Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Rocketfuel Entertainment Hadir Dengan 3 Lagu Raya Meriah!

Raikan Ramadan & Syawal Tahun Ini Dengan Lagu-Lagu Raya Seperti “Meriah Lain Macam”, “Nyam Nyam Ketupat” & “Dam Dim Dum Raya”

by Aphit J.
March 8, 2025
Share on Facebook

Demi memeriahkan sambutan Ramadan dan Syawal tahun ini, apa yang lebih menggembirakan selain dari lagu-lagu Raya yang menghidupkan suasana?

Hadir Dengan Tiga Lagu Raya

Setiap tahun, Rocketfuel Entertainment hadir dengan buah tangan terbaharu, dan tahun ini mereka menawarkan bukan satu, bukan dua, tetapi tiga lagu Raya yang pasti akan membuatkan anda tidak sabar untuk beraya.

Melodi yang mencuit hati, lirik yang menghiburkan, dan tarian “comel” yang pasti menjadi tular, ketiga-tiga lagu ini dijangka menjadi “playlist” utama musim perayaan tahun ini.

Kolaborasi Nadeera Bersama Hael Husaini

via Rocketfuel Entertainment

Lagu pertama, “Meriah Lain Macam” nyanyian Hael Husaini dan Nadeera, walaupun belum dilancarkan secara rasmi, telah meraih lebih 5.3 juta tontonan serta lebih 5,000 ciptaan di TikTok!

Lagu ini menggambarkan keterujaan dan kekecohan pasangan suami isteri yang sibuk membuat persiapan pulang ke kampung untuk beraya.

Hael Husaini berharap lagu ini dapat menghidupkan ‘mood’ Raya dengan menyerlahkan keseronokan dan cabaran perjalanan pulang ke kampung.

Gabungan Wani Kayrie, Dinda Dania, Missalvy dan Zizan Razak

via Rocketfuel Entertainment

Lagu kedua, “Nyam Nyam Ketupat” nyanyian Wani Kayrie, Dinda Dania, Missalvy dan Zizan Razak, bertemakan makanan yang pastinya dinantikan semua setiap kali Raya.

Dengan melodi yang catchy dan tarian yang mudah diikuti, lagu ini bukan sahaja menceriakan suasana tetapi juga akan menjadi trend tarian di kalangan peminat.

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

Nadeera Dengan Lagu Solo Raya Pertama

via Rocketfuel Entertainment

Lagu ketiga, “Dam Dim Dum Raya” nyanyian Nadeera, adalah single solo Raya pertama beliau.

Lagu ini menceritakan detik akhir Ramadan dan keterujaan menyambut Syawal, dengan melodi yang membangkitkan nostalgia.

Nadeera berharap lagu ini dapat memberikan sesuatu yang istimewa buat peminatnya.

Dengan tiga lagu istimewa ini, sambutan Raya tahun ini pasti lebih meriah dan penuh keceriaan.

Jangan lupa nantikan pelancaran rasmi kesemua lagu ini dan sambut Aidilfitri dengan muzik yang menggembirakan!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dinda Daniahael husainiMissAlvyNadeerawani kayrieZizan Razak
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara