Pada 30 Julai ini, Malaysia sekali lagi akan mencatat satu peristiwa yang cukup bersejarah dimana Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultanah Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bakal ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang ke-16.

Tunku Azizah Teruja Menanti Hari Pertabalan 

Dalam pada itu, seluruh negara akan diberikan cuti khas bagi menyaksikan sendiri detik bersejarah yang akan turut disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan.

IKLAN

Hanya tinggal kurang dari 2 minggu sahaja lagi,Tunku Azizah berkongsi rasa teruja dan berdebar menanti hari istimewa tersebut menerusi laman Twitter nya sebentar tadi. Malah permaisuri kesayangan rakyat itu sempat berseloroh sambil memuat naik gambar-gambar rasmi yang bakal digunakan kelak.

Disayangi Rakyat 

Sebagai info, Tunku Azizah merupakan satu-satunya Raja Permaisuri Agong yang mempunyai laman Twitter nya sendiri malah sudah diwujudkan sejak dahulu lagi. Begitu dekat dan disayangi rakyat, menerusi medium itu juga rakyat dapat berinteraksi dengan Tunku Azizah selain mengikuti perkembangan terkini keluarga diraja itu. Daulat Tuanku!

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda