Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Pendidikan Tinggi Makin ‘Accessible’, Pendidikan Percuma Kini Untuk Lebih Ramai Pelajar Miskin

by Ayu Kamaruddin
January 21, 2026
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Kerajaan nampaknya semakin serius mahu pastikan pendidikan tinggi bukan lagi ‘luxury’ untuk golongan tertentu sahaja.

Terbaharu, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diperluaskan kepada 10,000 pelajar daripada keluarga miskin yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tahun ini.

Jumlah itu meningkat berbanding 5,800 pelajar yang diumumkan sebelum ini dalam Belanjawan 2026, satu langkah yang dilihat sebagai game changer buat pelajar daripada latar belakang kurang berkemampuan.

“Pendidikan percuma ini kita mula tingkatkan. Sebab itu saya telah umumkan dalam belanjawan, peringkat awal, kalangan miskin tegar sekitar 5,800 pelajar miskin tegar akan diberikan pendidikan percuma.

“Sekarang saya nak umumkan jumlah ini kita akan tingkatkan melalui bantuan PTPTN kepada 10,000 pelajar kategori miskin,” katanya.

Big Win Untuk Pelajar OKU

Bukan itu sahaja, berita baik turut memihak kepada pelajar orang kelainan upaya (OKU).

Anwar mengumumkan semua pelajar OKU di IPTA, Politeknik dan Kolej Komuniti akan menerima pendidikan percuma mulai sekarang, melibatkan kira-kira 3,000 pelajar.

Via facebook rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia

Langkah ini secara tidak langsung mengangkat mesej bahawa tiada siapa patut tercicir daripada sistem pendidikan, tanpa mengira kekangan fizikal atau latar belakang ekonomi.

Pendidikan Percuma Bukan Sekadar Retorik

Menurut Perdana Menteri, usaha memperkasa pendidikan percuma bukan baharu, malah sudah bermula sejak peringkat sekolah rendah hingga Tingkatan Enam, termasuk bantuan buku dan elaun khas pelajar.

Namun, beliau mengakui satu cabaran besar yang perlu ditangani bersama minat membaca yang semakin luntur, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di peringkat global.

“Bukan saja kita, seluruh dunia, minat membaca sudah jauh lebih kurang,” katanya.

Sekadar info tambahan, oktober lalu beliau pernah mengumumkan kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui PTPTN kepada 5,800 pelajar daripada keluarga miskin yang berpendapatan isi rumah kurang RM2,705 untuk melanjutkan pengajian di IPTA dengan peruntukan RM120 juta setahun.

Bagi Murai, ini bukan sekadar cerita tentang angka atau bajet. Ini tentang peluang kedua, ketiga dan mungkin satu-satunya peluang buat anak muda daripada keluarga miskin untuk break the cycle.

10000 pelajar daripada keluarga miskinPendidikan percumaPTPTN
https://lomp.at/kcoqt
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Insentif

SARA One-Off RM100 Mula Disalur Hari Ini, Lebih 22 Juta Rakyat Layak

by Ayu Kamaruddin
February 9, 2026

Bermula hari ini, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua rasmi disalurkan kepada rakyat Malaysia, melibatkan peruntukan besar berjumlah RM2.2 bilion....

Read moreDetails
Insentif

Hafaz 30 Juzuk Boleh Dapat RM4,500, MAIWP Tawar Insentif Lumayan Untuk Para Huffaz

by Ayu Kamaruddin
March 5, 2026

Berita baik buat para huffaz di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membuka permohonan Skim Bantuan Galakan Hafaz...

Read moreDetails
Insentif

Impian Ke Tanah Suci? Tabung Haji Lancar #menujuistitoah, Bantu Rancang Haji Lebih Awal

by Ayu Kamaruddin
February 25, 2026

Dalam usaha membantu lebih ramai rakyat Malaysia membuat persiapan awal menunaikan ibadah haji, Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan program baharu...

Read moreDetails
Berita

Baucar Jom Shopping Perayaan, 25,000 Rakyat Selangor Terima RM200

by Ayu Kamaruddin
February 12, 2026

Berita gembira buat rakyat Selangor, Baucar Jom Shopping Perayaan kembali dilaksanakan untuk membantu masyarakat menyambut musim perayaan dengan lebih meriah....

Read moreDetails
Insentif

RM150 Juta Bantuan Sara Tak Dituntut, Ini Jawapan Ke Mana Duit Ini Pergi

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bukan disimpan, bukan juga dibiarkan sepi. Sebanyak RM150 juta daripada bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang tidak dituntut sehingga 31...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore