Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Rezeki Graduan UiTM! Gardenia Sedia Bimbing Sebelum Masuk Dunia Kerja

by Phic ARMAN
July 9, 2026
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita baik buat mahasiswa dan graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang sedang bersiap sedia melangkah ke alam pekerjaan. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama UiTM Cawangan Selangor bagi memperkukuhkan kerjasama antara industri dan institusi pengajian tinggi menerusi Gardenia x UiTM Apprenticeship 2026.

Inisiatif ini dilihat sebagai satu langkah penting dalam membantu mahasiswa memperoleh pengalaman industri sebenar, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan apabila memasuki dunia kerjaya.

Sepanjang program, peserta didedahkan kepada pelbagai aspek pembangunan produk makanan, termasuk penyelidikan, inovasi, penjenamaan serta strategi pemasaran. Mereka turut diberi peluang menghasilkan idea produk menggunakan rangkaian Gardenia Ready-to-Eat (RTE) seperti QuickBites, PUAZZ!, Toast’em Waffles, Squiggles dan Twiggies.

Menurut Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Puan Ena Suhaila Abas, syarikat percaya golongan muda merupakan aset paling bernilai kepada negara dan program ini bukan sahaja membuka pintu kepada dunia industri, malah melatih peserta berfikir seperti usahawan, pencipta produk dan pakar strategi jenama.

Sementara itu, Prof. Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, yang menjalankan fungsi Rektor UiTM Cawangan Selangor, berkata kerjasama tersebut memberi nilai tambah kepada mahasiswa kerana mereka dapat merasai sendiri pengalaman bekerja dalam persekitaran industri sebenar sebelum menamatkan pengajian.

Program Gardenia x UiTM Apprenticeship 2026 melibatkan penyertaan daripada 22 kampus UiTM di seluruh Semenanjung Malaysia dengan penyertaan seramai 110 mahasiswa. Selain itu, lebih 2,200 mahasiswa turut terlibat dalam kajian tabiat pemakanan yang dijalankan UiTM bagi membantu Gardenia memahami gaya hidup dan keperluan generasi muda.

Topik Berkaitan "Tak Suka UiTM, Just Decline'- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Gardenia turut mengadakan Siri Jelajah Kampus di semua kampus yang terlibat dengan mengagihkan lebih 11,000 pek produk Ready-to-Eat (RTE) kepada mahasiswa, sekali gus mengukuhkan hubungan antara industri dan bakal graduan yang akan menerajui tenaga kerja negara.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
1
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
GardeniaUitmUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
Share7Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Banjir Selangor Hingga RM4,000

by Phic ARMAN
November 18, 2026

Banjir bukan sekadar meninggalkan kesan jalan berlumpur dan rumah dipenuhi air, malah ada keluarga yang terpaksa menanggung kerugian besar apabila...

Read moreDetails
Insentif

9 Bantuan & Insentif Kerajaan Minggu Ini, Ada Laptop Percuma & Baucar RM1,200!

by Phic ARMAN
November 17, 2026

Bukan semua insentif kerajaan datang dalam bentuk wang tunai. Ada yang menawarkan subsidi pengangkutan, komputer riba percuma, geran perniagaan malah...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

  4. 4

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  5. 5

    Doktor Sebak Dalam Dewan Bedah, Buah Pinggang & Hati Aidil Milik 3 Individu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara