Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Pitahati Kembali Dengan ‘Inchek Karma!’

by Naddy Joe
April 23, 2026
Share on Facebook

Band alternatif tempatan, Pitahati, kembali dengan single terbaharu mereka berjudul “Inchek Karma!”, yang bakal dilancarkan pada 24 April 2026 di bawah naungan label Luncai Emas.

“Inchek Karma!” hadir sebagai kesinambungan daripada karya terdahulu mereka, “Ana Yang Punya (1 Ringgit 2 Ringgit)”, dengan membawa kesinambungan dari segi ‘vibe’ dan tema. Lagu ini memperluaskan naratif sedia ada dengan pendekatan yang lebih tajam dan reflektif terhadap keadaan semasa.

Mengangkat tema karma, lagu ini menyentuh tentang individu yang bertindak sesuka hati — melakukan kejahatan tanpa menyedari kesan terhadap orang di sekeliling. Namun, mesej utamanya bersifat universal: setiap perbuatan pasti ada balasan. Seperti yang dipercayai dalam pelbagai agama dan kepercayaan, kebaikan akan dibalas baik, dan kejahatan tidak akan terlepas daripada akibatnya

Walaupun lagu ini tidak ditulis dengan merujuk kepada mana-mana individu tertentu, konteks dunia hari ini menjadikan ia relevan dengan pelbagai isu semasa. Ia boleh ditafsirkan sebagai sindiran terhadap individu berkuasa yang bertindak tanpa empati atau kesedaran sosial, termasuk tokoh-tokoh kontroversi serta individu lain yang mencerminkan sifat dan kecenderungan yang sama.

Kecenderungan Pitahati untuk menyentuh tema berunsur politik dan sosial dalam karya ini turut dipengaruhi oleh realiti global hari ini. Persekitaran semasa menjadi pemangkin kepada penghasilan lirik-lirik yang lebih berani dan berlapis makna.

Dari sudut artistik, ada beberapa unsur di dalam lagu ini yang telah digunakan untuk menyampaikan mesej mereka. Salah satunya, dan mungkin yang paling jelas, adalah penggunaan bunyi ayam berkokok di awal lagu.

Penggunaan ini membuka ruang kepada pelbagai tafsiran. Ia boleh dilihat sebagai simbol permulaan hari — satu metafora bahawa pembalasan atau ‘karma’ akan tiba awal dan tepat pada waktunya. Dalam masa yang sama, ia juga boleh ditafsirkan sebagai sindiran bahawa masyarakat kini sedang ‘diayam-ayamkan’, atau dipermainkan tanpa disedari.

View this post on Instagram

Seiring dengan pelancaran digital, Pitahati turut akan melancarkan video muzik rasmi (MV) pada hari yang sama, menawarkan pengalaman visual yang melengkapi naratif lagu ini.

Dengan “Inchek Karma!”, Pitahati berharap agar karya ini menjadi pedoman dan cerminan kepada masyarakat — satu peringatan untuk lebih sedar akan tindakan sendiri serta kesannya terhadap orang lain.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kumpulan pitahati
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Kenapa Ben Amir Minta Netizen Tonton The Arrivals Selepas Isu Konsert The Weeknd?

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Pelakon Ben Amir mencuri perhatian apabila tampil menyuarakan pandangannya mengenai isu konsert The Weeknd yang sebelum ini mencetuskan perdebatan dalam...

Read moreDetails
Spotlight

Belum Tayang Di Malaysia! Areel Abu Bakar Bawa Filem ABANG Ke Barcelona

by Phic ARMAN
October 26, 2026

“Saya percaya kita tidak perlu kehilangan identiti sendiri untuk diterima di peringkat antarabangsa.” Itu antara perkara yang ditekankan pengarah Areel...

Read moreDetails
Spotlight

Nam Ron Jadi Antara Wajah Pilihan UNIQLO, Gayakan Siri EZY Jeans

by Phic ARMAN
September 13, 2026

Siapa kata jeans hanya sesuai untuk satu gaya? Bagi pelakon Nam Ron, denim boleh digayakan mengikut personaliti dan cara tersendiri....

Read moreDetails
pu riz, anjing, haris ismail
Spotlight

Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

by Nurul A.
September 11, 2026

Pendakwah bebas PU Riz, atau nama sebenarnya Haris Ismail kembali menjadi bualan ramai selepas menyuarakan pendapat peribadinya mengenai pemeliharaan anjing...

Read moreDetails
Justin Bieber, Sahara Ray
Spotlight

Bekas Kekasih Justin Bieber Meninggal Dunia Pada Usia 34 Tahun

by Nurul A.
October 22, 2026

Model Australia, Sahara Ray meninggal dunia pada usia 34 tahun. Nama Sahara sebelum ini menjadi bualan ramai selepas menjalinkan hubungan...

Read moreDetails
Perancis
Spotlight

Protes Atau Jenayah? Kedai Mewah Di Perancis Tanggung Kerugian Besar

by Nurul A.
October 19, 2026

Beberapa rumah fesyen mewah, termasuklah Louis Vuitton, Dior, Celine dan Hermès di Perancis telah menanggung kerugian besar selepas diserang oleh...

Read moreDetails
Khairul Aming Rembayung
Spotlight

“Cik Buat Dua Separate Booking”- Khairul Aming Ulas Isu Gabung Meja Rembayung

by Nurul A.
October 21, 2026

Nama usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA, terus menjadi bualan. Dan kali ini disebabkan oleh seorang...

Read moreDetails
Heidi Klum
Spotlight

Ngeri! Heidi Klum Muncul Sebagai Tangan Putus Sempena Halloween 2026

by Nurul A.
November 2, 2026

Setiap tahun, ramai yang menantikan kostum para selebriti untuk perayaan Halloween. Untuk tahun ini, supermodel Heidi Klum mencuri perhatian ramai...

Read moreDetails
Ahli Kerabat Diraja
Spotlight

8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

by Nurul A.
September 27, 2026

Walaupun 'title' sebagai ahli kerabat diraja memberi banyak kelebihan, tetapi hidup mereka sebenarnya penuh dengan tanggungjawab dan protokol. Lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Ultra Kalcer Malaysia 2026
Spotlight

Ultra Kalcer Malaysia 2026 Kumpulkan 19 Artis, Ada Hindia, Fugo, Naykilla Hingga Kris Dayanti!

by Nurul A.
September 19, 2026

Festival muzik, Ultra Kalcer Malaysia 2026 bakal menggabungkan sembilan belas penyanyi terkenal dari Indonesia dan Malaysia berkongsi pentas menggegarkan KL...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara