Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

PU Rahmat Rasa Diri Tak Layak Disambut Seperti Wira Di KLIA, Netizen Titip Kata Semangat!

by Naddy Joe
October 8, 2025
Share on Facebook

Pendakwah bebas dan juga salah seorang aktivis Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat mengakui kepulangan dirinya tidak layak untuk disambut dengan penuh hangat seperti seorang ‘wira’ selepas selamat tiba bersama 226 sukarelawan GSF yang lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, malam tadi.

Rasa Tidak Layak Disambut Seperti Wira

Walaubagaimanapun, PU Rahmat menerusi hantaran di Thread menyatakan bahawa dia yang gagal melelapkan mata setelah tiba di tanah air itu turut ditenteramkan oleh rakan-rakannya iaitu Imam Asyraf dan PU Amin bahawa orang ramai yang berada di KLIA sangat memahami mereka bukan gagal membawa bantuan ke Gaza, namun telah dirampas dan dicuri oleh ‘Israhell’.

“Saya gagal tidur malam ini. Jauh di lubuk hati saya merasakan tidak layak menerima sambutan hangat seperti ‘wira’ namun malam ini ditenteramkan dengan Imam Asyraf dan PU Amin.

Kata mereka, ‘Allah jualah mengangkat sesiapa yang Dia kehendaki dan hari ini Allah angkat kalian Wira Sumud’.

Ditambah lagi, ‘Percayalah mereka yang berada di KLIA sangat paham bahawa kalian bukan gagal membawa bantuan ke Gaza tapi bantuan kalian dirampas dan dicuri Israhell.”-kongsi PU Rahmat di Thread

Diraikan Kerana Lebih Berani Daripada Orang Lain

Malah, rakan-rakannya itu turut memberikan kata-kata semangat bahawa mereka diraikan kerana terbukti berkorban dan lebih berani daripada orang lain.

“Kalian diraikan bukan sebab kalian pembuka kota Gaza, kalian diraikan kerana terbukti berkorban dan lebih berani daripada kami semua’.

‘Kalian mungkin satu bab dalam cerita pembukaan kota Gaza, insyaAllah kemenangan itu hampir’.

‘Bergembiralah malam ini dengan rasa syukur atas peluang hidup dan menjadi saksi kekejaman penjara. bekerjalah lagi untuk perjalanan pembebasan Gaza’.”-kongsi PU Rahmat di Thread

“Betul Kami Sangat Paham…”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak, malah ramai yang berkongsi rasa berang dan kecewa dengan tindakan ‘Israhell’ yang menghalang misi kemanusiaan untuk memberikan bantuan kepada Gaza.

“Betul kami sangat paham. No worries.”

“Sedih sebab delegasi Malaysia selamat balik, dalam masa sama sedih sebab keluarga kita kat sana masih belum bebas.”

“Kehadiran semalam bukan maksud mengangkat break the silence telah berjaya. Kita wajib bersuara atas cara dan landasan apa sekalipun. dan semalam itu juga suara mereka.”

“Betula kata Imam Muda Asyraf dengan PU Amin, kami paham situasi dan keadaan semasa. Tidak sedikit pun rasa marah sebab tak sampai betul ke Gaza. Cuma memang kecewa dengan Israhell yang menculik team GSF dan buang barang bantuan. Tu memang kami marah. Meluap-luap kemarahan kami tak habis-habis.”

Apa komen anda?

PU Amin Tidak Berdiam, Fitnah Terhadap PU Rahmat & Zizi Buatnya Rasa Kecewa Dan Marah!
PU Rahmat
https://lomp.at/0p4sq
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

“Mesej Dihantar Masih Tak Dibaca”- Nuh Travel Beri Penjelasan

by Naddy Joe
January 16, 2026

Baru-baru ini tular berita kehilangan pelakon, Nadia Kesuma yang gagal dikesan setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Khairul Aming Menangis Lihat Rakyat Malaysia Kongsi Momen Masak Bersama , Netizen Bangga!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming meluahkan rasa sebak melihat rata-rata rakyat Malaysia yang berkongsi momen indah bersama keluarga...

Read moreDetails
Lokal

Agy Penat Dikeji Netizen!-“Kita Cuba ‘Improve’, Tapi Ramai Yang Cabar-Cabar..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Personaliti media sosial, Agy yang sentiasa menjadi kecaman setengah netizen disebabkan gayanya yang feminin. Terkini, Agy atau nama sebenarnya Muhammad...

Read moreDetails
Foto - @megattttttt (IG)
Lokal

“Kenapa Saya Kena Beli Untuk Dia? Korang Ni Menekan Betul”- Que Haidar

by Nurul A.
February 27, 2026

Pelakon Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar, menjadi perhatian ramai baru-baru ini selepas mengeluarkan kenyataan...

Read moreDetails
Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore