Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Pelik Tapi Sedap, Ini 3 Fakta Unik Tentang Chee Cheong Fun & Churros Di The Westin KL

by Phic ARMAN
January 20, 2026
Gambar Hasil Dari AI

Gambar Hasil Dari AI

Share on Facebook

Ramadan kali ini, MURAI singgah ke “Cerita Kita di Ramadan 2026” di The Westin Kuala Lumpur. Dari tahun-tahun sebelum ini, bufet mereka memang tidak pernah mengecewakan, ratusan sajian dari lauk kampung hingga ke hidangan moden dan antarabangsa. Kalau dulu kami kongsikan tentang Oyster Rendang, tapi kali ini, MURAI datang dengan misi berbeza, cari kelainan, sesuatu yang buat kami rasa, “Wow, ini memang rare.”

Keunikan Chee Cheong Fun dan Churros

Dalam lautan hidangan itu, dua sajian terus mencuri perhatian kami: Chee Cheong Fun rendang & sambal udang dan Churros bersama lemak cili api, sambal ikan bilis dan kari. Kedua-duanya bukan sekadar unik, tapi ada cerita tersendiri.

Chee Cheong Fun 3 Rasa
Chee Cheong Fun 3 Rasa

Chee Cheong Fun biasanya gulungan mi beras kukus lembut, diisi udang atau daging, disiram sos kicap manis klasik dim sum Kantonis. Tapi di The Westin, ia hadir dengan inti rendang dan sambal udang. Teksturnya tetap lembut, tapi rasa rendang pekat, Lamb Keema dan sambal udang pedas manis,  kena betul dengan citarasa Melayu.

Churros pula biasanya kudapan manis Sepanyol,  rangup, tabur gula dan kayu manis, cicah coklat panas. Kali ini, churros disajikan bersama kuah masak lemak cili api, sambal ikan bilis dan kuah kari. Pada mulanya kami terfikir, “Betul ke ini sedap?”

Lepas suapan pertama, terus jelas, gabungan rangup churros dengan rasa pedas dan berkrim Melayu memang tak sangka jadi sedap. Chef Adlin kata idea ini lahir daripada semangat 1 Malaysia,  makanan asing pun boleh diadaptasi menjadi versi Melayu semasa iftar tanpa menenggelamkan identiti asal.

3 Fakta Menarik Tentang Hidangan Ini

Hidangan antarabangsa dijadikan Melayu
Chee Cheong Fun dan churros yang asalnya dari budaya luar diolah dengan rempah dan kuah Melayu, menghasilkan fusion yang hormat pada asal-usulnya tetapi tetap unik.

Chee Cheong Fun dengan inti paling rare
Gulungan mi lembut ini diisi rendang dan sambal udang — kombinasi tekstur lembut dan rasa pekat rempah Melayu yang jarang ditemui di hotel lain, terus menjadi bintang bufet Ramadan tahun ini.

Churros savoury yang tak pernah terfikir
Churros rangup dipadankan dengan kuah masak lemak cili api, sambal ikan bilis dan kari,  pelik tapi sedap. Ini bukti bahawa makanan asing juga boleh dirayakan dalam versi iftar Melayu, dan masih kena dengan selera ramai.

Bufet Ramadan Tetap Lengkap

Selain dua hidangan unik ini, bufet Ramadan The Westin tetap lengkap dengan gerai panggang, lauk kampung, antarabangsa dan pencuci mulut tradisional. Pendek kata, perut memang tak sempat bosan.

Promosi Early Bird dan Harga

Bagi yang merancang awal, The Westin menawarkan promosi Early Bird dari 12 Januari hingga 20 Februari 2026. Harga promosi ialah RM150 nett seorang pada hari Ahad hingga Khamis dan RM180 nett pada hari Jumaat dan Sabtu.

Selepas itu, harga standard bermula RM198 nett bagi dewasa pada hari biasa dan RM238 nett hujung minggu. Kanak-kanak 7–12 tahun separuh harga, kanak-kanak 6 tahun ke bawah makan percuma. Ahli Marriott Bonvoy, Club Marriott dan pemegang kad bank terpilih turut menikmati diskaun 15% untuk harga standard.

Ramadan di The Westin Kuala Lumpur tahun ini terasa lebih segar dengan keberanian mereka memperkenalkan hidangan fusion yang bukan sekadar gimik. Chee Cheong Fun rendang dan churros masak lemak bukan sahaja unik, tetapi menambah warna pada pengalaman iftar.

Bagi MURAI, pengalaman berbuka di sini bukan sahaja sedap, tapi ada cerita, ada kejutan, dan pastinya membuatkan setiap suapan lebih bermakna.

Chee Cheong FunThe Westin KL
https://lomp.at/k4y59
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Gambar: AI Generated
LifeXplore

1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

by Farah Fatihah
February 27, 2026

Bagi mereka yang mencari aktiviti hujung minggu penuh cabaran, memandu go-kart sering menjadi pilihan untuk melepaskan tekanan sambil menguji keberanian...

Read moreDetails
Automotif

Toyota Lancar Model Hibrid Termurah, Harga Bermula RM103,900 Paling Mampu Milik

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan Toyota Vios HEV dan Vios HEV GR Sport,...

Read moreDetails
Fesyen

Koleksi Raya Malabar Gold & Diamonds: Inspirasi 14 Negara Yang Buatkan Anda Jatuh Hati

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Raya tahun ni, MURAI telahpun tengok sendiri koleksi Hari Raya 2026 Malabar Gold & Diamonds, memang tak boleh pandang sebelah...

Read moreDetails
LifeXplore

“My One & Only Husband”- Vie Shantie Khan Tamatkan Isu Nikah Dengan Gabenor Aceh, Mualem

by Phic ARMAN
January 21, 2026

Sejak beberapa hari ini, nama Datin Sri Vie Shantie Khan memang tak lekang dari mulut netizen. Satu video akad nikah...

Read moreDetails
Foto - NakNak
Selera

Makan Tanpa Waswas, NakNak Kini Disahkan Halal!

by Nurul A.
February 15, 2026

Berita baik untuk peminat NakNak! Peminat NakNak kini mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira apabila restoran servis pantas (QSR) berinspirasikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore