Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

PRISM+ Umum Pelancaran Luna Eco & Nexa Series, Tampil dengan Harga Mampu Milik dan Ciri Pintar

by Phic ARMAN
July 24, 2025
Share on Facebook

MURAI tak boleh duduk diam bila dengar berita panas dari dunia teknologi rumah pintar. Kali ni, PRISM+  jenama yang kita semua kenal dari zaman TV dan monitor mampu milik ini muncul lagi dengan dua produk terbaru yang, jujur cakap, memang macam dicipta khas untuk orang Malaysia.

Bayangkan… tengah musim panas, bil elektrik mencanak naik, jerebu pulak datang menjengah. Tiba-tiba PRISM+ datang bawa penyelamat: air-cond PRISM+ Luna Eco dan penapis udara Nexa Series. Ha… macam tahu-tahu je masalah kita, kan?

PRISM+ Luna Eco – Air-Cond Pintar Harga Marhaen

Pertama sekali, Murai nak cerita pasal Luna Eco. Ini bukan sebarang penyaman udara ya, tapi first-ever inverter air-cond dari PRISM+. Paling best? Harga bermula dari RM899 je! Tak payah tunggu sales hujung tahun.

Tapi bukan sebab harga je Murai teruja. Luna Eco ni boleh dikawal guna app PRISM+ Connect. Kau boleh automasi, set ikut lokasi, dan kawal suhu dari mana-mana je. Macam ada remote kawalan jauh dalam poket 24 jam.

Dan untuk yang risau pasal bil letrik, Luna Eco ni jimat tenaga sampai 37% tau! Ada penarafan 4 bintang, bukan main-main. Tersedia dalam 1.0HP, 1.5HP dan 2.0HP, ikut saiz bilik masing-masing.

Nexa Series: Penapis Udara Untuk Musim Jerebu Yang Kian Mengganas

Lepas settle bab sejukkan rumah, PRISM+ sambung pula dengan penapis udara pintar yang dinamakan Nexa Series. MURAI boleh jamin, ini memang timely sangat. Musim jerebu kita ni, datang tak undang, pergi pun lambat.

Nexa ni bukan sekadar sedut habuk je, dia ada 4 lapis perlindungan, Pre-Filter, H13 HEPA, Granular Carbon dan UV Sterilisation. Semua jenis kotoran halus, bau-bauan pelik, sampai bakteria pun dia tibai.

[REVIEW] PRISM+ Aura Air Purifier: Kecil, Senyap & Comel 'Gilerr'

Nak kawal pun senang. Guna app yang sama, PRISM+ Connect. Set jadual, tengok bacaan kualiti udara, semua boleh buat dari telefon je.

Ada dua model:

  • Nexa untuk ruang kecil (323 kaki persegi)
  • Nexa Pro untuk ruang besar (474 kaki persegi)

Tarikh Pelancaran

Masa nak borong? 24 Julai 2025, jam 8 malam. Luna Eco akan dijual eksklusif di Shopee dan laman rasmi PRISM+. Nexa Series pula boleh mula pra-tempah di prismplus.my. Kalau korang jenis yang suka ‘try dulu baru beli’, jangan risau. Mulai 1 Ogos 2025, Luna Eco juga akan tersedia di semua kedai fizikal PRISM+ di seluruh negara. Boleh datang, tengok depan-depan, baru puas hati!Lepas ni, kalau ada kawan mengeluh panas atau batuk sebab jerebu, kau terus bisik je: “PRISM+, beb…”

PRISM+
https://lomp.at/f13i8
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Lima tahun lalu, ramai ingat era kegemilangan HUAWEI sudah berakhir. Sekatan, kekangan, dan persaingan sengit menyebabkan gergasi teknologi dari China...

Read moreDetails
LifeXplore

HUAWEI Mate X7 Rasmi di Malaysia, Telefon Lipat Premium Yang Lebih Praktikal

by Naja Nix
January 21, 2026

Semalam HUAWEI secara rasmi memperkenalkan HUAWEI Mate X7 di Malaysia, sekaligus menetapkan penanda aras baharu dalam kategori telefon pintar boleh...

Read moreDetails
LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore