Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Putera Mahkota UAE Dedah Rahsia Persahabatan Dengan YDP Agong Sejak 1979!

by Khai Azfar
August 5, 2019
Share on Facebook

Mencuri perhatian pada istiadat Hari Pertabalan Agong ke-16 baru-baru ini adalah kehadiran Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan yang sudi mencemar duli bagi melihat sendiri Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

Bersahabat Sejak 40 Tahun Dulu 

Disebalik kehadiran Sheikh Mohamed Zayed Al yang juga Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera (UAE), ramai yang tidak tahu sebenarnya baginda berdua telah bersahabat baik sejak 40 tahun dahulu. Dikatakan, pengenalan dua kerabat diraja ini bermula apabila bersama-sama menjalani latihan ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom pada tahun 1979.

Kongsi Gambar Lama 

Malah menerusi perkongsian di laman Instagram Emirates Royale Family, terdapat sebuah foto lama memaparkan gambar lama Al- Sultan Abdullah bersama Sheikh Mohamed Zayed, ketika mereka bersama-sama di kem tentera.

View this post on Instagram

A post shared by UAE Royal Family ?? (@emiratesroyalfamily)

Menerusi laman Twitter Putera Mahkota UAE itu pula, baginda berasa berbesar hati dapat menghadiri pertabalan rakan karibnya sebagai YDP Agong yang baharu dan turut rakannya dapat menjalankan tugas dengan baik.

“Hari ini saya dengan sukacitanya menghadiri majlis pertabalan sahabat karib saya, Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Raja Malaysia. Saya berharap dia berjaya berkhidmat kepada negara serta rakyatnya…”

Rata-rata netizen yang melihat persahabatan baginda berdua berasa kagum selain turut mendoakan agar hubungan baik antara dua kerabat ini juga mampu membentuk kerjasama erat antara dua negara. Daulat Tuanku!

Error happened.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahPutera Mahkota UAESheikh Mohamed Zayed
https://lomp.at/dby97
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara