• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Terpilih Jadi Tetamu Allah, 4 Pengajaran & Iktibar Dari Insiden Nur Sajat Tunai Umrah

by Zaidin Albert
February 3, 2020
Share on Facebook

Sejak beberapa hari ini, kes Novel Koronavirus kurang mendapat perhatian rakyat Malaysia kerana mereka lebih meluahkan kebimbangan terhadap insiden usahawan kosmetik kontroversi Nur Sajat memakai pakaian wanita dan bertelekung ketika menunaikan umrah di Tanah Suci.

1.4 Juta pengikut Sajat di Instagram terbukti lebih ramai ‘haters’ kerana ruangan komen pada gambar dia bersama keluarga menunaikan umrah dibanjiri dengan kecaman dan hinaan. Hanya segelintir pengikutnya yang memberi sokongan dan mengeluarkan kata-kata yang baik.

Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Sememangnya ada pengajaran dan iktibar yang boleh kita ambil dari insiden Sajat ini. Berikut Murai.my kongsikan!

Kita Pun Belom Tentu Akan Sampai Ke Sana

Alhamdulilah, sampai jua dia ke Tanah Suci. Pengajaran yang boleh ambil di sini, semua orang pun ada dosa, tiada manusia yang sempurna. Jadi baik kita doa yang baik-baik buat mereka yang menunaikan umrah.

Kita pun belum tentu akan sampai ke sana. Hanya orang yang terpilih sahaja akan menjadi tetamu Allah. Itu urusan dia dengan Allah, bukan urusan kita. Sebab kita pun hanya hamba Nya yang lemah lagi hina.

Sosial Media Bawa Padah

Mungkin ada sebilangan umat Islam pergi melaksanakan ibadat itu seperti makan angin, menyebabkan urusan ibadat yang perlu dilaksanakan dipandang remeh.

Sehubungan itu, niat dan matlamat utama sama ada ketika mengerjakan haji atau umrah adalah untuk menumpukan perhatian terhadap ibadat.

Kalau boleh, matikan semua media sosial untuk mengemaskini segala kegiatan harian. Bukan semua orang suka dengan apa yang kita buat, mungkin ada yang cemburu dan mulalah perasaan dengki dan mempunyai niat jahat.

Seperti kes Sajat, gara-gara gambar di Instagram,  satu Malaysia jadi kecoh melemparkan kecaman dan hinaan terhadap keluarga Sajat termasuklah pihak Albayt Travel (M) Sdn Bhd yang mengurus umrah dan mutawwif mendapat tempias sama.  Sekiranya Sajat melaksanakan secara senyap dan tertutup pasti semua ini tidak akan berlaku. Betul tak?

Bawa Ibubapa Ke Tanah Suci

Bercakap pasal kehidupan orang lain itu sangat mudah ya! Tapi selalunya hal yang buruk lebih seronok untuk membawang, tapi yang baik kita buat-buat tak nampak.

Hasrat Sajat bawa ibu bapa menunaikan umrah haruslah dipandang positif. Kita yang kononnya merasa lebih baik dari Sajat belum tentu dapat membawa ibubapa ke tanah suci. Apa salahnya kita contohi sikap Sajat dan berazam untuk melakukan hal yang sama.

Membawa ibu atau bapa yang sudah tua mengerjakan Umrah adalah amalan yang terpuji dan mulia. Insya allah, dengan niat yang ada mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan memperluaskan rezeki.

Mempersendakan Agama

Ramai netizen yang bimbang dengan kelakuan Nur Sajat yang seolah-olah mempersendakan agama kerana masih keliru dengan status jantina-nya.

Itu perkara biasa yang dapat kita lihat di kalangan orang Malaysia, begitu prihatin dengan isu peribadi dan mengambil berat antara satu sama lain. Ada yang takut musibah, bala dan bencana datang kepada mereka gara-gara kelakuan Sajat di Tanah Suci.

Pengajarannya di sini, dakwaan mengenai Sajat mempersendakan agama Islam itu amatlah dikesali, tapi siapalah kita untuk cepat menghukum seseorang, itu antara dia dengan Allah. Kalau betul-betul dia mempermainkan agama, biarlah dosa-dosa itu dia  tanggung. Kalau dia betul-betul seorang wanita, kan dah jatuh fitnah! Dosa memfitnah jauh lebih daripada membunuh. Jadi lah jagalah kata-kata dalam menegur, bukannya lemparkan kata-kata kesat dan kotor.

Jika seorang itu ingin menjadi seorang berakhlak mulia, dia tidak boleh berkata-kata kotor.

Renung-renungkan!

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Sangat Gembira”- Nurwati Bersyukur Menang Saman Terhadap Nur Sajat

https://lomp.at/q1qab
Share3Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Uqasha Senrose Korbankan Tidur Demi Anak Sakit, Kelibat Kamal Adli Pula Tidak Kelihatan

by Puteri Alia
October 20, 2025

Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan dirinya terpaksa mengorbankan waktu tidur sejak beberapa hari lalu apabila anak perempuannya, Hawra Uqaira, mengalami batuk...

Read more
Lokal

“Saya Bukan Budak-Budak Nak Pergi Kelab”- Beego Nafi Ligat Berhibur, Dakwa Cuma Hadir Majlis Hari Jadi

Pelakon dan pengarah, Beego, tampil menjernihkan keadaan selepas tersebarnya dakwaan kononnya dia dilihat berhibur di kelab malam bersama beberapa rakan...

Read more
by Puteri Alia
October 23, 2025
Bollywood

[VIDEO] Aksi Lucu Shah Rukh Khan & Salman Khan ‘Main Game’ Buatkan Peminat Teruja

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan dua pelakon popular Bollywood iaitu Shah Rukh Khan dan Salman Khan yang bermain permainan...

Read more
by Noah Ab
November 23, 2025
Lokal

[VIDEO] Pertemuan Datin Seri Camelia & Che Puan Sarimah Undang Perhatian: “Apa Ni, Tak Berubah Ya…”

Baru-baru ini, akaun TikTok kelab peminat Che Puan Sarimah Ibrahim mencuri perhatian ramai apabila berkongsi sebuah video pertemuan istimewa antara...

Read more
by Phic ARMAN
October 13, 2025
Lokal

[VIDEO] Leona Kongsi Momen Jumpa Cik B, Sempat Mengaku Sebagai ‘Anak Angkat’ DSV!

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan gelagat anak usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B bersama anak...

Read more
by Naddy Joe
November 24, 2025
Lokal

Kecoh Isu Unfollow Fazura! Fasha Sandha Akhirnya Bersuara, Siap Buat Tutorial Lagi! – “Bukan Budaya Saya Nak Unfollow”

Fasha Sandha Unfollow Fazura? Netizen Terus Speku! Baru-baru ini, nama pelakon terkenal Fasha Sandha jadi perbualan hangat di media sosial...

Read more
by Aphit J.
October 19, 2025
Lokal

Imam Muda Asyraf Sokong Teguran Terbuka Terhadap Selebriti Islam Berpakaian Mencolok

Pendakwah selebriti, Imam Muda Asyraf menegaskan bahawa teguran terbuka terhadap selebriti yang mempromosikan perkara melanggar syariah Islam adalah wajar, tetapi...

Read more
by Puteri Alia
November 18, 2025
Lokal

Abby Abadi Tersentuh Dengar Nasihat Bapa Amira Othman-“Buat Saya Nangis, Ingat Arwah Ayah Dulu’”

Pelakon, Abby Abadi meluahkan rasa tersentuh selepas mendengar ucapan penuh makna yang disampaikan oleh bapa kepada penyanyi dan pelakon, Amira...

Read more
by Puteri Alia
October 14, 2025
Spotlight

Putera Mateen Kongsi Momen Sukan SEA, ‘Baby Bump’ Puteri Anisha Curi Perhatian!

Anakanda kepada Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik momen Acara ke-33 Sukan Asia Tenggara...

Read more
by Naddy Joe
December 12, 2025
Konsert

Satu Malam, Tiga Dunia Muzik: Malam Simfoni Luka Gegar Megastar Arena

Bersedialah untuk malam penuh jiwa dan getaran pada 24 Januari 2026, apabila tiga nama besar dunia muzik alternatif dan pop...

Read more
by Aphit J.
November 9, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  3. 3

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  4. 4

    Akrab Sejak Sekolah, Ini Kronologi Putus Sahabat 2 Primadona Malaysia Erra Fazira & Umie Aida

  5. 5

    Tiga Beranak Slay Bawa Lagu ‘What’s Going On’, Di Putrajaya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore