Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan Kepada Tindakan Fathia Latiff!

by Ayden Mikhael
April 29, 2018
Share on Facebook

Tindakan pelakon Fathia Latiff yang mengerjakan solat di dalam kereta sewaktu sedang dalam perjalanan ke majlis pertunjukan fesyen menjadi kecaman dan kritikan daripada netizen. Di ruangan komen, ramai yang mempersoalkan adakah perkara ini dibolehkan sedangkan banyak lagi tempat yang boleh berhenti untuk menunaikan solat?

https://murai.my/wp-content/uploads/2018/04/Fathia-Latiff-Solat-Dalam-Kereta-YouTube-2.mp4

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi laman facebook beliau menjelaskan perkara ini. Boleh atau tidak, mari kita sama-sama baca penjelasan dari Mufti wilayah Persekutuan ini.

Boleh atau tidak solat di dalam kereta yang bergerak?

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE- 225 : HUKUM SOLAT DI DALAM KERETA

Soalan:

Assalamualaikum SS Datuk Mufti. Mohon pandangan berkenaan isu seorang selebriti yang melakukan solat di dalam kenderaannya. Adakah perkara ini dibolehkan sedangkan banyak lagi tempat solat yang kita boleh berhenti untuk menunaikan solat ?

Jawapan:

Alhamdulillah segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Dalam mengulas isu ini hendaklah kita memahami beberapa perkara-perkara penting yang menjadi asas perbahasan terlebih dahulu.

Hukum

Perbahasan berkenaan isu ini hakikatnya mempunyai sedikit sebanyak asas seperti yang ditunjukkan oleh beberapa riwayat. Di antaranya seperti yang ditunjukkan oleh sebuah hadis riwayat ‘Amir bin Rabi’ah beliau berkata:

Maksudnya: Aku pernah melihat Rasulullah S.A.W dalam keadaan baginda sedang berada di atas haiwan tunggangan, baginda bertasbih dengan mengisyaratkan kepala baginda menghadap ke arah yang mana haiwan itu menghadap. Dan tidaklah baginda melakukan perkara sedemikian di dalam solat fardhu.

Riwayat al-Bukhari (1097)

Berdasarkan hadis di atas, haiwan tunggangan merupakan kenderaan yang diguna pakai oleh masyarakat pada zaman terdahulu termasuklah pada zaman Rasulullah S.A.W. Maka kenderaan moden seperti kereta, kapal terbang, keretapi, sampan, dan seumpamanya turut memakai hukum yang sama dengan haiwan tunggangan.

Justeru, adalah dibolehkan untuk solat secara umumnya sekiranya seseorang itu berada di atas kenderaan. Namun, kategori solat yang manakah dimaksudkan di dalam hadis di atas ini. Adakah ia untuk solat fardhu ataupun merujuk kepada solat sunat sahaja ?

Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini beliau meletakkannya di bawah ‘’Bab Baginda Turun (Dari Haiwan Tunggangan) Untuk Solat Fardhu’’.

Ini merupakan suatu isyarat yang menunjukkan bahawa solat yang boleh dilakukan dalam keadaan berada di atas atau dalam sesebuah kenderaan adalah solat sunat sahaja. Manakala untuk solat fardhu pula, para ulama menyatakan bahawa hendaklah seseorang itu turun dari haiwan tunggangannya untuk melaksanakannya. Dalam erti kata lain, tidak boleh untuk menunaikan sebarang solat fardhu dalam keadaan berada di atas haiwan tunggangan.

Ibn Hajar menukilkan pendapat Ibn Batthal dalam isu ini yang menyatakan: ‘’Para ulama telah ijma’ akan pensyaratan hal ini (turun dari haiwan tunggangan) dan sesungguhnya tidak boleh bagi seseorang itu untuk menunaikan solat fardhu di atas haiwan tunggangan tanpa ada sebarang keuzuran’’.

Beliau mengatakan lagi: Perkataan ‘’baginda bertasbih’’ merujuk kepada solat sunat. Ini bersandarkan beberapa hadis yang menjadi sandaran kepada hal tersebut. Lihat Fath al-Bari, Ibn Hajar (2/667).

Kami bahagikan perincian berkenaan solat di dalam kenderaan  kepada dua noktah berikut yang berkaitan dengan jenis kenderaan yang digunakan:

Jenis kenderaan yang digunakan

Pertama: Solat Di Atas Kenderaan Seperti Keretapi Atau Kapal Terbang

Dalam isu ini, adalah dibolehkan untuk seseorang itu solat di dalamnya sama ada untuk solat sunat atau solat fardhu sekalipun. Ini mengambil kira tempoh perjalanan yang panjang secara adatnya dengan menaiki kenderaan seperti ini, tambahan pula seseorang itu tidak ada cara untuk turun dari kenderaan seperti ini semata-mata untuk menunaikan solat melainkan hanya dapat turun sesampai sahaja kenderaan ini ke destinasi yang dituju. Maka ia jelas berbeza dengan konsep solat di atas haiwan tunggangan.

Perbahasan panjang lebar berkaitan hukum-hakam solat di atas kapal terbang ini telahpun kami kupas dengan begitu terperinci dan jelas di dalam pautan berikut https://bit.ly/2r3kfAe

Kedua: Solat Di Atas Haiwan Tunggangan

Berkenaan solat di atas haiwan tunggangan seperti kuda dan unta, ia juga cukup mempunyai kesamaan yang jelas dengan kereta yang menjadi kenderaan moden pada hari ini. Ini kerana, seseorang yang menaiki kereta itu tidak menjadi kesukaran buat dirinya untuk berhenti dan keluar menunaikan solat di luar kereta yang dinaikinya itu. Hal ini mengambil kira suasana di negara kita yang begitu kondusif dalam menyediakan kemudahan tempat solat di kebanyakan tempat. Ini seperti surau-surau yang terdapat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), stesen minyak, dan selainnya untuk didirikan solat padanya.

Justeru, berkenaan hukum solat di dalam kereta maka terpakai ke atasnya hukum solat di atas haiwan tunggangan seperti kuda dan unta. Ini membawa erti bahawa adalah dibolehkan untuk seseorang itu menunaikan solat sunat jika dia berada di dalam kereta. Namun, untuk mendirikan solat fardhu di dalam kereta, ia adalah tidak dibenarkan ?

Solat Sunat Dalam Kereta Perlukah Menghadap Kiblat?

Dalam permasalahan ini, suka kami nukilkan beberapa pendapat para fuqaha terdahulu dan kontemporari seperti berikut:

Kata al-Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani: Jika berada dalam kenderaan dan boleh menghadap kiblat bagi keseluruhan solat dan menyempurnakan segala rukunnya atau sesetengahnya hendaklah kekal dengan keadaan itu. Jika tidak boleh berkekalan menghadap kiblat pada keseluruhan solat, maka memadailah menghadap ke arah kiblat ketika mengangkat takbirat al-ihram. Jika tidak boleh, tidaklah perlu menghadap kiblat. Rujuk Matla’ al-Badrain, Syeikh Muhammad bin Ismail (1/3).

Maka tuntutan menghadap kiblat sesama solat di dalam kereta adalah berbeza mengikut kepada perbezaan situasi dan keadaan orang yang melaksanakannya.

Manakala al-Imam al-Qadhi Abu Syuja’ Rahimahullah berkata bahawa: ‘’Dibolehkan untuk seseorang itu meninggalkan (menghadap ke arah) kiblat dalam dua keadaan iaitu ketika takut yang bersangatan dan juga solat sunat semasa permusafiran yang dilakukan di atas haiwan tunggangan’’. Lihat Matan al-Ghayah wal-Taqrib, Abu Syuja’ (Hlm. 62).

Justeru, mengambil kira keadaan dan persekitaran laluan jalanraya di dalam negara kita pada hari ini, adalah dibolehkan untuk seseorang yang menunaikan solat sunat sama ada solat sunat dhuha dan selainnya di dalam kereta untuk tidak menghadap ke arah kiblat.

Kesimpulannya

Kaifiat Solat Dalam Kereta

Bagi seseorang yang menunaikan solat sunat di dalam kereta keadaannya adalah sedikit berbeza dengan solat yang dilakukan secara kebiasaan. Ini kerana, solat di dalam kereta melibatkan isyarat dan pergerakan kepala seperti yang ditunjukkan oleh beberapa riwayat. Ini seperti sebuah riwayat daripada Ibn Umar R.Anhuma dengan katanya:

Maksudnya: Adalah Nabi S.A.W solat di dalam permusafiran di atas haiwan tunggangannya. Dari sudut apabila haiwan itu menghadap ke arahnya, baginda mengikut ke arahnya dengan isyarat. Solat malam melainkan solat-solat fardhu, dan baginda juga melakukan solat sunat witir di atas haiwan tunggangannya.

Riwayat al-Bukhari (1000)

Imam al-Khatib al-Syarbini turut menjadikan hadis ini sebagai hujahan dalam pendapatnya yang menyebut: ‘’Memadailah buatnya (orang yang solat di atas haiwan tunggangan) untuk melakukan isyarat (untuk ruku’ dan sujudnya) dan sujudnya adalah lebih rendah dari ruku’nya’’.

Kesimpulan

Kami menyimpulkan isu ini dengan menyatakan beberapa perkara seperti berikut:

Pertama: Hukum menunaikan solat sunat di dalam kereta adalah dibolehkan. Manakala solat fardhu pula adalah tidak dibolehkan melainkan dalam keadaan dharurat

Kedua: Hendaklah seseorang itu terutamanya mereka yang mempunyai pengaruh dan ramai pengikut untuk mengelakkan perbuatan yang dapat menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat melainkan dengan disertakan sekali berkenaan rujukan dan hujahan daripada para ulama dan badan- badan berautoriti.

Ketiga: Sekiranya keadaan setempat memudahkan kita untuk menunaikan solat di tempat yang lebih selesa berbanding solat di dalam kereta, hendaklah ia lebih diutamakan. Ini mengambil kira sifat solat yang mempunyai syarat- syarat dan rukunnya yang perlu diraikan.

Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.

Apa-apa pun, kami di murai.my mengucapkan terima kasih atas perkongsian ini. Ya benar Islam itu mudah. Namun kita tak boleh ambil mudah. Sama-sama kita ambil pengajaran.

Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan

The following two tabs change content below.
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @abbyabadi_112 (IG)
Lokal

Kenyataan Kawan Memey Buat Abby Abadi ‘Naik Hantu’- “Mulut Siapa Bawa Cerita Ni?!”

by Nurul A.
July 14, 2026

Kemelut keluarga pelakon Abby Abadi nampaknya sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dia meluahkan rasa marahnya terhadap kenyataan yang didakwa...

Read moreDetails
Foto - @aintmeemrawnoon (IG)
Spotlight

[VIDEO] Luahan Engku Emran Tentang Pergaulan Anak Raih Perhatian- “Saya Takut Apabila Anak…”

by Nurul A.
July 24, 2026

Tak dinafikan setiap ibu bapa, termasuklah usahawan Engku Emran mahu yang terbaik untuk anak mereka. Menerusi podcast 'Hello Sihat, Apa...

Read moreDetails
Foto - @cinemashortsig (IG) / @suricruise_sc (iG)
Spotlight

Selepas Anak-Anak Brad Pitt, Kini Giliran Suri Cruise Pula ‘Buang’ Nama Keluarga

by Nurul A.
July 29, 2026

Nampaknya bukan anak-anak pelakon Brad Pitt sahaja, kini anak Tom Cruise iaitu Suri Cruise pula yang tekad untuk mengugurkan nama...

Read moreDetails
Spotlight

3DIVA Kembali Ke Malaysia! Tiket Mula Dijual 5 September, Early Bird Serendah RM138

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Siapa yang membesar dengan lagu-lagu Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ? Kalau nama-nama ini terus membawa anda kembali kepada...

Read moreDetails
Foto - @syedsaddiq (IG)
Spotlight

Kutipan 3 Kali Ganda, Syed Saddiq Terus Agih Bantuan Selepas Larian 171Km

by Nurul A.
July 20, 2026

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus menjadi bualan ramai, lebih-lebih lagi selepas menamatkan misi lariannya sejauh 170...

Read moreDetails
Erling Haaland
Spotlight

[FOTO] Peminat Puji Gaya Rambut Terbaru Erling Haaland- “Nampak Muda & Lebih Kacak!”

by Nurul A.
August 24, 2026

Pemain bola sepak Norway, Erling Haaland kembali mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa gambar gaya rambut terbarunya. Sebelum ini,...

Read moreDetails
Netflix
Filem

‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

by Nurul A.
August 1, 2026

Selepas tayangan bersejarah di pawagam sebagai filem anime dengan kutipan tertinggi dalam sejarah, 'Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle...

Read moreDetails
Foto - @kitelikenerves (IG)
Spotlight

Penyanyi Pop Indonesia, HNATA Kembali Dengan Single Baharu “nothing stays the same”

by Nurul A.
July 14, 2026

Penyanyi pop Indonesia HNATA kembali dengan single baharu daripada album sulungnya yang akan datang, SAYONARA! bertajuk "nothing stays the same"....

Read moreDetails
Spotlight

Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

by Phic ARMAN
September 6, 2026

Kalau selama ini pertandingan ratu cantik sering dikaitkan dengan wajah menawan dan penampilan anggun, Taanusiya Chetty membuktikan bahawa ‘pakej’ sebenar...

Read moreDetails
Spotlight

Sid Sriram Kembali ‘Take Over’ KL, Heart & Soul 4.0 Dijangka Gegar Unifi Arena

by Phic ARMAN
July 17, 2026

Sid Sriram bakal kembali menemui peminat Malaysia menerusi Heart & Soul 4.0 Live in KL 2026, dan kalau melihat rekod...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  3. 3

    Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara