Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

RM150 Juta Bantuan Sara Tak Dituntut, Ini Jawapan Ke Mana Duit Ini Pergi

by Phic ARMAN
February 5, 2026
43
KONGSIAN
Share on Facebook

Bukan disimpan, bukan juga dibiarkan sepi. Sebanyak RM150 juta daripada bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang tidak dituntut sehingga 31 Disember 2025 bakal diberi nafas baharu apabila kerajaan memutuskan untuk mengagihkannya semula kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan.

96 Peratus Rakyat Sudah Manfaatkan Bantuan

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang menjelaskan jumlah tersebut mewakili empat peratus daripada keseluruhan bantuan Sara. Selebihnya, kata beliau, telah dimanfaatkan oleh lebih 21 juta rakyat Malaysia, bersamaan 96 peratus penerima, dengan nilai transaksi melebihi RM2.05 bilion.

Menurut Amir Hamzah, baki RM150 juta itu tidak akan disia-siakan, sebaliknya disalurkan secara lebih bersasar dan inklusif kepada empat kelompok utama.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,

Wang Rakyat Diurus Secara Telus dan Bersasar

Pertama, penghuni rumah perlindungan, khususnya mangsa keganasan rumah tangga di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kedua, pelajar orang kurang upaya (OKU) dan pelajar berkeperluan khas di bawah Kementerian Pendidikan.

Ketiga, peruntukan ini akan digunakan untuk pembelian peralatan perubatan bagi pesakit kurang berkemampuan di bawah Kementerian Kesihatan. Dan keempat, penubuhan serta pengukuhan 10 dapur komuniti pelajar atau Dapursiswa, dengan peruntukan khas RM15 juta di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

Beliau menyatakan perkara itu ketika menjawab soalan lisan dalam Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, sambil menegaskan langkah ini mencerminkan ketelusan dan kecekapan pengurusan kewangan awam, selain mengukuhkan jaringan keselamatan sosial negara.

“Fokus kepada kumpulan rentan seperti mangsa keganasan rumah tangga, OKU dan pesakit kurang berkemampuan menunjukkan komitmen kerajaan terhadap keadilan sosial dan prinsip kemanusiaan,” katanya.

Foto dihasilkan menggunakan teknologi AI

Dalam perkembangan berkaitan, Amir Hamzah turut mengumumkan pemberian Sara RM100 fasa kedua akan mula dikreditkan bermula minggu hadapan, melibatkan peruntukan RM2.2 bilion untuk semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

KWSP Nak Bagi Pencen Bulanan? Jangan Panik, Ini Yang Perlu Anda Fahamkan

Tiada permohonan diperlukan. Bantuan itu akan dikreditkan terus ke MyKad penerima dan boleh digunakan sehingga 31 Disember ini. Semakan kelayakan pula boleh dibuat mulai hari ini menerusi portal sara.gov.my.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (PH–Sekijang) yang ingin mengetahui jumlah bantuan yang telah ditebus serta perancangan kerajaan menambah baik sistem Sara bagi tahun 2026.

Syarat Peniaga Dilonggarkan Mulai 2026

Antara penambahbaikan yang sedang dilaksanakan ialah pelonggaran syarat kepada peniaga yang ingin menjadi rakan niaga Sara. Jika sebelum ini mereka perlu menyediakan kesemua 14 kategori barangan, kini memadai menjual sekurang-kurangnya tujuh kategori.

Kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk menambah kategori makanan sejuk beku, termasuk ayam sejuk beku, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan menyesuaikan bantuan dengan keperluan sebenar isi rumah.

Namun bagi barangan segar, kajian lanjut masih dijalankan bagi memastikan aspek kawalan kualiti, keselamatan makanan dan perlindungan pengguna sentiasa terjamin sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
https://lomp.at/3ddvn
Share17Tweet11SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Bantuan Kanak-Kanak JKM Hingga RM1,000 Sebulan, Ini Cara Mohon & Syarat Kelayakan

by Ayu Kamaruddin
March 11, 2026

Golongan ibu bapa atau penjaga yang menjaga anak-anak di bawah umur 18 tahun kini boleh mendapatkan bantuan kewangan melalui Bantuan...

Read moreDetails
Insentif

Rezeki Bakal Jemaah, Selangor Naikkan Insentif Haji Kepada RM1,500 Buat Jemaah Haji Muassasah

by Ayu Kamaruddin
February 23, 2026

Berita baik buat bakal jemaah haji di Selangor! Seramai 6,000 jemaah haji muassasah bakal menerima insentif sebanyak RM1,500 seorang menerusi...

Read moreDetails
Insentif

SARA One-Off RM100 Mula Disalur Hari Ini, Lebih 22 Juta Rakyat Layak

by Ayu Kamaruddin
February 9, 2026

Bermula hari ini, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua rasmi disalurkan kepada rakyat Malaysia, melibatkan peruntukan besar berjumlah RM2.2 bilion....

Read moreDetails
Insentif

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

by Ayu Kamaruddin
March 3, 2026

Berita baik buat rakyat Sarawak, Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 bagi tahun 2026 secara rasmi akan mula disalurkan...

Read moreDetails
Insentif

Aidilfitri Makin Meriah! Penjawat Awam Selangor Dapat Bonus & Masuk Awal

by Ayu Kamaruddin
March 2, 2026

Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba, berita yang pastinya menjadi antara pengumuman paling menggembirakan buat warga penjawat awam di Selangor. Kerajaan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara