Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Automotif

Proton Saga Terbaru Diperkenalkan, Tapi Kenapa Netizen ‘Trauma’ Dengan Ciri CVT Punch?

by Phic ARMAN
November 4, 2025
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Proton baru-baru ini melancarkan Saga Serba Baharu, model sedan mampu milik yang sememangnya dekat di hati rakyat Malaysia,  terutamanya golongan B40 yang mahukan kereta praktikal, jimat minyak dan tak terlalu mahal untuk diselenggara. Tapi kali ini, satu perkara lain yang jadi bualan hangat — gearbox CVT Punch yang digunakan.

Apa Sebenarnya CVT Tu?

Untuk yang mungkin tak biasa dengar, CVT atau Continuously Variable Transmission ini ialah jenis gearbox automatik yang tak guna gear biasa macam kereta lama. Sebaliknya, CVT guna sistem tali keluli (steel belt) dan pulley yang boleh ubah nisbah gear secara perlahan-lahan. Sebab tu pemandu rasa pergerakannya lebih lembut dan lancar bila tekan minyak.

Kelebihannya, CVT ni jimat minyak dan lebih senyap. Tapi… di sinilah timbulnya kebimbangan. CVT jenis Punch yang pernah digunakan pada model lama Proton macam Saga FLX dulu dikatakan agak ‘manja’. Bila pakai lama, ada yang alami masalah jerking, kurang tenaga masa nak potong, dan ada juga yang terpaksa tukar gearbox yang kosnya boleh tahan tinggi.

“Aduh, CVT Punch… Mungkin Kah Sejarah Akan Berulang?”

Bila Proton umum Saga baharu ni masih guna CVT Punch, ramai netizen terus “throwback” pengalaman lama mereka. Antara komen yang sempat kami intai:

“Aduh, CVT Punch… mungkin kah sejarah akan berulang?”
“Sebab gearbox manja, tak boleh lasak. Pakai steel belt dalam gearbox, sampai masa putus steel tu, habislah. Kalau 4AT tahan lasak, tak pakai steel belt tapi kuat sikit makan minyak.”
“Why CVT, whyyyyyy.”
“CVT Punch? Tak belajar-belajar lagi ke Proton ni?”

Ramai yang masih trauma sebab pengalaman dulu dikatakan kurang tahan lasak, terutama bila digunakan untuk pemanduan jauh atau harian yang lasak.

Harga Anggaran Masih ‘Mesra Poket’

Dengan anggaran harga antara RM40,000 hingga RM50,000, Saga baharu ni kekal antara sedan paling mampu milik di pasaran. Jadi walaupun isu CVT Punch ni jadi topik hangat, ramai yang masih berharap Proton kali ni benar-benar berjaya buktikan bahawa “trauma lama” takkan berulang.

Bagi kebanyakan rakyat biasa, yang penting kereta ni tahan, jimat minyak, dan tak banyak ragam,  itu je dah cukup berbaloi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
CVTProton
Share7Tweet4SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara