Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Pilih Hidup Berdikari! Begini Putera Harry & Meghan Markle Biayai Kos Hidup

by Phic ARMAN
January 10, 2020
31
KONGSIAN
Share on Facebook

Melalui akaun rasmi Instagram pada hari Rabu (1/8/2020), Putera Harry dan Meghan Markle membuat kenyataan yang mengejutkan. Pasangan itu mengumumkan bahawa mereka berdua mengundur diri sebagai anggota ‘senior’ keluarga Kerajaan Inggeris dan akan hidup secara berdikari.

Jika mereka berdua memilih untuk hidup seperti itu, ini bermakna bahawa ‘Duke dan Duchess of Sussex’ ini tidak akan mendapat sokongan kewangan daripada Ratu Elizabeth II.

Sebelum Ini Menerima Dana Cecah RM10 Juta

Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, Queen Elizabeth II menerima gaji dari ‘Sovereign Grant’ sebanyak 82 juta pound sterling, atau sekitar RM 437 Juta dari cukai rakyat setiap tahun.

Dari gaji ini, Ratu Elizabeth II memberi 5 juta pound sterling, setara dengan RM26 Juta untuk Putera William dan Putera Harry.

Dilaporkan, Putera Harry mendapat sekitar 2 juta pound sterling, atau sekitar RM10 Juta dari neneknya.

Jika sekarang dia dan Meghan Markle memutuskan untuk hidup secara berdikari, bagaimana mereka berdua boleh menyara kehidupan mereka?

Sehingga kini, tidak ada jawapan rasmi untuk soalan itu. Walau bagaimanapun, sumber pendanaan Putera Harry sebenarnya bukan hanya dari Ratu Elizabeth II.

Aset Dari Bapa, Putera Charles

Bapanya, Putera Charles, mempunyai aset ‘Duchy of Cornwall’ bernilai 21.6 juta pound sterling. Tahun lepas, Putera Charles juga mengagihkan 4.9 juta pound sterling kepada dua anaknya.

Walaupun begitu, masih belum pasti sama ada selepas Putera Harry dan Meghan menarik diri daripada keluarga diraja itu, dana dari bapanya juga akan dipotong.

Pernah Jadi Tentera British

Kerjaya Putera Harry menarik untuk dibincangkan semula. Harry pernah menyertai Tentera British selama 10 tahun sebelum berkahwin.

Beliau telah berkhidmat di Afghanistan dan memegang pangkat Kapten. Seperti yang dilaporarkan oleh CNBC, pada tahun 2011, Putera Harry dilaporkan menerima gaji sekitar US$ 50,000 setahun.

Mewarisi Harta Dari Puteri Diana

Di samping itu, Putera Harry juga diketahu menadapt harta yang  diwarisi oleh mendiang ibunya, Puteri Diana. Menurut Forbes, lelaki berusia 34 tahun itu mendapat 10 juta dolar atau sekitar RM40 Juta dari harta pusaka itu.

Sebaliknya, Meghan Markle yang pernah menjadi pelakon juga mempunyai kekayaannya sendiri. Jumlahnya boleh mencecah nilai 34 juta pound sterling atau sekitar RM 181 Juta.

Kedua-duanya mungkin telah menyediakan simpanan khas selepas keluar daripada ahli keluarga diraja Inggeris. Semestinya mereka berdua sudah bersedia dan fikir masak-masak untuk menguruskan kewangan mereka selepas hidup berdikari.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share30Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara