Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Penduduk Flat Skeptikal DBKL Angkut Kon Cop Parking- “Lepas Buang Tu Jadi Apa?”

by Phic ARMAN
May 21, 2026
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau DBKL merampas kon dan pelbagai objek yang digunakan untuk ‘cop parking’ di kawasan flat baru-baru ini akhirnya mendapat perhatian ramai di Threads. Ramai penduduk meluahkan rasa puas hati kerana isu yang sudah bertahun-tahun berlaku itu akhirnya diambil tindakan.

Mana tidaknya, ruang parkir awam seolah-olah ‘diprivatkan’ sesuka hati oleh segelintir individu dengan meletakkan kon, tong, botol dan pelbagai objek lain bagi menghalang orang lain parkir di situ.

Namun di sebalik pujian terhadap tindakan DBKL, timbul pula persoalan lain. Adakah masalah ini benar-benar selesai atau sekadar reda untuk sementara waktu?

Lepas buang tu jadi apa?

Menurut ramai netizen, tindakan angkut kon sahaja tidak cukup jika tiada penguatkuasaan lebih tegas. Ada yang berpendapat individu yang sengaja cop parking perlu dikenakan kompaun tinggi supaya mereka serik.

“Lepas buang tu jadi apa? Esok lusa orangnya letak semula. Cuba kompaun RM10k, baru takut nak ulang.”

VIA THREADS

Malah ada juga yang mendakwa mentaliti sesetengah pihak sukar diubah tanpa tindakan melibatkan denda dan penguatkuasaan konsisten.

Dalam masa sama, isu lain pula mula dibangkitkan. Ada netizen meminta DBKL turut mengambil tindakan terhadap kedai makan yang didakwa menggunakan banyak petak parkir awam untuk pelanggan mereka.

“Kedai makan yang amik tapak parking tu tolonglah sekali. Satu kedai amik berapa biji parking.”

Selain itu, masalah kereta rosak dan tersadai terlalu lama di kawasan flat juga menjadi rungutan penduduk kerana ia menyebabkan ruang parkir semakin terhad.

“Pagi dah angkut, petang datang balik kon, botol dan tong. Lagi satu tolong tengok kereta rosak yang dah lama tersadai.”

VIA THREADS
VIA THREADS

Nampaknya isu cop parking ini bukan sekadar tentang kon semata-mata, tetapi berkait rapat dengan sikap sivik, kekurangan parkir dan penguatkuasaan berterusan.

Topik Berkaitan [VIDEO] Warga Bangladesh Kaut Saman DBKL, Netizen Dakwa ‘Elak Owner Marah'

Persoalannya sekarang, apakah penyelesaian terbaik untuk isu ini? Adakah kompaun lebih tinggi mampu mendisiplinkan orang ramai atau DBKL perlu mencari sistem parkir lebih tersusun khususnya di kawasan flat berpenduduk padat?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
7
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
3
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
DBKL
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

“Uncle Tu Sampai Dulu Ye”- Netizen Tegur Sikap Pengguna Tren Terhadap OKU

by Phic ARMAN
August 20, 2026

“Uncle tu sampai dulu ye. A little awareness, please.” Itu antara teguran seorang pengguna Threads yang menarik perhatian ramai selepas...

Read moreDetails
Tapak Kaki Pada Popadom
Sosial Buzz

[VIDEO] Baru Nak Goreng Popadom, Sekali Ada Kesan Tapak Kaki- Netizen Kongsi Jenama Halal & Selamat Dibeli

by Nurul A.
September 9, 2026

Cuba bayangkan, kamu baru nak goreng popadom. Tetapi bila buka bungkusan, terus nampak dengan jelas bekas tapak kaki pada kepingan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Pusara Bukan Props”- Netizen Tegur Trend Oversharing Kematian

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kebelakangan ini, semakin banyak perkongsian di media sosial yang memaparkan momen ketika seseorang kehilangan insan tersayang. Ada yang berkongsi gambar...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Sejak Bila TREC Ada DJ Bertudung?”- Video Wanita Main Muzik Cetus Perdebatan Netizen

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kehadiran seorang wanita bertudung yang dilihat bermain muzik di sebuah lokasi hiburan di TREC, Kuala Lumpur, baru-baru ini mencetuskan perdebatan...

Read moreDetails
Foto - @nanijismani (Threads)
Sosial Buzz

Wanita Kecewa Tayar Kereta Dicuri, Lebih ‘Frust’ Bila Berlaku Di Parkir Berbayar LRT

by Nurul A.
August 18, 2026

Nampaknya malang tidak berbau apabila seorang wanita, dikenali dengan nama Nani Jasmani, meluahkan rasa kecewanya selepas mendapati tayar keretanya telah...

Read moreDetails
Foto - @shezlinaa (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Mengaku Ada MyKad, Sikap 2 Minah Saleh ‘Cop’ Parkir Cetus Kemarahan

by Nurul A.
September 7, 2026

Sikap dua wanita warga asing di kawasan parkir KLCC baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan orang ramai. Berdasarkan video pendek yang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Jahatnya Kau…”- Netizen Pertahan Rider Dipersoal Guna Beg Syarikat Lain

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Pernah tak anda order makanan melalui satu aplikasi, tetapi yang sampai depan rumah ialah rider dengan beg daripada syarikat penghantaran...

Read moreDetails
Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Macam Budak PPRT Beli Baju Bundle”- Komen Pedas Tentang Tetamu KLFW Cetus Perang Netizen

by Phic ARMAN
August 6, 2026

Nampaknya, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) bukan sekadar jadi pentas untuk pereka fesyen mempamerkan koleksi baharu. Malah, setiap tahun ada...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Netizen Persoal DELIMa 3.0, Sindiran Fadhlina “Makan Dalam”

by Phic ARMAN
September 17, 2026

Kalau anda ibu bapa yang mempunyai anak masih bersekolah, nama DELIMa mungkin sudah tidak asing lagi. Platform pembelajaran digital Kementerian...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  3. 3

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara