Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Jurulatih Kecergasan Tegur Que Haidar Malukan Agama, Tapi Netizen Serang Balik- ” Kau Pun Sama Tayang Body Sana Sini”

by Zaidin Albert
November 12, 2025
267
KONGSIAN
Share on Facebook

Video pelakon berbakat besar, Que Haidar, yang mengikuti trend lagu ‘Jamilah’ baru-baru ini nampaknya mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk dari seorang jurulatih kecergasan bernama Tareq Fit yang lantang ‘menegur’ gaya Que dalam video tersebut.

Dalam video yang kini tular di TikTok, Que Haidar dilihat bersahaja menari dan berbaring di atas katil sambil mengikuti rentak lagu ‘Jamilah’, satu trend lucu yang kini popular dalam kalangan pengguna media sosial. Namun, bagi Tareq Fit, aksi itu dianggap tidak sesuai untuk lelaki dewasa dan seorang figura umum.

Melalui satu hantaran yang kini turut tular, Tareq menulis dengan nada keras:

“Konten kau apa? Baring atas katil macam sotong, lapar perhatian, mencari pujian dari perempuan murah, perempuan yang tak jaga muka suami, kerana suami dia dayus… Trend bodoh ni, lelaki sotong je yang buat. Memalukan agama dan bangsa.”

Nada teguran itu bagaimanapun mencetuskan perdebatan hangat di ruangan komen. Ramai netizen tampil membela Que Haidar dan menyifatkan teguran itu terlalu menghina serta tidak mencerminkan akhlak yang baik.

Antara komen balas netizen berbunyi:

“Ko marah sangat kenapa ni? Tak suka, ignore jela block. Dalam tak diam, ko jugak yang naikkan view dia ni 😆. Dari tak tahu, orang pun pergi cari… makin naik view dia. Masalah hati kot. Btw, ko pun sama tayang body sana sini.”

Seorang lagi turut menulis:

“Dari bagi tips pemakanan, makin lama makin berani judge orang. Kalau kau lelaki berjiwa Islam, rasa Nabi tak ajar pun cara tegur orang macam ni. Adab kelaut, bahasa lebih kepada hasad dan menghina. Kau sendiri pun bersinglet tayang ketak-ketak sotong kau.”

Untuk info, Que Haidar atau nama sebenarnya Que Haidar bin Ahmad, merupakan pelakon berpengalaman yang pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21. Beliau kini lebih aktif dalam dunia seni tari dan pendidikan lakonan, serta dikenali sebagai seorang yang sangat berdisiplin dan tegas dalam menjaga prinsip seni.

[FOTO] Que Haidar 'Belanja' Badan Baru- "Sado Macam Mana Pun Tetap Amy Mat Piah"

Ramai berpendapat, video ‘Jamilah’ yang dimuat naik oleh Que hanyalah sekadar hiburan ringan, namun reaksi berlebihan dari sesetengah pihak menjadikannya lebih kontroversi daripada yang sepatutnya.

Dalam era media sosial sekarang, nampaknya bukan sekadar konten yang viral, tapi juga drama yang menyusul di belakangnya.

que haidar
https://lomp.at/6qhq4
Share107Tweet67SendShare

KINI TRENDING

Viral

Bekas Cheerleader Dikenakan Hukuman Selepas Buang Bayi Dalam Tong Sampah

by Nurul A.
March 17, 2026

Seorang bekas cheerleader menghadapi pertuduhan berat selepas bayi yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia di dalam almari bilik tidurnya. Wanita...

Read moreDetails
Foto - @gn4mii (Threads)
Viral

[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”

by Nurul A.
March 6, 2026

Tak habis-habis, kali ini tular pula sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika berada dalam sebuah...

Read moreDetails
Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara