Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Pengacara Zaman Sekarang Suka Merapu Macam Sampah – Azwan Ali

by Phic ARMAN
May 2, 2017
Share on Facebook

Azwan Ali atau lebih dikenali dengan gelaran Diva AA memang sering menjadi perhatian ramai kerana tidak pernah habis dengan kontroversi dan terkenal dengan kes saman-menyaman sesama artis. Personaliti Azwan yang lantang bersuara dan mengkritik secara terbuka tidak disenangi oleh sesetengah pihak sehinggakan dia sering dikutuk di laman media sosial.

Kali ini Azwan terpanggil untuk meluahkan rasa hati mengenai bidang pengacaraan sejak kebelakangan ini yang semakin tiada kualiti. Dia menganggap pengacara zaman sekarang tidak ada  kelayakan mengendalikan program tetapi dijulang stesen televisyen (TV) sebagai wajah pelaris berbakat hebat. Maka terbitlah sifat ego, lupa diri, perasan dan masalah disiplin yang mendorong terhadap kegagalan tanggungjawab dalam mengacara.

“Kebanyakan pengacara sekarang sampah! Biarkan mereka belajar daripada carutan terpaksa ini,”

“Saya perhatikan lambakan bintang yang mengecap populariti mendadak hanya kerana bergelar pengacara. Suka untuk saya mengingatkan bahawa tugas pengacara penuh dengan adab sopan.

“Sejak lima tahun kebelakangan ini, produk yang ditampilkan sebagai pengemudi acara amat mendukacitakan. Bukan saya sahaja yang mengkritik, malah ia turut diakui masyarakat.

“Tambah kritikal apabila mereka tidak disediakan skrip. Mereka diberi kebebasan untuk berjenaka dan merapu sehingga menjejaskan kredibiliti sesebuah rancangan atau acara,”

Seperti yang terjadi baru-baru ini sememangnya membuka mata semua . Pengacara TV, Ammar digantung tugas selepas mempermainkan nama bapa kepada pelari pecut negara, Watson Nyambek. Ammar menunjukkan mimik muka yang tidak senonoh ketika menyebut nama bapa Watson Nyambek ketika dalam rancangan “Sukan Tak Sentral”.

BACA: Bukan Kali Pertama Mempersendakan Orang, Polis Panggil Ammar

Pengalaman Azwan Ali dalam bidang hiburan memang sudah lama, meskipun terlibat dengan pelbagai kontroversi. Kebimbangan yang disuarakan adalah untuk menyelamatkan industri tersebut sebelum ia diambang kemusnahan.

[VIDEO] "Kau Tunggu Pendedahan Sebenar"- Azwan Ali Berang Dengan Aliff Syukri

Sumber

azwan alipelakon dan pengacarapengacaraSelebritiselebriti lelakiselebriti malaysiaViral
https://lomp.at/44s1x
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

via Grok
Sosial Buzz

Parcel Bernilai Tinggi Dilapor Hilang, Netizen Persoal Syarikat Kurier

by Naja Nix
February 11, 2026

Isu kehilangan bungkusan ketika dalam proses penghantaran kembali mencuri perhatian ramai apabila satu perkongsian di media sosial mencetuskan perbincangan hangat...

Read moreDetails
Lokal

Program Realiti Drama Masakan ‘Dapur Goodday’ Kini Kembali

by Naddy Joe
February 28, 2026

Program realiti drama masakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, Dapur Goodday kembali dengan musim kedua. Menemui penonton bermula 18 Februari,...

Read moreDetails
via Thread /@No-Rip-4504
Sosial Buzz

Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

by Naja Nix
February 9, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan pengguna mi segera apabila rekaan garfu kayu yang disertakan...

Read moreDetails
Insentif

KLIA Berwajah Baharu ‘Rimba’, Sentuhan Sempena Kempen TMM2026

by Ayu Kamaruddin
January 14, 2026

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini tampil dengan wajah pengalaman baharu apabila Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memperkenalkan Rimba,...

Read moreDetails
Lokal

Aniq Suhair Terima 6 Jahitan Selepas Alami Kecederaan Ketika ‘Shooting’-“Malang Memang Tak Berbau..”

by Naddy Joe
January 9, 2026

Pelakon, Aniq Suhair berdepan kecederaan pada bahagian bawah lutut selepas kakinya tergelincir dan tersadung pada batu ketika menjalankan penggambaran filem,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore