Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Birds Of Prey Setanding Filem Deadpool?

by Khai Azfar
February 19, 2020
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Sudahkah anda menonton filem DC terbaharu, Birds Of Prey And The Fantabulous Emancipation Of One Harley Quinn atau lebih dikenali sebagai Birds Of Prey yang ditayangkan sejak minggu lalu?

Birds Of Prey Yang Pelbagai Genre 

Jika belum, pastikan anda menonton filem ini yang bagi kami sememangnya kelakar! Buat yang tertanya, Birds Of Prey merupakan filem pertama yang memaparkan watak Antagonis perempuan sebagai teraju utama nya yang mana ianya berkisarkan mengenai Margot Robbie sebagai Harley Quinn.

Sebelum ini, Harley terlebih dahulu mencuri perhatian menerusi penampilannya di dalam Suicide Squad. Menyambut hasrat baik peminat yang menginginkan pengembangan watak Harley, maka wujudlah filem ini. Bagi kami, filem ini punyai ‘warna’ tersendiri. Namakan sahaja babak lucu, sedih, teruja, aksi segala-galanya digarap dengan baik apatah lagi mempertahankan hak sebagai seorang perempuan untuk tidak mudah dikasari.

Black Canary Diperkenalkan 

Sedikit spoiler disini, dalam Birds Of Prey juga diperkenalkan beberapa watak baharu seperti Black Canary yang mempunyai kuasanya tersendiri sekaligus menarik peminat untuk menonton filem ini. Dari segi konsep penceritaan yang menggunakan konsep rewind juga agak menarik namun fokus haruslah diberikan sepenuhnya. Jika tidak, anda mungkin akan keliru dan tertanya-tanya mengenai apakah sebenarnya yang terjadi.

Namun begitu, bercakap mengenai kekuranganya suka untuk kami sentuh mengenai pengembangan watak Black Canary yang hanya dipaparkan 10 peratus kebolehannya pada babak-babak akhir filem.

Barangkali DC sengaja ‘menyimpan’ babak kebolehan sebenar pada filem akan datang atau tidak mustahil kembali untuk Suicide Squad 2 pada tahun 2021. Sebagai penutup, kami simpulkan Birds Of Prey seakan menonton Deadpool!

Sinopsis Birds Of Prey 

YouTube video

Selepas kehilangan Batman, Bandar Gotham dibiarkan tanpa pengawasan. Kini Harley Quinn, yang telah berpisah dengan Joker, perlu melindungi Cassandra Cain selepas gadis itu terjebak dalam masalah apabila dia menjumpai berlian milik ketua penjenayah Black Mask. Black Canary, Huntress dan Renee Montoya bekerjasama dengan Harley bagi melindungi Cassandra.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Birds Of PreyReview Filem Birds Of PreySinopsis Birds Of Prey
Share14Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara