Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Orang Terkaya Di Dunia Lantik Anak Perempuan Jadi CEO Christian Dior

by Lisa Ghani
January 13, 2023
Foto - Getty

Foto - Getty

Share on Facebook

Orang terkaya di dunia, Bernard Arnault, baru sahaja melantik anak perempuannya sebagai CEO di Christian Dior.

Delphine Arnault, 45, akan berpindah dari Louis Vuitton, tempat dia berkhidmat sebagai naib presiden eksekutif, ke jawatan barunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan pengerusi Christian Dior Couture mulai 1 Februari.

Dia akan menggantikan Pietro Beccari, yangmenjadi CEO Dior sejak 2018, Beccari bakal mengendalikan Louis Vuitton. Dipetik dari Business Insider, Dephine sebelum ini memegang jawatan sebagai timbalan pengarah urusan di Dior pada tahun 2001 hingga 2013.

Bernard, 73, kekal aktif sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk LVMH, yang diasaskannya bersama pada 1987. Selain Dior dan Louis Vuitton, perbadanan barangan mewah itu mempunyai lebih daripada 70 jenama berprestij, termasuk Givenchy, Marc Jacobs, Moët & Chandon, Tiffany & Co. dan Fenty Beauty.

Bloomberg menganggarkan kekayaan Arnault pada $178 bilion, menjadikannya orang terkaya di dunia. Dia bernilai kira-kira $50 bilion lebih daripada Elon Musk, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bernard arnaultchristian diordelphine arnault
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara