Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

R+B Jenama Kecantikan Kitaran Pertama Di Malaysia, Perkenal 5 Produk Terbaik!

by Lisa Ghani
February 27, 2023
Foto - R+B

Foto - R+B

Share on Facebook

Pernah dengar tentang R+B, jenama kecantikan tempatan yang menggunakan konsep guna semula?

Hari ini, R+B (Repurpose + Beauty) mengumumkan pelancaran rangkaian produk-produk penjagaan kulit yang direka khas menggunakan sumber semula jadi dan mesra alam.

Foto – R+B

Diasaskan pada tahun 2021, R+B percaya inata tidak mustahil untuk mendapatkan kulit yang cantik tanpa menjejaskan alam sekitar dan pada masa yang sama menyumbang semula kepada masyarakat. Oleh itu, rangkaian produk R+B merangkumi kecantikan kitaran, menjadikan jenama tersebut sebagai pilihan yang tepat di kalangan pengguna.

Semua produk R+B menggunakan bahan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan dan bebas kekejaman. Produk R+B menumpukan pada penggunaan semula serbuk kopi sebagai komponen utama. Serbuk kopi merupakan bahan yang kaya dengan nutrien, vitamin dan antioksidan, menjadikannya sumber bahan yang berharga.

Koleksi R+B menampilkan lima produk untuk rutin penjagaan kulit harian. Ini termasuk Gel Muka Pembersih Mendalam, Skrub Muka Pengelupasan, Pelembap Wajah yang Menghidupkan Semula Kulit, Skrub Badan Anti Selulit dan Krim Badan Anti Selulit.

Foto – R+B

Gel Muka Pembersih Mendalam (120ml)

Pembersih ini menggabungkan serai ke dalam campuran kopi untuk melindungi kulit daripada pencemaran dan menyahtoksik serta membuang kotoran untuk kulit yang lebih bersih dan suci.

Skrub Muka Pengelupasan (60ml)

Skrub dipenuhi dengan bahan-bahan semula jadi dan kunyit untuk menggalakkan penjanaan semula dan mencerahkan kulit kusam untuk menghasilkan kulit yang lebih sihat dan berseri.

Pelembap Wajah yang Menghidupkan Semula Kulit (60ml)

Menggunakan tumbuhan ajaib Myrothamnus Flabellifolia sebagai bahan utama. Pati tumbuhan ini terbukti secara saintifik mempercepatkan pembaharuan sel kulit, menguatkan kulit terhadap pencemaran, meratakan dan mencerahkan warna kulit, serta menghidupkan semula kulit selama lebih daripada 48 jam dengan hanya satu penggunaan.

Skrub Badan Anti Selulit (70ml)

Skrub kaya dengan antioksidan dan mengandungi minyak kopi, oren dan limau gedang. Minyak oren menggalakkan penghasilan kolagen dan membantu meningkatkan tekstur keseluruhan kulit. Gabungan bahan-bahan ini membantu menyahtoksik kulit dan mengurangkan pengekalan air.

Krim Badan Anti Selulit (120ml)

Krim badan mengandungi minyak oren, kelapa, dan kayu manis, yang boleh membantu pengeluaran kolagen, merangsang sistem limfa, meningkatkan peredaran, dan memulihkan tona kulit.

Foto – R+B

Pengguna yang mendaftar akaun di laman web rasmi R+B akan menikmati diskaun RM10 untuk pembelian pertama. Untuk tawaran dan promosi yang menarik pada masa hadapan, sila ke rnbgbeauty.com.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
produk r+br+b beauty brand
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara