Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW & GIVEAWAY] Pengabdi Setan 2: Communion, Dia Punya ‘Jump Scare’ Memang Setan!

by Phic ARMAN
August 4, 2022
Share on Facebook

Saya tidak pernah membayangkan sebuah rumah pangsa yang sarat dengan penghuni boleh menjadi lokasi paling seram. Begitu perasaan saya selepas dijemput mewakili Murai MY untuk menghadiri Malam Gala Filem Pengabdi Setan 2: Communion di Jakarta, Indonesia baru-baru ini. Beberapa media dari Malaysia turut sama menyaksikan filem arahan Joko Anwar ini yang mendapat sambutan luar biasa dari rakyat Indonesia. Apa-apa kami berterima kasih kepada GSC kerana menjemput Murai MY dan memberi layanan 5 bintang kepada media dan menyusun program kami dengan baik sekali.

Berbalik semula kepada review filem, Selepas menonton filem Pengabdi Setan 2: Communion, saya akan fobia dan trauma untuk ke mana-mana rumah pangsa di sekitar Kuala Lumpur.

Manakan tidak,  hanya dalam satu malam, macam-macam berlaku di rumah pangsa ini. Hujan lebat dan ribut, membuatkan penghuni terkandas di dalam rumah. Lebih menyeramkan terdapat roh-roh jahat yang menghantui rumah pangsa ini. Bagi kami, kepada yang tidak sempat menonton filem terdahulunya masih boleh ‘layan’ sekuel ini.  Nampaknya pengarah tidak ‘kedekut’ adegan dengan  ‘jump scared’. Tak cukup bernafas rasanya berada di dalam panggung.

Secara ringkas tentang jalan cerita filem, terdapat banyak perkara pelik berlaku di rumah pangsa itu yang menjadi jalan cerita utama dalam filem ini. Bermula dari suasana yang terlalu sunyi, walaupun penduduknya ramai, kemudahan lif mula rosak  berlakunya sesuatu perkara yang tak diingini. Suasana tegang itu kemudiannya diburukkan lagi dengan ribut besar yang mengelilingi rumah pangsa itu dengan banjir. Adakah mereka akan terselamat daripada situasi ini yang mengancam nyawa? Kena tengok sendiri. Apa-apa pun jom tengok reaksi penonton di Jakarta yang dikongsikan oleh Joko Anwar di Instagramnya.

View this post on Instagram

A post shared by Joko Anwar (@jokoanwar)

Selain membuatkan penonton diselebungi ketakutan, apabila anda menonton Pengabdi Setan 2: Communion, anda mesti berhati-hati. Kerana, terdapat banyak adegan yang boleh membuatkan anda fobia. Bermula dari fobia pada air yang gelap,  fobia terhadap ruang terkurung dan banyak lagi. Keseluruhannya memang tak senang duduk menonton filem ini.

Secara keseluruhannya, filem seram ini amat disyorkan untuk ditonton. Tetapi, ingat untuk menontonnya bersama keluarga atau rakan-rakan. Kerana anda boleh berkongsi ketakutan anda dengan rakan di sebelah anda, jika adegan menakutkan itu muncul.

Untuk makluman, filem Pengabdi Setan 2: Communion  bakal hadir di pawagam Malaysia pada 11 Ogos 2022 ini.

Mahu Menjadi Orang Terawal Menonton filem Pengabdi Setan 2: Communion di Malaysia?

Ingin menonton filem ini lebih awal di Malam Gala Pengabdi Setan 2: Communion pada 9 Ogos? Caranya cukup mudah! Hanya ikuti langkah dan jawab soalan berikut untuk melayakkan diri anda dipilih sebagai pemenang.

  1. ‘Like’ Facebook murai.my, ikuti kami di Instagram @muraimalaysia atau Twitter @MuraiMalaysia.
  2. Kongsi artikel ini di Facebook anda, dan lengkapkan slogan:

    Saya ingin menonton Pengabdi Setan 2: Communion bersama Murai.my di GSC kerana…..(tidak lebih dari 30 patah perkataan)

  3. Sertakan hashtag #PengabdiSetan2XMuraiMY  #PengabdiSetan2 #GSCMovies bersama jawapan dan pastikan post anda tidak ‘private’ dan ditetapkan kepada ‘public’.
  4. Kemudian hantar pesanan atau mesej (DM) kepada kami dengan menghantar ‘link’  atau ‘screenshot’ posting tersebut. Jika tiada Facebook, anda boleh hantar menggunakan Twitter dan Instagram untuk pengesahan.
  5. Pemenang akan dihubungi pihak murai.my dan tarikh tutup penyertaan pada Ahad, 7 Ogos 2022.
  6. Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket filem tayangan pratonton filem di  GSC TROPICANA GARDEN MALL pada 9 Ogos 2022 bermula jam 6.30 petang hingga 7.15 petang.
  7. Sebarang kelewatan tuntutan tiket selepas jam 7.30 petang TIDAK AKAN DILAYAN
  8. Sebarang ketidakhadiran perlu dimaklumkan secepat mungkin.
https://lomp.at/jv8ax
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore