• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Rizalman Dedah Rahsia Keperibadian Tunku Azizah Sejak 15 Tahun Lalu

by Khai Azfar
July 25, 2019
Share on Facebook

Datuk Rizalman Ibrahim sekali lagi diberikan mandat untuk menghasilkan persalinan Raja Permaisuri Agong serta anakanda-anakanda baginda untuk Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, 30 Julai ini.

Dedah Keperibadian Tunku Azizah

Sebelum, pereka fesyen terkenal negara itu terlebih dahulu telah diberikan kepercayaan untuk menghasilkan persalinan untuk keluarga diraja Pahang bersempena dengan pertabalan Sultan Pahang yang baharu. Teruja  dengan hari bersejarah kelak, Rizalman telah mendedahkan keperibadian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang bersahabat baik sejak 15 tahun lalu adalah amat istimewa.

https://www.instagram.com/p/B0F_BQCpiNg/

Pernah Masak Secara Mengejut Di Rumah Rizalman 

Menurut Rizalman yang turut dikenali sebagai ‘The Royal Tailor’ , sejak dahulu beliau dan Tunku Azizah banyak berkongsi minat yang sama termasuklah bidang masakan. Menyifatkan Raja Permaisuri Agong itu sememangnya ‘Raja Berjiwa Rakyat’ , baginda tidak kekok untuk mengenepikan protokol dalam banyak perkara. Mengimbas kembali kenangan bersama, Rizalman mendedahkan baginda pernah mencemar duli memasak di dapur kediamannya secara tiba-tiba dan terus memasak tanpa sebarang perancangan.

“Ketika Tuanku berangkat masuk ke rumah saya, ketika itu saya katakan kepada baginda bahawa saya teringin memakan masakan itu ini. Secara tiba-tiba, baginda berkata – berikan saya ikan bilis, kicap, rempah dan sebagainya, dan baginda terus mula memasak (tanpa sebarang rancangan lebih awal).

“Ini menunjukkan baginda bukan seorang tukang masak yang dibuat-buat, atau tukang masak yang mengejar glamor dalam menghasilkan buku masakan, tetapi niat dan keikhlasan baginda untuk berkongsi tentang resipi rakyat, yang mana merupakan menjadi santapan raja di istana,”

Mahir Dalam Pelbagai Bidang 

Malah, Rizalman juga seringkali menghantar mesej untuk bertanyakan kepada baginda tentang cara masakan dan resepi sesuatu juadah dan pertanyaan beliau dijawab baginda secara bersahaja. Kongsinya lagi, ‘air tangan’ Tuanku sendiri menjadi kegemarannya sehingga hari ini.

“Baginda bukan hanya pandai memasak juadah seperti nasi campur, tetapi mahir juga dalam bidang ‘baking’. Antara juadah yang saya suka adalah kek buah Tuanku dan kebiasaannya saya akan meminta diletakkan ceri lebih dan Tuanku akan susun ceri itu dalam susunan huruf ‘R’ bersempena nama saya.

“Kemudian kalau lauk-pauk pula saya suka asam nenas yang diletak udang, dan ketika berkunjung di rumah saya, juadah itu yang dimasak Tuanku untuk tetamu tetamu saya,”

Pada 30 Julai ini, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultanah Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bakal ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang ke-16.

[VIDEO] Gelagat Tengku Muhammad Ceriakan Kelas Masakan Tunku Azizah, Buatkan Netizen Teruja
datuk rizalman ibrahimtunku azizah
https://lomp.at/1s7yk
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Personaliti

[VIDEO] Tengku Hassanal Beramah Mesra Dengan Pelajar SPM-“First Time Nampak Tengku Ketawa Besar”

by Noah Ab
October 20, 2025

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Tengku Hassanal yang beramah mesra dengan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia...

Read more
Personaliti

“Kalau Aku Kena Peluk Dengan Tengku Ismail Macam Tu, Memang Tak Boleh Tidur”-Netizen

Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @anuar_m01 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan,...

Read more
by Noah Ab
October 9, 2025
Personaliti

[VIDEO] Telatah Sultan Pahang & Tunku Azizah ‘Berzumba’ Raih Perhatian Ramai

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Sultan Pahang dan Tengku Azizah yang senang berzumba memanaskan badan sebelum memulakan acara...

Read more
by Noah Ab
November 9, 2025
Berita

Putera Mateen & Puteri Anisha Rosnah Bakal Timang Cahaya Mata Sulung

Perkongsian Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah atau Putera Mateen mencetuskan rasa teruja netizen selepas mengumumkan bahawa dia dan isteri Yang...

Read more
by Naddy Joe
October 15, 2025
Personaliti

[VIDEO] Gelagat Qadejah ‘Bodek’ Aliff Syukri Beli Emas, Buatkan Netizen Teruja

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Qadejah dan Datin Shahida yang 'membodek' Aliff Syukri untuk belanja perhiasan emas buat mereka...

Read more
by Noah Ab
November 10, 2025
Personaliti

[VIDEO] Gelagat Qadejah Curi Rakam Ammar Ahyan Nyanyi Lagu Misha Omar

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Qadejah yang merakam dirinya dan Ammar Ahyan yang menyanyikan lagu kegemaran mereka dari...

Read more
by Noah Ab
November 14, 2025
Foto - @princesseugenie (IG)
Personaliti

Putera Andrew Terlibat Skandal S*ks, Apa Nasib Dua Puterinya Selepas Ini?

Putera Andrew dari Britain akhirnya berdepan dengan akibatnya atas dakwaan penglibatannya dalam skandal yang melibatkan pesalah seks kanak-kanak iaitu Jeffry...

Read more
by Nurul A.
October 28, 2025
Personaliti

PM Anwar Ibrahim Gesa Para Aktivis & Sukarelawan GSF Dibebaskan Rejim Zionis!

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar prejim Zionis membebaskan para aktivis dan sukarelawan Malaysia dan antarabangsa selepas...

Read more
by Naddy Joe
October 2, 2025
Personaliti

[VIDEO] Netizen Terhibur Ammar Ahyan Bawa Kereta Mahal Tapi Letak Teh Ais Dalam Kereta

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Ammar Ahyan yang memberitahu bahawa beliau terkejut dengan kereta yang diberikan oleh ibu bapanya...

Read more
by Noah Ab
October 15, 2025
Berita

Jurusolek Kongsi Momen Tatarias Raja Muda Selangor & Datin Paduka Seri Afzaa Fadini, Curi Perhatian Netizen

Umum mengetahui, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah telah selamat diijabkabulkan...

Read more
by Naddy Joe
October 30, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  2. 2

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  3. 3

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  4. 4

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  5. 5

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore