Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Park Shin Hye Mengadu Perubahan Pada Dirinya Sepanjang Kehamilan

by Jash Lee
December 18, 2021
Share on Facebook

Pasangan artis Korea yang kini sentiasa menjadi perbualan hangat ini telah berjaya membangkitkan semangat netizen pada tahun ini. Ini kerana, pasangan popular ini juga telah mengumumkan perkahwinan mereka dan dalam masa yang sama telah berkongsi tentang kehamilan Park Shin Hye pada November lalu.

Park Shin Hye dan Choi Tae Joon menerima banyak pujian dan sokongan daripada peminat berhubung berita baik ini. Ramai peminat juga mendoakan kesihatan kandungan Park Shin Hye.

Aktres jelita ini akhirnya telah memuatnaik detik semasa kehamilannya melalui posting di instagram miliknya. Nampaknya, Park Shin Hye juga telah berkongsi wajahnya yang cantik dengan kapsyen tentang kandungannya. Pelakon drama Sisyphus The Myth ini telah berkongsi perubahan pada dirinya sepanjang kehamilannya.

via Ig

Dia mengatakan bahawa sepanjang hamil, dia perasan bahawa rambutnya semakin cepat panjang.

“Rambut saya semakin panjang dan panjang.” katanya  dalam bahasa Korea.

Bakal isteri kepada pelakon kacak, Choi Tae Joon ini juga terlihat bergambar sambil memegang pipinya dan berswafoto. Ramai peminat terharu dan memberikan komen semangat buat Park Shin Hye.

“Betul, jika anda mengandung.” kata salah seorang netizen.

“Cantik betul wanita hamil ini, rindu awak,” kata seorang lagi.

Antara komen-komen netizen seperti, “Potong la rambut kak”, “Terpancar aura wanita hamil, sanggul.”

via Ig

Selebriti cantik, Park Shin Hye  bakal berkahwin dengan pelakon kacak, Choi Tae Joon pada Januari 2022 secara tertutup. Mereka berdua telah menjalinkan hubungan percintaan selama kira-kira lima tahun sebelum memutuskan untuk berkahwin.

Apa pendapat anda tentang penampilan terkini Park Shin Hye ketika mengandung anak pertamanya ini?

ChoiTaeJoonparkshinhye
https://lomp.at/dce4c
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

“Takkan Ada Lagi Abah Yang Sama…”-Azar Azmi Mohon Doa Orang Ramai

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Azar Azmi tampil menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang membantu individu rapat yang digelar sebagai 'Abah' yang...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Lokal

Taufiq Hanafi Kesal Disoal Mengenai Kes ‘YEYE’ Dalam Kem Tentera-“Aku Ni Pelakon Filem Askar Je…”

by Naddy Joe
January 6, 2026

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai budaya gelap dalam dunia ketenteraan iaitu persundalan perempuan 'yeye' menjadi pemuas nafsu di...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Beri Sumbangan RM20,000 Untuk Kos Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada anak lelaki...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aida Aris Buat ‘Live’ Di Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Undang Teguran Netizen!-“Tolong Hormat…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Baru-baru ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian putera sulung kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore