Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Rafah Semakin ‘Hilang’ Dari Peta Dunia, TokTi Menangis Kenang Nasib Anak-Anak Angkatnya Di Palestin

by Puteri Alia
May 10, 2024
Share on Facebook

Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tidak dapat menahan rasa sebak mengenang nasib anak-anak yang berada di sekolah miliknya di Gaza, Palestin, iaitu Sekolah Afwa Al Afiyah.

Kongsi Siti, 45 tahun, hanya doa mengiringi agar keajaiban berlaku untuk rakyat Palestin yang kini berjuang di Rafah.

“Mereka di Rafah dan keadaan memang tidak selamat. Jadi kita berdoalah. Setiap masa saya melihat hantaran kejadian ini, saya tidak boleh menahan sebak dan tidak tahu nak buat apa,” luahnya sambil mengalirkan air mata.

Dalam masa yang sama, pelantun lagu “Menyapa Dunia” itu mengakui masih berhubung dengan pengurus Sekolah Afwa Al Afiyah, Dr. Mohanad, untuk mengetahui perkembangan terkini murid dan petugas sekolah tersebut.

“Macam semalam Dr. Mohanad sentiasa memberi info menerusi WhatsApp. Dalam Instagram pun saya lihat memang keadaan tidak selamat sangat untuk mereka. Seperti yang kita sedia maklum, Israel memang menyerang Rafah ketika ini di mana tempat mereka menetap,” katanya.

Keadaan di Rafah, Palestin, semakin meruncing dengan serangan berterusan yang dilakukan oleh Israel. Siti Nurhaliza, seperti ramai lain, menghulurkan sokongan dan doa agar keamanan dan keselamatan segera kembali kepada rakyat Palestin.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dato Seri Siti NurhalizagazapalestinRafahtokti
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Erling Haaland
Spotlight

[FOTO] Peminat Puji Gaya Rambut Terbaru Erling Haaland- “Nampak Muda & Lebih Kacak!”

by Nurul A.
August 24, 2026

Pemain bola sepak Norway, Erling Haaland kembali mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa gambar gaya rambut terbarunya. Sebelum ini,...

Read moreDetails
Spotlight

Jarang Remy Ishak Mengamuk Di Threads, Kali Ini Isu Oksigen Pula Jadi Punca!

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Jarang-jarang pelakon Datuk Remy Ishak bersuara di Threads, sekali dia muncul dengan luahan yang cukup pedas! Kali ini, isu jerebu...

Read moreDetails
Meerqeen Dukung Hannah Delisha
Spotlight

“Boleh Ke Pegang Macam Tu?”- Meerqeen Jelas Isu Dukung Hannah Delisha

by Nurul A.
September 23, 2026

Nampaknya drama bersiri "The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan)" telah berjaya meraih perhatian ramai selepas tularnya sebahagian adegan yang memaparkan...

Read moreDetails
Foto - Bangkok Post
Spotlight

Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

by Nurul A.
September 11, 2026

Menjadi bualan ramai, seorang sami berusia 66 tahun, yang memegang jawatan ketua sami (abbot) di Wat Phutthaisawan iaitu sebuah kuil...

Read moreDetails
JENNIE
Spotlight

JENNIE Dihentam Kerana OST “Steps”, Apa Kaitannya Dengan Justin Tranter?

by Nurul A.
October 19, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, JENNIE, telah dikritik selepas dilaporkan muncul dalam runut bunyi untuk filem animasi Netflix, "Steps". Apa Kaitan OST...

Read moreDetails
Steps
Filem

Bukan Kisah Dongeng Biasa, ‘Steps’ Tampil Dengan Twist Mengejutkan!

by Nurul A.
October 16, 2026

Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...

Read moreDetails
Spotlight

Isu ‘Madu atau Racun’ Cetus Perdebatan, Eric Fuzi Pula Sentuh Budaya Media Sosial

by Phic ARMAN
September 3, 2026

Isu drama Madu atau Racun semakin menjadi perhatian selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Boleh Pilih Lagu & Tema? Ini 5 Fakta Konsert Ella: Sidang Penutup Yang Anda Perlu Tahu!

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Selepas menghimpunkan lebih 70,000 peminat di Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang, Ella bakal menutup perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen 2026...

Read moreDetails
Filem 'SAYANG SAYANG'
Spotlight

Filem ‘SAYANG SAYANG’ Sambar 5 Pencalonan Di Festival Filem Golden Horse Ke-63

by Nurul A.
October 2, 2026

Filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Taiwan iaitu 'SAYANG SAYANG', arahan oleh Tang Hsiang-Chu serta Penerbit Eksekutif oleh Yeh Jufeng...

Read moreDetails
Khairul Aming Rembayung
Spotlight

“Cik Buat Dua Separate Booking”- Khairul Aming Ulas Isu Gabung Meja Rembayung

by Nurul A.
October 21, 2026

Nama usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA, terus menjadi bualan. Dan kali ini disebabkan oleh seorang...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara