, Netizen Setuju!

Difahamkan, pasukan penguat kuasa JAIS akan menangkap usahawan itu untuk dibawa ke mahkamah bagi proses perbicaraan selepas menerima waran berkenaan.

“Kami jangka waran itu akan diterima hari ini. Sebaik terima waran itu, kita akan usaha cari dan tangkap Sajat.

“Setakat ini, kita masih menunggu waran itu,” katanya menerusi BH

Terdahulu, Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita sekitar 2018. Malah, sebelum itu tular apabila Sajat mendakwa dirinya telah dikasari serta dilayan buruk oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika tampil membantu proses siasatan di Ibu Pejabat JAIS.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
nur sajat
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara