Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Pepsodent Kerjasama Dengan Kementerian Kesihatan Dalam Memberikan Kesedaran Kepada Komuniti

by Naddy Joe
April 28, 2026
Share on Facebook

Pepsodent mengumumkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menyokong sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia dan Hari Kesihatan Ortodontik Sedunia peringkat negeri Selangor, yang berlangsung dari 24 hingga 26 April 2026 di AEON Mall, Bukit Tinggi, Klang.

Program selama tiga hari yang menyaksikan penglibatan orang awam ini menawarkan perkhidmatan pergigian percuma, di samping aktiviti interaktif dan pendidikan yang dirangka untuk menggalakkan amalan kesihatan mulut yang lebih baik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Diadakan di bawah Program Kempen 6020, iaitu sebahagian daripada inisiatif strategik di bawah Pelan Strategik Kesihatan Oral Kebangsaan 2022–2030, acara ini mencerminkan komitmen bersama antara Pepsodent dan KKM dalam memperluaskan akses kepada pendidikan kesihatan mulut serta perkhidmatan penjagaan gigi, di samping menekankan kepentingan membina tabiat yang baik sejak usia muda.

“Menerusi kerjasama dengan Kementerian Kesihatan, Pepsodent berbesar hati menyokong usaha yang menjadikan pendidikan dan penjagaan kesihatan mulut lebih mudah diakses oleh keluarga dan komuniti. Di Pepsodent, kami percaya setiap senyuman amat bermakna dan amalan kesihatan mulut yang baik perlu dipupuk sejak kecil.

Dengan menggabungkan perkhidmatan pergigian percuma bersama aktiviti interaktif di lapangan, kami berharap dapat menggalakkan rutin yang lebih sihat serta teknik memberus gigi yang betul, bagi membantu rakyat Malaysia mendapatkan senyuman yang bebas kaviti dan mengatakan #SayAHHH dengan penuh keyakinan,” kata Phoebe Tay, Ketua Pemasaran Pepsodent Malaysia

Memperluas Impak Melalui Program Sekolah 2-2-10 Gigi Lebih Kuat Meneruskan momentum tahun ini, Pepsodent juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) melalui program sekolah 2-2-10 Gigi Lebih Kuat, yang menyasarkan penglibatan 70 sekolah dan memberi manfaat kepada 70,000 lagi pelajar pada tahun 2026.

Berteraskan amalan memberus gigi selama dua minit setiap kali, dua kali sehari, untuk gigi 10 kali lebih kuat, program ini bertujuan membentuk rutin penjagaan mulut yang mudah namun konsisten dalam kalangan kanak-kanak sejak usia muda.  Program ini merangkumi bengkel Train-the-Teacher yang komprehensif bagi melengkapkan para pendidik dengan pengetahuan dan sumber yang diperlukan untuk menggalakkan amalan penjagaan mulut yang lebih baik.

Selain itu, aktiviti Bulan Penjagaan Kesihatan Oral di sekolah akan menampilkan pemeriksaan pergigian oleh KKM serta pengedaran kit sampel Pepsodent secara percuma bagi mengukuhkan teknik memberus gigi yang betul dan amalan kesihatan mulut harian. Pepsodent juga akan menyokong program pemeriksaan pergigian tahunan KKM Selangor untuk pelajar sekolah awam, dengan lebih daripada 100,000 sampel akan diedarkan semasa lawatan pergigian ke sekolah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
pepsodent
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara