Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Rasa Sakit Di Ari-Ari Ketika Mengandung? Yang First Time Boleh Buat Begini…

by Soph Azz
February 8, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

18
KONGSIAN
Share on Facebook

Psst… Pernah tak ibu-ibu mengandung rasa sakit tak selesa atau sakit di bahagian ari-ari? Keadaan ini yang dinamakan Pelvic Girdle Pain (PGP) ini adalah sakit yang melibatkan bahagian ari-ari hingga ke bahagian belakang termasuklah tulang pinggul dan paha.

Dan sakit ini biasanya terjadi apabila tiga sendi di tulang pinggul bergerak tidak seragam. Kesannya tulang pinggul akan jadi tak stabil dan sakit. Sebab itulah kebanyakan ibu mengandung akan mula rasa sakit pada bahagian ari-arinya.

Jadi bila sudah rasa sakit di bahagian ini, macam mana kamu terutamanya ibu mengandung pertama kali nak atasi?

Kata doktor, ibu mengandung yang alaminya boleh…

Berdasarkan pembacaan Miss Murai di Twitter, Dr. Muhammad Izzat berkongsi situasi ini berlaku apabila semakin bayi membesar, ibu mengandung akan berasa semakin sakit di bahagian ari-ari.

“Bila baby makin besar dalam rahin, berat tambahan dari atas, serta cara ibu duduk atau berdiri akan menyebabkan bebanan tambahan pada tulang pinggul.”

Foto – Physiotheraphy Centre Bendigo

Selain itu, perubahan hormon juga boleh menyebabkan sendi tulang pinggul menjadi longgar dan tidak stabil. Ini disebabkan oleh proses menyediakan tulang pinggul untuk jadi lebih besar dan fleksibel untuk kelahiran bayi. Kebiasaannya sakit ini akan datang apabila si ibu mengalami situasi ini:

  • Jalan di permukaan yang tak rata
  • Kangkang dengan luas ketika keluar atau masuk kereta
  • Naik tangga, pakai seluar atau kain – berdiri pada sebelah kaki sahaja
  • Melakukan hubungan seksual dengan pasangan

https://twitter.com/muhammadeizat/status/1459363487675662342?s=21

Dan apabila alami kesakitan di bahagian ari-ari ini mahu kurangkan rasa tersebut, para ibu boleh amalkan beberapa tips berikut:

  • Sentiasa kekal aktif dan pastikan dapat rehat yang secukupnya
  • Kerap tukar posisi terutamanya ketika duduk, jangan duduk dalam posisi sama melebihi 30 minit
  • Pakai kain atau seluar dalam posisi duduk
  • Ketika berdiri pastikan berat badan seimbang pada kedua-dua kaki
  • Keluar masuk kereta pastikan kaki rapat dan tidak kangkang luas
  • Nak pusing-pusing di katil, pastikan kaki berada dalam keadaan yang rapat
  • Semasa tidur, letak bantal kecil di bahagian belakang dan antara kaki untuk sokongan tambahan.

Sekiranya rasa sakit di bahagian ari-ari tidak dapat dikurangkan, ibu mengandung boleh dapatkan rawatan fisioterapi. Selamat beramal~

cara legakan sakit ari-ariibu mengandung sakit ari-arisakit ari-ari
https://lomp.at/be1ur
Share7Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan

6 Jenis Buah-Buahan Pilihan MURAI, Bagus Untuk Kurangkan Dahaga Ketika Bulan Puasa!

by Nurul A.
March 4, 2026

Secara peribadi, MURAI rasakan masalah biasa yang ramai orang hadapi ketika bulan puasa adalah dehidrasi. Bayangkan lebih daripada 10 jam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore