Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Pelanggan Mengamuk Baju Raya Tak Sampai! Sabella Tawar Pampasan Ganti Rugi

Antara pilihan pampasan tersebut termasuklah pemberian baju tambahan atau pulangan bayaran kepada pelanggan.

by Khai Azfar
May 11, 2021
Share on Facebook

Sejak beberapa hari yang lalu, tular di media sosial mengenai jenama pakaian terkenal, Sabella yang didakwa gagal menghantar tempahan pelanggan-pelanggannya sebelum sambutan Aidilfitri.

Pelanggan Kecewa Tidak Dapat Tempahan Sebelum Raya 

Di laman Facebook, segelintir pelanggan menyuarakan rasa kecewa mereka apabila baju raya yang ditempah mereka sehingga ke hari ini tidak diterima.

Malah ada diantara mereka mendakwa sudah membuat transaksi bayaran sejak Mac lalu. Isu yang tular tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah personaliti televisyen, Iesya Toh yang turut berkongsi luahan orang ramai di Insta-Story nya.

Sabella Mohon Maaf, Tawar Dua Pilihan Pampasan

Susulan itu, pihak Sabella tampil dengan sebuah kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut. Akui tempahan yang diterima gagal dihantar pada pelanggan mengikut masa yang ditetapkan, jelas jenama itu proses penambahbaikan sistem yang dilakukan serta faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor dan Kuala Lumpur antara punca mengapa isu tersebut terjadi.

Mengambil tanggungjawab 100% terhadap isu yang terjadi, pihak Sabella memohon maaaf serta menawarkan dua bentuk pampasan ganti rugi kepada pelanggan mereka yang terlibat. Antara pilihan pampasan tersebut termasuklah pemberian baju tambahan atau pulangan bayaran kepada pelanggan.

Sehingga artikel ini ditulis masih ada pelanggan yang meluahkan rasa tidak puas hati selain kecewa kerana tidak dapat memakai baju yang ditempah mereka pada Aidilfitri yang dijangka akan sambut pada 13 Mei ini.  Namun begitu, ada diantara mereka menganggap ia adalah satu situasi yang boleh diramal apatah lagi melibatkan tempahan pada musim perayaan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Sabella
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara