Thursday, August 14, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

[REVIEW] Samsung Galaxy Z Flip7: Worth It Ke Untuk 2025?

by Phic ARMAN
August 14, 2025
Share on Facebook

Sejujurnya, bila MURAI pegang SAMSUNG Galaxy Z Flip7 buat pertama kali, terus rasa macam pegang masa depan. Bukan sebab ia boleh lipat je, tapi sebab setiap inci telefon ni memang tailored untuk hidup harian yang serba laju, penuh gaya, dan tak lekang dari content.

‘Cover Screen’ Buat MURAI Tak Terkejar Masa

Bila bangun pagi, terus tengok FlexWindow terbaru yang jauh lebih besar dan ‘smart’ berbanding model sebelumnya. Z Flip7 kini ada paparan FlexWindow dari hujung ke hujung, yang membolehkan kita tengok lebih banyak kandungan  dari kalendar, mesej, widget hingga Spotify  semuanya tanpa perlu buka skrin utama.

Dan dengan Gemini Live, MURAI boleh tanya terus “cuaca hari ni macam mana?” atau “bila next LRT?” terus dari skrin luar. Tak perlu buka apps satu per satu. Ini baru betul-betul pocket assistant.

Snap Konten Sambil Jalan, Semua Dari Skrin Kecil

Dengan kamera dan sistem ProVisual Engine yang dinaik taraf, hasil gambar MURAI makin ‘crispy’, walau ambil dalam lighting mencabar. Ia automatik adjust exposure, warna, dan fokus  jadi selfie waktu lunch kat tempat gelap pun still glowing.

Baru kali ni MURAI rasa rakam video pakai FlexWindow pun tak perlu risau pasal kualiti. Zoom slider pun senang kawal dari luar, sangat praktikal masa shoot konten satu tangan sambil pegang air.

Layan Dokumen Ala-ala Laptop, Dengan Hanya Sebuah Telefon

Satu benda yang buat MURAI kagum, Samsung DeX terus jadi lebih stabil dan laju dengan cip pemproses 3nm terbaru dalam Z Flip7. Bila sambung je ke skrin besar, rasa macam guna mini PC. Nak reply email panjang, semak dokumen Google Docs atau bentang slide PowerPoint pun boleh.

UNBOXING Galaxy Z Flip7: Rekaan Slim, Cover Screen Makin Luas, Tak Perlu Buka Pun Dah Puas!

Dan disebabkan saiz skrin utama lebih besar, lebih lebar macam Galaxy S25 Plus, typing pun jadi lebih selesa kalau tak sambung DeX. Multitasking? Memang A+.

AI Yang Sebenarnya Guna Dalam Dunia Nyata

Ramai kata “AI ni gimmick je”. Tapi dengan Z Flip7, Gemini Live bukan sekadar teknologi pameran. MURAI sendiri dah banyak kali guna: cari restoran halal berdekatan, tanya terjemahan perkataan, check score bola EPL , semua tanpa buka apps.

AI dalam telefon ini bukan je faham apa yang kita tanya, tapi juga tahu bila nak jawab dan bantu. Contoh, bila buka kamera dan muka tak nampak sebab angle rendah, kamera boleh auto adjust zoom ikut muka.

Kena ingat,  AI sekarang bukan setakat guna teks atau suara je tau , dah level multimodal, maksudnya lagi power dan fleksibel.

Kalau pakai Gemini Live ini, kalian boleh terus share skrin besar kalian real-time. Dia bukan sekadar tengok je, tapi akan analisis skrin tu, jawab soalan dan siap tolong buat action dalam apps Samsung dan Google. Senang gila, rasa macam ada PA peribadi digital yang tak pernah tidur!

YouTube video

Malam: Movie Night Lebih Mantap Dengan Bateri Besar & Skrin Sinematik

Bateri 4,300mAh, terbesar dalam sejarah Z Flip. Bagi MURAI ia dah cukup baik untuk penggunaan seharian. Sepanjang hari guna untuk kerja, rakam, social media dan streaming, masih ada baki tenaga.

Skrin utama pula bila buka full, terasa macam mini cinema. Nak tengok drama K atau layan YouTube sampai tertidur? Silakan. Refresh rate pun smooth gila, swipe IG atau TikTok tak ada lag langsung.

Apa Lagi Baharu?

Kalau nak cerita semua yang baharu, memang panjang. Tapi antara yang paling MURAI suka:

  • Now Bar yang dinaik taraf, boleh letak sehingga 35 kad menjelang hujung tahun ini, sesuai untuk mereka yang suka shortcut.
  • Auto-curated emoji & wallpaper di FlexWindow, personalize ikut mood dan galeri kita.
  • Design lebih nipis, tapi lebih kukuh, dengan engsel Armor FlexHinge baharu yang bukan saja tahan, tapi juga lebih selesa bila buka tutup berulang kali.
  • Sistem kamera belakang lebih pintar,  scene tuning automatik dan filter real-time dari skrin luar.
Travel Lebih Tenang Dengan Galaxy Tab S10 FE+: Rasa Macam Bawa Office & Pawagam Sendiri

Samsung Galaxy Z Flip7 ini bukan sekadar naik taraf desain,  ini betul-betul evolution. Setiap perubahan ada sebab, dan semua tu bantu MURAI jalani hari dengan lebih efisien, lebih stylish dan lebih connected.

Promosi Pelancaran Sampai 31 Ogos 2025

Beli Z Series terbaru, nikmati rebat & promosi sehingga RM2,209 termasuk Samsung Care+, baucar tunai, dan tawaran trade-in.

Harga Bermula

  • Galaxy Z Fold7: dari RM7,799 (12GB+256GB)
  • Galaxy Z Flip7: dari RM4,999 (12GB+256GB)
  • Galaxy Z Flip7 FE: dari RM3,999 (8GB+128GB)
  • Galaxy Watch8: dari RM1,299
  • Galaxy Watch Ultra (2025): RM3,399

Z Flip7 ni bukan untuk mereka yang hanya perlukan telefon. Ini untuk mereka yang nak pengalaman. Dan kalau kamu rasa ready untuk upgrade gaya hidup, MURAI boleh confirm, ini dia telefon yang patut kamu cuba.

samsungZ flip7
https://lomp.at/ijvjf
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  2. 2

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  4. 4

    [VIDEO] Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal, Netizen Sebak!

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Terhibur Aliff Syukri ‘Kalah’ Dengan Pujukan Qadejah- “Abah Belikan Amayan Jam”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem