Pendakwah bebas tanah air, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri baru-baru ini memberi pesanan nasihat khas buat para pelawak tempatan di media sosialnya.
Pelawak Harus Tahu Halal Dan Haram
Melihat industri hiburan kembali ‘hidup’ dengan pelbagai rancangan dan persembahan lawak jenaka, pendakwah ini menitip pesan agar para pelawak melakukan persembahan mengikut syarak dan tahu akan perihal hukum halal dan haram.
Dikhabarkan, ramai pelawak lelaki sanggup membawa watak wanita dan berpakaian seperti kaum hawa demi menghiburkan orang ramai, waima perkara seperti itu bercanggah dengan syariat Islam.
“Pesanan buat saudara pelawak-pelawak jangan jadikan watak wanita dengan cara pemakaian seperti wanita sebagai cara untuk bagi orang gelak.
Ianya nampak sudah menjadi kebiasaan dalam persembahan, dan tolong betulkan yang biasa dan biasakan yang betul dan patuh kehendak Syarak..
Islam tiada kompromi dalam isu Halal dan Haram, kecuali dalam keadaan benar dharurat sahaja..” Pesannya
Foto – Instagram @pusyed_official
Netizen Setuju Dan Sokong Pesanan PU Syed
Melihat perkongsian tersebut, orang ramai bersetuju dan menyokong apa yang dipesan oleh pendakwah bebas tersebut apatah lagi ia berkaitan dengan syarak dalam Islam.
“Sokong sangat. Lagi satu ustaz tolong sampaikan kepada masyarakat Islam yang kemesraan suami isteri tidak boleh ditayang-tayangkan di media sosial sebab saya rasa itu pun merupakan aurat juga dan boleh mengundang orang yang belum berkahwin untuk berbuat demikian.”
“Teruskan bersuara tegakkan kebenaran ustaz!”
“Sekarang dah merebak jadi content TikTok pula.”
“Setuju.” Komen warganet
Foto – Instagram @pusyed_official
“Elok lah tu ustaz tegur.. Sokong..”
“100% √”
“Sokong.”
“Setuju ustaz.”
“Saya sokong.”
“Setuju ustaz… Macam dah kebiasaan pula saya tengok.. Tak ada bahan lain..” Komen mereka lagi
Foto – Instagram @pusyed_official
Betul apa yang dipesan oleh PU Syed, tiada kompromi dalam halal dan haram walaupun dalam persembahan.
Pelakon Datin Intan Najuwa baru-baru ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat, apabila berkongsi terpaksa menjalani rawatan transfusi darah. Menerusi...
Pengacara dan pelakon, Raja Azura mencuri perhatian ramai apabila menitipkan pesanan dan kata-kata semangat buat pelakon Abby Abadi. Di tengah-tengah...
Menandakan kepulangannya ke Malaysia Timur untuk persinggahan ketiga, inisiatif MILO® Malaysia Breakfast Day 2026 di seluruh negara sekali lagi membawakan...
Ahli perniagaan Datuk Mohd Hafez Halimi berkongsi khabar gembira apabila isterinya, pelakon Datin Nelydia Senrose telah selamat melahirkan bayi lelaki...
Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly kembali mencuri perhatian ramai apabila membuat pengakuan mengenai hubungan sebenarnya dengan arwah ibu mentuanya. Menerusi...