Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Paling Serasi! 5 Pasangan Secocok Dalam Drama 2017

by Khai Azfar
November 8, 2017
Share on Facebook

Tahun 2017 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Sepanjang tahun ini pelbagai drama tanah air berjaya mencatatkan rating mereka sendiri sehingga mencetuskan fenomena nya tersendiri. Antara faktor sumbangannya adalah dari keserasian pasangan drama tersebut. Berikut murai.my tampilkan 5 pasangan yang dianggap secocok dalam drama yang mereka lakonkan;

1. Fattah Amin Dan Fazura (Hero Seorang Cinderella)

Hero Seorang Cinderella merupakan sebuah drama bergenre cinta berbahasa Melayu yang mula ditayangkan pada 22 Mei 2017. Drama yang diadaptasi daripada novel karya asal Anjell menampilkan Fattah Amin sebagai Tengku Ian Uzzam dan Nura Medina oleh Nur Fazura. Siapa sangka daripada keserasian mereka, kini cinta telah berputik dan rata – rata peminat menunggu khabar gembira dari pasangan FattZura ini.

2. Zul Ariffin Dan Farah Nabilah (Titian Cinta)

Drama bersiri yang menjadi bualan ramai, Titian Cinta mencatat 11 juta penonton apabila ia menemui peminat slot Akasia di TV3, baru-baru ini. Drama yang diangkat daripada novel karya Ridhya Iman itu menyaksikan episod akhirnya ditonton oleh 4.3 juta orang.

Menampilkan pelakon utama seperti Zul Ariffin dan Farah Nabilah, Titian Cinta yang diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures adalah hasil arahan Heykal Hanifah mencetuskan fenomena nya tersendiri apabila ada penonton yang turut menangis kerana drama ini sudah berakhir.

Topik Berkaitan [VIDEO] Aksi Fazura Terjah Peminat Yang Memakai Tudung Jenamanya-"Menghargai Pembeli"

3. Idris Khan Dan Raysha Rinzroe (Pinggan Tak Retak,Nasi Tak Dingin)

Meskipun pertama kali digandingkan bersama, ternyata pasangan ini kelihatan sangat romantik dalam drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin. Malah keserasian mereka menjadikan drama ini trending setiap kali ditayangkan. Sweet!

4. Shukri Yahya Dan Nina Iskandar (Andainya Takdir)

Lakonan mereka di dalam drama Andainya Takdir tular dan hangat diperkatakan netizen. Diangkat dari kisah benar,drama itu menaikkan kemarahan netizen kononnya sikap panas baran lakonkan Shukri Yahaya tidak berasas termasukah watak Nina Iskandar yang masih mengharapkan cinta lelaki walaupun didera.

5. Kamal Adli Dan Zahirah Macwilson (Duda Pujaan Dara)

Panas! Itulah yang murai.my boleh katakan mengenai drama ini. Dek kerana keserasian Kamal dan Zahirah di dalam drama Duda Pujaan Dara, kontroversi hebat terus melanda melibatkan empat penjuru diantara Kamal Adli, Emma Maembong, Zahirah Macwilson dan Zul Ariffin.

Lebih mengejutkan, Emma mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Kamal, manakala Zahirah dan Zul hubungan mereka kini dikatakan sedang retak. Apakah kesudahannya? Diharap pengakhirannya baik-baik sahaja.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
andainya takdirduda pujaan darafarah nabilahfattah aminfattzurafazurahero seorang cinderellaidris khankamal adliNina Iskandarpinggan tak retak nasi tak dinginraysha rinzroeshukri yahyatitian cintazahirah macwilsonZul Ariffin
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

  4. 4

    Infaq Atau Eksploitasi? Cara Agih Makanan Ketika Live TikTok Jadi Perdebatan

  5. 5

    Seperti Kembar Terpisah! Wajah 5 Pelakon Kacak Ini Mirip Pemain Bola Sepak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara