Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Penuh Warna Warni! The Cofee Bean & Tea Leaf X Tokidoki Perkenal Koleksi ‘Merchandise’ Baharu

by Naddy Joe
January 24, 2024
Share on Facebook

The Coffee Bean & Tea Leaf™, pakar kopi dan teh yang terkemuka di dunia, melancarkan koleksi barangan baharu dengan kerjasama tokidoki, sebuah jenama ikonik yang terkenal dengan watak-watak yang berwarna-warni. Kerjasama sulung antara dua jenama itu akan mempersembahkan empat watak tokidoki – Donutella, Buddy Sip, Sandy, dan B-Dragon.

Ketua Pegawai Pemasaran Global The Coffee Bean & Tea Leaf™, Lisa Ransom berkata, kedua-dua jenama iaitu The Coffee Bean & Tea Leaf dan Tokidoki ini berkongsi komitmen yang sama terhadap kreativiti dan inovasi.

“Kami percaya koleksi ini mencerminkan perkara itu. Kami tidak sabar untuk melihat pelanggan kami menikmati kopi dan teh kesukaan mereka dengan penuh gaya.”-Kata Lisa Ransom

Pemilik Bersama dan Artis tokidoki, Simone Legno, meluahkan rasa berbesar hati dapat menyatukan seninya bersama sebuah jenama ikonik seperti The Coffee Bean & Tea Leaf.

“Saya berbesar hati untuk bekerjasama dengan jenama ikonik seperti The Coffee Bean & Tea Leaf™. Sejak berpindah ke California 20 tahun yang lalu, saya telah menjadi peminat The Coffee Bean & Tea Leaf. Saya menghabiskan banyak masa bekerja dalam suasananya yang positif dan mesra.

Saya kerap membeli kopi dalam perjalanan ke pejabat atau semasa waktu makan tengah hari. Saya juga sering menikmati minuman yang direka dengan teliti dan makanan yang sihat sambil mencari idea dan melukis. Kami sangat berbangga untuk menyatukan seni saya dengan sebuah jenama yang inklusif.”

Koleksi tokidoki bukan hanya koleksi barangan semata-mata, ia adalah penghayatan terhadap keunikan individu dan kreativiti. Jom kenali koleksi yang menakjubkan ini:

Topik Berkaitan 40 Lagu, 4 Bahasa! Shila Amzah Janji Konsert 25 Tahun Paling Epik

Tokidoki Dragon

Warna hitam botol air yang unik ini mencipta kontras yang menonjolkan kecantikan seni tokidoki yang berwarna-warni, ditambah lagi dengan kapasiti yang besar (500ml/17oz). Rancakkan gaya hidup anda sambil kekal terhidrat!

Dijual pada RM168.00 setiap unit

Tokidoki Donutella

Tumbler keluli tahan karat yang bertebat ini bukan hanya cantik di mata, tetapi juga direka bagi memastikan minuman kegemaran anda sentiasa panas atau sejuk sehingga enam jam. Dengan penutup yang kalis bocor, nikmatilah minuman kegemaran anda sambil menyerlahkan gaya tersendiri.

Dijual pada RM168.00 setiap unit

Tokidoki Pins

Tonjolkan keunikan individu anda dengan koleksi pin watak tokidoki kami yang comel-comel belaka! Pilih satu yang paling tepat mewakili anda dan sematkannya pada pakaian atau beg anda untuk sentuhan unik.

Dijual pada RM28.00 setiap unit

Pelanggan juga boleh mendapat satu pin percuma dengan menambah nilai kad TCB mereka dengan minimum RM150*. Pin tokidoki akan dilancarkan setiap minggu sementara stok masih ada:

⦁ 23 hingga 29 Januari: Donutella
⦁ 30 Januari hingga 5 Februari: Buddy Sip
⦁ 6 hingga 12 Februari: Sandy
⦁ 13 hingga 20 Februari: B-Dragon

Perhatian: Sementara stok masih ada, tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk lebih maklumat tentang tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, layari laman Facebook kami di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, akaun Instagram @coffeebeanMY, akaun TikTok @coffeebeanMY, atau laman web rasmi www.coffeebean.com.my.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
The Coffee Bean & Tea Leaf
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara