Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Pelakon Tempatan Bakal Nikmati Royalti Pertama, SENIMAN Usahakan Badan Kutipan Khas

by Ayu Kamaruddin
January 12, 2026
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Dunia seni lakon tempatan bakal menyaksikan satu langkah baharu yang cukup dinanti-nantikan. Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) kini giat merancang penubuhan badan kutipan royalti khusus untuk pelakon tempatan, satu inisiatif yang bukan sahaja menjanjikan pendapatan tambahan, malah berpotensi menjadi entiti pencen bagi penggiat seni.

Menurut Berita Harian, Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, menegaskan bahawa badan ini berfungsi seperti Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP) dan Recording Performers Malaysia (RPM), namun fokus sepenuhnya kepada hak dan kebajikan pelakon.

“Objektif penubuhan badan kutipan royalti adalah untuk menggalak penggiat seni lebih banyak berlakon dan berkarya. Ini perlu supaya lebih banyak royalti dapat mereka kutip pada masa depan,” katanya kepada BH.

Tiada Badan, Tiada Royalti

Sebelum ini, pelakon tempatan tidak mempunyai badan khusus untuk mengutip royalti. Zed menjelaskan, walaupun hasrat untuk mewujudkan sistem sebegini pernah digerakkan oleh Malaysia Screen Actor Guild (MSAG) pada era pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia tertangguh berikutan pertukaran kerajaan dan perubahan hala tuju kementerian.

“Kita tidak ada badan khusus, jadi macam mana kutipan royalti seperti apa yang dilakukan MACP dan RPM dapat dilaksanakan. Dengan adanya badan dilantik, barulah kutipan boleh dilaksanakan,” tambah Zed.

Badan ini dijangka mengutip royalti daripada pelbagai sumber seperti premis karaoke, restoran, pengangkutan awam seperti LRT, media sosial, dan penggunaan kandungan di internet, sekaligus mengurangkan beban persatuan dalam membantu ahli.

@seniman.my

Salah satu visi yang sedang diusahakan adalah penubuhan Badan Kutipan Royalti khusus untuk pelakon, sebagai langkah menjaga kebajikan dan hak industri seni tempatan.

♬ original sound – Seniman.MY – Seniman.MY

Sebelum ini Zed Zaidi pernah berkongsi bersama seniman.my pada disember 2025 berkenaan visi penubuhan Badan Kutipan Royalti khusus bagi pelakon tempatan, sebagai langkah menjaga kebajikan dan hak industri seni.

Cabaran Proses & Sokongan

Zed mengakui bahawa penubuhan badan ini bukan mudah. Ia memerlukan prosedur undang-undang yang kompleks, kos kewangan, dana, dan khidmat peguam untuk membina kerangka kerja yang kukuh.

Namun, beliau yakin dengan sokongan pihak lain:

  • Altimet (ADUN Lembah Jaya & Ahli Lembaga MyIPO) bersetuju membantu menjamin kebajikan pelakon secara sistematik.
  • Datuk Hans Isaac, Pengerusi FINAS, memberi lampu hijau untuk membawa usul ini ke dalam dasar penambahbaikan perfileman negara.
  • Kerjasama turut dijalankan dengan kementerian berkaitan seperti MyIPO, Kementerian Komunikasi, dan KPDNKK.

“Ini adalah cabaran bagaimana untuk merealisasikan hasrat itu dalam membela nasib dan masa depan penggiat industri lakonan,” kata Zed.

Menghidupkan Legasi Allahyarham Aziz Satar

Langkah ini turut menjadi penghormatan kepada legenda seni tempatan, Allahyarham Datuk Aziz Satar, yang mengimpikan badan royalti diwujudkan sehingga akhir hayatnya.

“Allahyarham Aziz pernah cakap, kalau dapat RM100 sekali pun itu sudah suatu kejayaan besar. Arwah menunggu sehingga meninggal dunia, namun cadangan ini belum direalisasikan. Ini adalah cabaran besar untuk saya tunaikan,” jelas Zed.

SENIMAN Sebagai Pencetus & Penggerak

SENIMAN bukan baru dalam memperjuangkan hak penggiat seni. Kejayaan mereka dalam memperjuangkan caruman KWSP dan PERKESO untuk artis menjadi bukti bahawa persatuan ini mampu menjadi pencetus perubahan dalam industri kreatif Malaysia.

Zed optimis bahawa dengan kerjasama agensi kerajaan dan ahli persatuan, badan kutipan royalti untuk pelakon boleh direalisasikan secepat mungkin, menjadikan Malaysia antara negara yang mencipta pembaharuan dalam industri seni global.

Sumber: Berita Harian

pelakon tempatanroyaltiseniman
https://lomp.at/0b77b
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Insentif

Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

by Ayu Kamaruddin
February 11, 2026

Menjelang Sambutan Tahun Baharu Cina, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim...

Read moreDetails
Insentif

RM600 Sekali Gus, Nafas Lega Buat Pemandu Teksi & Bas Sekolah Pulau Pinang

by Ayu Kamaruddin
January 13, 2026

Dalam senyap tanpa banyak publisiti, Kerajaan Pulau Pinang terus konsisten menjaga kebajikan golongan yang menjadi nadi pergerakan harian rakyat iaitu....

Read moreDetails
Insentif

Jiwa MADANI Sentuh Komuniti, ATM Laksana 17 Projek Dengan Peruntukan RM850,000 MINDEF

by Ayu Kamaruddin
January 28, 2026

Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperuntukkan sebanyak RM850,000 bagi melaksanakan 17 Projek Jiwa MADANI di Melaka sepanjang tahun ini, sekali gus membuktikan...

Read moreDetails
Insentif

Rezeki Ramadan! Dompet Elektronik RM20 Buat Pengunjung & RM100 Buat Peniaga Bazar

by Ayu Kamaruddin
February 16, 2026

Menjelang Ramadan, ada berita baik untuk kaki bazar dan peniaga juadah berbuka puasa. Kerajaan negeri tampil dengan inisiatif khas menerusi...

Read moreDetails
Insentif

Akaun Simpanan-i Nuri Kids Untuk Bawah 12 Tahun, Maskot Nuri Ceriakan Hari Pertama Sekolah

by Ayu Kamaruddin
January 20, 2026

Usaha memupuk budaya menabung kini bermula seawal usia sekolah rendah apabila Bank Rakyat memperkenalkan Akaun Simpanan-i Nuri Kids khusus untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore