Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Pertama Di Malaysia? Travelog Ini Dikendalikan Hos Kanak-Kanak

Kembara Awish & Juju menampilkan hos kanak-kanak, Armand Darwish Anuar buat julung kalinya.

by Khai Azfar
May 5, 2021
Share on Facebook

Lazimnya, rancangan berunsurkan travelog dikendalikan oleh hos remaja mahupun dewasa. Namun tidak bagi rancangan Kembara Awish & Juju yang menampilkan hos kanak-kanak, Armand Darwish Anuar buat julung kalinya.

Kini Ditayangkan Di TV1

Melawat pusat konservasi penyu Terengganu, ladang teh di Cameron Highland dan menjejakkan kaki ke muzium tertua di Malaysia yang terletak di Taiping, Perak merupakan antara pengembaraan yang dilakukan oleh Awish bersama ‘pupet’ yang juga rakan baiknya, Juju.

Menerusi rancangan Kembara Awish & Juju yang sedang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis di TV1 pukul 4.30 petang, mereka mengembara ke serata pelosok negara untuk menambahkan pengetahuan selain dapat merasai pengalaman baharu.

Bagi Anuar Che Embi, 52, penerbit ini menyifatkan perjalanan yang dilalui oleh Awish, Juju dan beberapa rakan-rakan yang lain memberikan perspektif baharu kepada kanak-kanak serta memberikan pengetahuan kepada mereka tentang tempat menarik yang ada di dalam negara.

“Selama ini kita hanya melihat banyak rancangan travelog khusus untuk orang dewasa sahaja tetapi kali ini kita bawakan kelainan dengan memberikan pengalaman kepada kanak-kanak untuk menjadi teraju utama pula”

“Jadi kita fikir watak Awish perlu ada teman. Kita masukkan watak Juju yang juga merupakan pupet yang ceria dan menghiburkan sebagai teraju utama yang akan bercerita pelbagai perkara bersama,” katanya kepada edaran Murai.my

Bawa Kelainan 

Dedah Anuar, sepanjang penggambaran berlangsung, dia dapat melihat sendiri kegembiraan kanak-kanak yang terlibat apabila dapat merasai pengalaman baharu seperti memetik epal dan daun teh, melihat penyu dan gajah serta menambah pengetahuan baharu apabila menjejakkan kaki ke muzium dan pusat sains.

“Ini yang cuba kita semarakkan dengan menerbitkan Kembara Awish & Juju. Kita juga mahu mereka yang menonton dapat pengetahuan dan teruja untuk melawat lokasi menarik dalam negara selain daripada memberikan mesej positif kepada semua,” tambahnya.

Selain Armand sebagai Awish, watak Alisya dilakonkan oleh Aleesha Qaisara; Asadel (Muhammad Asadel Mikael); Marissa (Ariana Marissa); Bavishan (Bavishan Nair) dan Stacy (Ilyn Loh). Manakala watak Juju pula dimainkan oleh Meor Mardzuki yang berpengalaman luas dalam seni ‘pupet’ dan menggunakan suara Farish Andika.

Tambah Anuar lagi, dia terfikir untuk menerbitkan rancangan yang mengangkat watak ‘pupet’ kerana sudah tidak banyak lagi rancangan sebegitu yang diketengahkan hari ini. Kebanyakan penerbit sudah beralih kepada animasi dengan menghasilkan kartun dan sebagainya.

“Bagi generasi terdahulu pupet bukan asing bagi mereka memandangkan ada rancangan sebegitu diterbitkan. Kita cuba menghidupkan semula peranan pupet untuk memberikan pengalaman baharu kepada kanak-kanak bawasanya hiburan ini luas.

“Tapi menerusi Awish dan Juju, kita suntik elemen travelog berbanding hanya duduk di studio seperti kebiasaan. Ini bukan sahaja dapat menambahkan pengetahun kanak-kanak tentang tempat menarik di serata negara tetapi dalam masa yang sama menyuntik nilai murni kepada semua,” kata pemilik produksi Ace TechnoScience Sdn Bhd ini lagi.

Menariknya, Kembara Awish & Juju ini mendapat sambutan hangat daripada penonton sejak ditayangkan beberapa minggu yang lalu. Diterbitkan sebanyak 13 episod, mereka menjelajah ke 13 lokasi yang akan memberikan dimensi baharu kepada penonton. Antara lokasi yang dilawati termasuklah Zoo Taiping, Perak; Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang; Muzium Tentera Darat, Port Dickson dan beberapa lokasi menarik di Melaka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Kembara Awish & Juju
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Hari Merdeka
Filem

Rai Hari Merdeka Bersama Netflix, Tonton 1 Cerita Pada 1 Masa!

by Nurul A.
August 26, 2026

Istimewa untuk Hari Merdeka tahun ini, Netflix meraikan Malaysia dengan tayangan satu cerita pada satu masa.  Daripada aksi yang mendebarkan...

Read moreDetails
Netflix
Filem

Naik Taraf Siri Anime, Netflix Persembahkan ‘Cyberpunk: Edgerunners 2’, ‘LEGO® ONE PIECE’ & Banyak Lagi!

by Nurul A.
August 23, 2026

Netflix, salah satu perkhidmatan penstriman video yang popular, telah menjadi destinasi pilihan global untuk animasi, menempatkan siri aksi dewasa seperti...

Read moreDetails
Spotlight

11 Tayangan Baharu Netflix Yang Patut Kamu Tonton Pada September Ini!

by Nurul A.
August 28, 2026

September bermula dengan drama yang mendebarkan, komedi yang menggelikan hati, dan rancangan kegemaran keluarga di Netflix. 11 Tayangan Menanti Penonton...

Read moreDetails
Filem 'TERBANG'
Filem

Filem ‘TERBANG’ Angkat Kisah Malaysia Di Pentas Dunia

by Nurul A.
July 30, 2026

Malaysia bakal menyaksikan sebuah kisah luar biasa yang meraikan keberanian melangkaui batas, semangat juang dan rasa bangga terhadap negara menerusi...

Read moreDetails
Foto - GSC
LifeXplore

IMAX® Baharu Dengan Laser Akan Tiba Di GSC IOI Mall Damansara Pada 16 Julai Ini!

by Nurul A.
July 13, 2026

Golden Screen Cinemas (GSC) akan melancarkan IMAX® terbarunya dengan Laser Hall di Petaling Jaya, dengan lokasi ke-6 dan terbarunya di...

Read moreDetails
Foto - @BookMyShowIN (FB)
Filem

Kenapa Malaysia Larang Tayangan Filem ‘Fiza’ Lakonan Hrithik Roshan & Karisma Kapoor?

by Nurul A.
July 17, 2026

Untuk makluman peminat filem Bollywood, 'Fiza' yang ditayangkan pada tahun 2000 merupakan sebuah filem Bollywood yang mengishakan tentang isu keganasan....

Read moreDetails
Netflix
Filem

‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

by Nurul A.
August 1, 2026

Selepas tayangan bersejarah di pawagam sebagai filem anime dengan kutipan tertinggi dalam sejarah, 'Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle...

Read moreDetails
Foto - @netflix (IG)
Spotlight

Wajib Masuk ‘Wishlist’, Ini Filem & Drama Netflix Pilihan MURAI!

by Nurul A.
July 17, 2026

Sejujurnya MURAI agak teruja pada bulan ini kerana Netflix kembali menayangkan pelbagai filem dan drama yang sangat menarik untuk ditonton....

Read moreDetails
Foto - Netflix
Filem

Treler ‘Operation Safed Sagar’ Di Netflix Cetus Adrenalin Penonton!

by Nurul A.
July 31, 2026

Psst... Filem ini diinspirasikan oleh kisah Skuadron Golden Arrows yang belum pernah diceritakan. Pada musim panas 1999, ketika Perang Kargil...

Read moreDetails
The Intern
Filem

Bakal Tayang Pada September Ini, ‘The Intern’ Versi Korea Dibintangi Han Soo Hee

by Nurul A.
August 7, 2026

Selepas lama menanti, peminat filem Korea bakal melihat kolaborasi lakonan antara pelakon veteran dan aktres terkenal dalam pembikinan semula filem...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  3. 3

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  4. 4

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  5. 5

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara