Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Mengecewakan! Ini 3 Post Credit Dalam Avengers EndGame Re-Release

by Khai Azfar
July 1, 2019
Share on Facebook

Pada awal minggu lalu, Marvel Studios telah mengumumkan tayangan semula filem Avengers EndGame yang dikenali sebagai edisi ‘Re-Release’ yang mana dalam edisi baharu ini Marvel akan menayangkan beberapa suntingan ‘deleted scenes’ yang dikatakan tiada dalam filem yang ditayangkan sebelum ini.

Spoiler Alert! 

Terlebih dahulu, perlu kami ingatkan bahawa artikel ini mempunyai spoiler yang barangkali akan membantu anda membuat pilihan untuk menonton filem ini buat kali kedua dan anda mungkin akan berterima kasih pada kami selepas membaca artikel ini. Bagi kami sendiri, ianya adalah kali ketiga dan dek kerana penangan pengumuman Marvel yang memaklumkan bahawa edisi Re-Release akan turut mengandungi ‘tribute’ kepada Stan Lee dan ‘post-credit’ yang menunjukkan kesinambungan EndGame pada filem yang seterusnya, kami sanggup untuk korbankan sekali lagi tiga jam bagi menonton filem ini.

Hanya 6 Minit Tambahan 

Jika anda beranggapan bahawa edisi ini akan terdedahnya dengan siapakah Captain America berkahwin, huraian perjuangan keluarga Stark dan sebagainya barangkali anda tersilap.

Ini kerana dalam terbitan terbaharu ini ianya hanya sekadar tiga plot tambahan yang bagi kami agak mengecewakan tanpa perlu membazirkan masa lebih dari 3 jam untuk menontonnya kecuali jika anda benar-benar peminat fanatik Avengers.

Tribute Mengenai Stan Lee

Sebelum tiga plot tambahan tersebut dipertontonkan, penonton terlebih dahulu akan melihat ucapan penghargaan dari salah seorang pengarahnya, Anthony Russo selama hampir 1 minit. Kemudian tribute ringkas mengenai Stan Lee bersama filem adiwira Avengers ditayangkan.

Deleted Scene Profesor Hulk

Plot kedua pula ianya menceritakan tentang ‘deleted scenes’ yang dinanti-nantikan ramai. Agak mengecewakan kerana babak ini hanyalah pengenalan mengenai bagaimana Bruce Banner boleh menjadi ‘Professor Hulk’ yang dilakonkan oleh Mark Ruffalo. Jika anda masih ingat, dalam EndGame Bruce pernah memaklumkan pada Black Widow, Captain America dan AntMan bagaimana dia boleh mengawal Hulk dan Bruce di dalam satu jasad.

Jadi inilah yang dimaksudkan oleh Marvel yang mana babak ini tidak ditunjukkan di dalam EndGame sebelum ini, malah dalam versi Re-Release ini juga ianya adalah paparan CGI semata-mata. Ketika ini dipertontonkan, kami sudah mendengar rungutan dan keluhan daripada penonton yang kecewa dengan perkhabaran yang dimaklumkan oleh Marvel seperti indah khabar dari rupa.

Sneak Peak Spiderman : Far From Home 

Yang terakhir adalah sneak-peak mengenai filem Spiderman : Far From Home. Ternyata ini juga agak mengecewakan kerana sneak-peak ini sudah dipertontonkan dalam preview Spiderman sehingga ke hari ini. Masih ingat dengan skrip Mysterio (Jake Gyllenhaal) yang berkata “You don’t want any part of this,” ?

Sebenarnya itu merupakan perbualannya bersama Nick Fury dan Maria Hill yang ketika itu berada di bandar Mexico selepas bandar itu hampir musnah angkara Cyclone. Sneak peak dalam edisi Re-Release berdurasi hampir 2 minit itu akan kita lihat dalam Far From Home pada minggu ini.

YouTube video

Secara keseluruhannya bagi kami ianya sekadar gimik Marvel untuk menumpaskan rekod filem Avatar sebagai filem yang mendapat kutipan paling banyak dalam sejarah.

Avengers EndGame Re-ReleaseReview Filem Avengers EndGame Re Release
https://lomp.at/eilmv
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

RM10.2 Juta Dalam Masa Singkat, ‘Malaikat Malam’ Bukti Filem Tempatan Masih Berbisa

by Phic ARMAN
April 2, 2026

MURAI tak boleh sorok rasa teruja bila cakap pasal Malaikat Malam ini.  Serius, memang ‘meletup’ habis!  Baru sahaja tayangan awal...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Foto - @hbomaxmy (IG)
Filem

Shin Hae-Sun ‘Bercinta’ Dengan Gong Myoung Dalam “Filing For Love”?

by Nurul A.
April 5, 2026

Aktres Korea Selatan, Shin Hae-Sun dan aktor Gong Myoung membintangi siri komedi Korea baharu 'Filing for Love'. Siri komedi ini...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  4. 4

    Aliff Syukri Dedah Pekerja Curi Wang Syarikat RM15K?-“Patut Tak Saya Spill Muka Dia..”

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara