Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Pertama Kali Dengar Produk Korea ‘Beauty of Joseon’? Cuba 4 Ini, Paling Ramai Cakap Bagus

by Lisa Ghani
March 10, 2023
Foto - Beauty of Joseon

Foto - Beauty of Joseon

Share on Facebook

Kalau lalu di feed media sosial, pasti pernah nampak produk bernama ‘Beauty of Joseon’ ini? Sana-sini bercakap tentang betapa bagusnya BOJ, lebih-lebih lagi untuk pilihan sunscreen.

Pada yang pertama kali mendengar tentang BOJ, meh sini Miss Murai jelaskan kenapa produk worth the hype. Dia tular sebab dia memang bagus, tak tipu… sebabnya penulis juga antara pengguna setia.

Dipetik daripada Threebs, jenama ini diilhamkan oleh ensiklopedia abad ke-19 yang menerangkan rahsia penjagaan kulit wanita Korea kelas atas dan tumpuan kepada kecantikan dalaman semasa Dinasti Joseon. Produk mereka dibuat dengan ramuan Hanbang (ubat herba tradisional) yang diturunkan dari dinasti ini untuk mendedahkan kecantikan semula jadi kulit seseorang.

Pada yang beginner nak mencuba produk BOJ, Miss Murai sarankan yang ini…

Relief Sun Rice + Probiotics SPF50+ PA++++

Foto – Beauty of Joseon

Krim pelindung matahari ini mengetengahkan formula inovatif yang mengandungi bahan-bahan untuk menenang dan mencerahkan kulit. Paling sesuai untuk jenis kulit yang paling sensitif, langsung tidak memberi kemerahan bila disapu. Lagi satu, ia membantu untuk menguatkan skin barrier semula jadi kulit kamu. Jangan risau, formula krim yang ringan diserap dengan baik tanpa meninggalkan white cast.

Ginseng Essence Water

Hilangkan kulit kering dan rosak dengan Ginseng Essence Water. Pati penghidratan ini sangat menyegarkan, serta membantu menggiatkan semula kulit, mengawal pengeluaran minyak dan tekstur yang licin.

Foto – Beauty of Joseon

Ia mengandungi 80% air akar ginseng yang kaya dengan antioksidan yang memerangi kerosakan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan pramatang. Penambahan Niacinamide membantu mengawal minyak dan memperbaiki tekstur dengan mengecilkan penampilan pori-pori dari semasa ke semasa dengan sifat penghidratannya.

Radiance Cleansing Balm

Foto – Beauty of Joseon

Kulit kelihatan segar dan berseri tanpa sisa melekit atau berminyak. Solekan kalis air juga hilang. Cleansing balm ini dirumus dengan air beras, bijirin yang ditapai dan bunga kekwa, mampu menarik kotoran yang menyumbat pori tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi kulit. Kulit makin bersih, lembap malah mencerah juga.

Glow Serum Propolis + Niacinamide

Yes, penulis penggunanya! Glow Serum ini membantu melawan jerawat yang disebabkan oleh kerengsaan kulit. Bahan utama Propolis merupakan anti-radang. Niacinamide membantu meminimumkan penampilan liang, mengawal pengeluaran minyak, dan mengekalkan kulit dalam keadaan terbaik. Bagi yang kulit berjerawat, serum ini untuk kamu.

Foto – Beauty of Joseon

Bonus – Rangkaian BOJ disarankan untuk si kulit yang berjerawat dan cepat sensitif.

Nak beli, sangat mudah kerana rangkaian BOJ bersepah di Shopee. Pastikan kamu beli dari saluran yang betul dan dipercayai.

beauty of Joseonproduk k-beauty
https://lomp.at/p6f6b
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara