Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

PAVILION BUKIT JALIL Ajak Semua Pengunjung Raikan Ulangtahun WARNER BROS ke100

by Phic ARMAN
June 3, 2023
Share on Facebook

Pavilion Bukit Jalil kini menampilkan kerjasama istimewa bersama Warner Bros. Discovery Global Consumer Product bersempena kempen ulang tahun studio mereka ke 100 – Celebrating Every Story. Para pengunjung disajikan dengan pelbagai tarikan dekorasi menarik, aktiviti hiburan, pameran serta jualan dan juga penebusan barangan eksklusif serta terhad bermula pada hari ini sehingga 25 Jun 2023.

Hadir bersama dalam majlis perlancaran MID-YEAR FIESTA (MY FIESTA) Pavilion Bukit Jalil dan Ulang Tahun Warner Bros. Studio ke 100 adalah Pengarah Regal Path Sdn Bhd, Datuk Lee Whay Hoong; Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, Dato’ Joyce Yap; Ketua Bahagian Perkongsian UOB Malaysia, Mr Fabian Poh dan Pengarah Bersekutu, Pelesenan Studio Pasific, Mr. Keith Ng mewakili Warner Bros. Studio.

MY FIESTA

Menara Air ikonik Warner Bros. Studio yang berdiri megah di tengah Centre Court, aras 2, Pavilion Bukit Jalil ini memaparkan peredaran masa, momen serta adegan filem penting sepanjang penubuhannya untuk satu abad yang lalu. Terdapat pelbagai hiasan bertema serta latar belakang yang menarik untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan seperti Platform 9¾ dari siri Harry Porter, Tom & Jerry Animation Studio, Mystery Machine terkenal dari siri Scooby Doo dan Pameran The Flash yang menampilkan latar belakang adegan wayang tersebut dan aktiviti interaktif mengelilingi arca ikonik tersebut.

Selain itu, kehadiran para pengunjung dimeriahkan lagi dengan siri pameran prop interaktif dan koleksi barangan yang telah digunakan di seluruh studio tersebut sejak 100 tahun lalu seperti dari siri francais Wizarding World, DC Super Heroes, Batman & Wonder Woman serta sitcom TV 90-an FRIENDS dan banyak lagi.

MY FUN ACTIVITIES

Dalam meraikan kerjasama ikonik bersama Ulang tahun ke 100 Warner Bros., para pengunjung dijemput untuk sertai pertandingan cosplay pada 10 Jun 2023 dan berpeluang untuk memenangi wang tunai, baucar beli belah dan cenderamata eksklusif WB100 seperti patung kecil DC dari Beast Kingdom, Batmobile dan patung aksi Batman, tabung pelbagai guna Justice League, Mysterious Wands dari Wizarding World: Harry Potter dan bekas air, lencana butang, tag bagasi ekslusif WB100 dan bermacam lagi.

Tanpa mengira peringkat usia, pastinya ada sesuatu keriangan menanti para pengunjung untuk dikecapi di Pavilion Bukit Jalil sepanjang musim cuti sekolah ini.

Bawa si kecil ke karnival pengembaraan interaktif World of Nickelodeon yang pertama di Malaysia dan Pinkfong Baby Shark Adventure Ville oleh Toy World di aras 5 (Zon Oren). Teruskan berhibur dengan menyaksikan wayang blockbuster terkini di pawagan TGV Cinemas di aras 5 (Zon Oren) yang baru sahaja beroperasi atau nyanyi sepuas hati bersama teman dan keluarga di K11 Karaoke, aras 5 (Zon Oren).

Para penggunjung turut diseru untuk selami dunia fantasi pembikin filem legenda Amerika melalui pameran The World of Tim Burton Pop-Up Museum, aras 2 (Zon Merah Jambu).

Untuk maklumat lanjut berkaitan aktiviti dan promosi sambutan cuti sekolah pertengahan tahun (MYFiesta) di Pavilion Bukit Jalil, layari www.pavilion-bukitjalil.com atau semak kemas kini terbaru melalui Facebook, Instagram atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan di +603-8092 8888.

Pavillion Bukit JalilWarner Bross
https://lomp.at/6whar
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Hotel

Stay Mewah Dengan Bijak! Ini Tawaran Eksklusif Marriott Bonvoy Sempena Visit Malaysia 2026

by Phic ARMAN
April 9, 2026

Kalau anda jenis yang percaya travel itu bukan sekadar “cukup tidur”, tapi satu bentuk reward untuk diri sendiri yang ini...

Read moreDetails
Foto - Vietjet
Jalan-Jalan

VietJet Tambah Penerbangan Musim Cuti & Tingkatkan Perjalanan Musim Panas Sehingga Awal Mei Ini!

by Nurul A.
April 12, 2026

Vietjet sedang meningkatkan kapasiti perjalanan musim cutinya dengan hampir 3,800 penerbangan di seluruh Vietnam. Peningkatan penerbangan ini dijadualkan bermula dari...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Ramai Tak Tahu, Emirates Ada Cara Bantu Anak Autisme ‘Practice’ Sebelum Terbang

by Phic ARMAN
April 23, 2026

Kalau travel bagi kita nampak seronok, hakikatnya ada juga keluarga yang rasa ia satu cabaran besar, terutama yang ada anak...

Read moreDetails
Hotel

Kenali Eric Fettke, Executive Chef Shangri-La KL, Pernah Terlibat Dengan Sukan Olimpik?

by Phic ARMAN
April 21, 2026

Dunia kulinari hotel mewah di Shangri-La Kuala Lumpur kini makin hangat bila seorang chef bertaraf antarabangsa, Eric Fettke, rasmi dilantik...

Read moreDetails
Hotel

Kontroversi Rain Rave 2026 di Bukit Bintang Makin Hangat, Tapi Ada Manfaat Ramai Tak Nampak

by Phic ARMAN
April 29, 2026

Nama Rain Rave Water Music Festival 2026 memang makin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Ada yang teruja nak join, ada...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

  4. 4

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

  5. 5

    Sheila Rusly Seloroh Mahu Jadikan Fazura Sebagai Menantu, Komen Sharifah Shahora Curi Perhatian!-“Tapi Dia Dah Ada..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara