Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[REVIEW] Galaxy S25 FE: Tak Perlu Telefon Mahal Pun Dah Nampak Bergaya

by Phic ARMAN
October 8, 2025
Share on Facebook

SAMSUNG Galaxy S25 FE ini boleh dikatakan versi “bijak berbelanja” untuk yang nak rasa pengalaman flagship Samsung tanpa menangis tengok baki akaun.
Dengan 8GB RAM dan 256GB storan, semua benda jalan lancar, buka TikTok, WhatsApp, Netflix, semua steady. Kalau ikut harga pasaran ialah RM2,799, beza dia dengan Galaxy S25+ dalam RM1k lebih iaitu RM4,199. Tapi macam hampir sama pula tengok rekaan dia.

AI Dalam Poket, Bukan Sekadar Nama Gempak

Walaupun murah sikit, Samsung tak kedekut bagi ciri AI yang sama macam abang-abang dia. Antara yang menarik:

  • Circle to Search | nampak kasut lawa kat gambar? Bulatkan je, terus boleh cari online.
  • Generative Edit | ambil gambar tapi ada orang lalu belakang? Tenang, boleh padam macam magic.
  • Now Bar / Now Brief | pembantu AI yang macam kawan baik, selalu muncul bila kita blur.

Senang cakap, Galaxy S25 FE ini boleh buat hidup nampak lebih “teratur”, walaupun kita sebenarnya tengah kelam kabut nak bayar bil.

Kamera Tak Main-Main

Tiga kamera belakang, 50MP utama, 12MP ultra wide, 8MP telefoto (3x zoom), cukup lengkap untuk orang yang suka tangkap gambar makanan, pemandangan, atau muka sendiri.
Hasil gambar nampak cerah dan tajam, terutama waktu siang. Malam pun okey, asalkan bukan gelap sangat sampai lampu kedai pun dah tutup.

Topik Berkaitan Bagaimana APV Dalam Galaxy S26 Ultra Ubah Cara Rakam Video Jadi Lebih ‘Pro’

Foto dari Galaxy S25 FE

Kamera depan 12MP pun lawa, tak payah guna filter sampai muka licin macam patung.

Bateri Tahan Lama, Cas Pun Sekejap

Bateri 4,900mAh boleh tahan seharian, walaupun tangan asyik scroll media sosial tak berhenti. Cas pula laju, 45W, separuh bateri penuh dalam setengah jam.
Paling best, ada wayarles charging dan reverse charging, boleh tolong cas earbud kawan kalau nak tunjuk baik.

Skrin Cantik Tapi Tak Seterang Hidup Kita

Paparan 6.7 inci memang besar dan jelas, tapi bila bawah cahaya matahari terik, kena juling sikit baru nampak. Tapi kalau setakat tengok drama Korea dalam bilik berlampu malap, memang puas hati.

Prestasi Boleh Harap, Tapi Jangan Harap Macam Ultra

Guna cip Exynos 2400, prestasi dia cukup untuk kegunaan harian. Tapi kalau main game berat lama-lama, boleh rasa panas sikit, biasalah, telefon pun manusia juga, boleh penat. Nasib baik sistem penyejukan dia dah ditambah baik, jadi tak cepat mengamuk.

Reka Bentuk Nampak Mahal, Warna Letups

Bingkai Armor Aluminium, kaca Gorilla Glass Victus+, dan rekaan nipis 7.4mm buatkan S25 FE ni nampak jauh lebih mahal dari harga sebenar.
Dan warna Icy Blue tu memang kena puji,nampak segar, lembut, tapi ada gaya. Boleh matching dengan outfit apa pun, dari baju formal sampai seluar kain basahan.

Kalau kalian nak telefon cantik, bateri tahan, kamera cun, dan ada teknologi AI yang senang guna, Galaxy S25 FE ni pilihan yang bijak.

Topik Berkaitan Samsung Bagi Hint Galaxy Z Fold8? Iklan Coklat Pun Boleh Jadi Petunjuk Telefon Lipat Baharu

Ya, ada beberapa bahagian yang dipotong sikit berbanding model S25 biasa, tapi untuk harga yang lebih rendah, dia masih nampak dan rasa macam telefon mewah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
s25 FEsamsung
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara