Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

“Ramai Tanya Bila Kami Nak Kembali”- Pengasas BOKITTA Buka Semula Butik di Alamanda

by Phic ARMAN
June 28, 2026
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas tiga tahun meninggalkan Alamanda Putrajaya, jenama tudung dan fesyen Muslimah, BOKITTA akhirnya kembali dengan pembukaan butik baharu yang tampil lebih eksklusif, moden dan luas.

MURAI berpeluang bertemu dan berbual sendiri dengan Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan BOKITTA, Datin Ayu Roslan mengenai perkembangan terbaharu jenama itu, termasuk sebab di sebalik keputusan kembali ke lokasi yang pernah menjadi antara tumpuan pelanggan mereka.

“Pelanggan sendiri yang minta kami kembali”

Ketika ditanya mengapa BOKITTA memilih untuk membuka semula butik di Alamanda, Ayu mengakui keputusan itu dibuat selepas menerima permintaan yang tidak putus-putus daripada pelanggan setia.

“Sejak kami beroperasi di sini pada 2019, pelanggan Putrajaya memang kerap bertanya bila BOKITTA akan kembali ke Alamanda. Disebabkan sambutan dan permintaan yang berterusan itulah kami mengambil keputusan untuk kembali semula,” katanya kepada MURAI

Menurut beliau, kali ini BOKITTA tampil dengan lot yang lebih besar supaya pelanggan dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih selesa.

“Kami kembali dengan ruang yang lebih luas untuk memberi keselesaan kepada pelanggan serta pencinta tudung BOKITTA. Kami mahu mereka datang, melihat koleksi dengan lebih santai dan menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih premium.”

Menurutnya, selain koleksi tudung yang menjadi identiti jenama, BOKITTA kini menawarkan pakaian, pakaian sukan, telekung dan pelbagai aksesori yang memenuhi keperluan wanita moden.

“Setiap wanita mempunyai gaya hidup yang berbeza. Sebab itu kami mahu menawarkan pilihan yang sesuai sama ada untuk ke tempat kerja, melancong, bersukan ataupun menghadiri majlis.”

Beliau turut menjelaskan butik di Alamanda merupakan butik konsep pertama BOKITTA yang menampilkan rekaan Modern Minimalist with Organic Mediterranean, sekali gus bakal menjadi penanda aras untuk butik-butik baharu pada masa akan datang.

Topik Berkaitan Jadi Batek & Bokitta Lancar "The Art Series", Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi A&A Empire Sdn Bhd, Aniza Shahadan berkata, pembukaan butik itu turut memperkenalkan tiga koleksi baharu iaitu Bokitta Monogram, warna terbaharu Plain Chiffon dan material inovatif Ribbed Jersey yang lebih anjal, sejuk serta tidak perlu digosok.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
3
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
BOKITTADatin Ayu Roslan
Share7Tweet5SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Keliru Nak Pilih Flip8, Fold8 Atau Fold8 Ultra? Ini Cara Pilih Galaxy Z Yang Tepat Untuk Gaya Hidup Anda

by Phic ARMAN
September 16, 2026

Bila nak beli telefon baharu, kita biasanya akan cari review, tengok spesifikasi dan bandingkan harga. Tapi selepas semua itu, pernah...

Read moreDetails
LifeXplore

‘Garmin Celebrates Local’, Garmin & Izzati Suza Bergabung Tenaga Angkat Semangat Malaysia

by Nurul A.
August 28, 2026

Bersempena dengan sambutan Merdeka dan Hari Malaysia, Garmin Malaysia ]melancarkan 'Garmin Celebrates Local', satu kempen yang mengetengahkan insan, kreativiti dan...

Read moreDetails
LifeXplore

Merdeka Itu Tentang Menghargai, Usahawan Ini Santuni 40 Warga Emas Dengan Cara Tersendiri

by Phic ARMAN
August 30, 2026

Apa yang berlaku apabila kemahiran yang kita anggap biasa sebenarnya mampu memberikan kegembiraan kepada orang lain? Itulah yang cuba dilakukan...

Read moreDetails
LifeXplore

COMB-AT: OSK Group Ajak Orang Ramai ‘Sental’ Pantai Balok, 68.75kg Sampah Berjaya Dikumpul

by Phic ARMAN
August 22, 2026

Pernah tak kita berjalan di tepi pantai, menikmati angin laut dan pemandangan cantik, tapi tiba-tiba ternampak botol plastik, tali atau...

Read moreDetails
Foto - Gossip Store, Bra
Kesihatan

Bra Kena Tukar Sekurang-Kurangnya 6 Bulan Sekali, Kalau Tak Ini Yang Kamu Hadapi

by Nurul A.
October 8, 2026

Cuba ingat semula, berapa kali dalam setahun kamu tukar bra? Penting untuk kamu tahu, pakar mengesyorkan bra yang kita pakai...

Read moreDetails
LifeXplore

Namtan Tipnaree Datang Malaysia September Ini, BONIA Bawa Pengalaman ‘Find Your Rhythm’

by Phic ARMAN
September 4, 2026

Peminat Namtan Tipnaree, get ready! Kalau selama ini hanya mampu melihat pelakon, penyanyi dan usahawan popular Thailand ini menerusi skrin,...

Read moreDetails
LifeXplore

HABIB Tawar Diskaun RM63 Setiap Gram Sempena Hari Malaysia, Ini Promosinya!

by Phic ARMAN
September 17, 2026

Sempena Hari Malaysia ke-63, HABIB mengajak rakyat Malaysia meraikan semangat perpaduan dengan sesuatu yang lebih bermakna menerusi kempen Istimewa Hari...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak ‘Reset’ Sebelum Race Day? lululemon Listening Lounge Kini Dibuka Di KL

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Bila race week semakin dekat, bukan kasut larian sahaja yang perlu bersedia. Kepala pun kena tenang. Bagi runners yang sedang...

Read moreDetails
MICHELIN Guide, MICHELIN Key 2026
LifeXplore

10 Hotel Di Malaysia Antara Hotel Tersenarai Dalam MICHELIN Key 2026!

by Nurul A.
September 21, 2026

MICHELIN Guide mengumumkan senarai hotel pilihan 2026, yang kini boleh diakses menerusi platform rasminya (SEMAK SINI). Pelancong boleh meneroka senarai...

Read moreDetails
Ribbon of Pink
LifeXplore

“Ribbon of Hope”, Harapan M Social Resort Penang Untuk Pejuang Kanser Payudara

by Nurul A.
October 11, 2026

Pada bulan Oktober ini, M Social Resort Penang mengubah suasana lobi hotelnya dengan rona merah jambu sebagai tanda sokongan terhadap...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara