Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Rozita Ibrahim Bidas Pendapat DSV! Anggap Ayat ‘Malas’ Tidak Sesuai

Jelas Rozita, Vida seharusnya patut lebih sensitif di kala ini

by Khai Azfar
July 8, 2021
Share on Facebook

Pengasas Jamu Ratu Malaya, Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa sebagai Bonda Rozita membidas pendapat jutawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida (DSV) mengenai segelintir rakyat yang kehilangan pendapatan agar tidak berharap sepenuhnya kepada bantuan ‘bendera putih’.

Rozita Tidak Setuju Dengan Vida 

Menerusi hantaran di laman Instagram nya, ibu kepada usahawan kosmetik Dato Seri Aliff Syukri itu terlebih dahulu memohon maaf kepada Vida sekiranya pendapatnya itu berbeza. Tegas Rozita, dia sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh usahawan itu.

View this post on Instagram

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Tambahnya lagi, Vida seharusnya patut lebih sensitif di kala ini kerana setiap orang berhadapan dengan situasi yang berbeza apatah lagi kes bunuh diri juga semakin kerap dilaporkan.

“Bukan isu rakyat malas bekerja pada waktu begini. Jika dilihat, dahulu sebelum datangnya Covid-19, tiada sesiapa pun yang angkat bendera putih minta bantuan makanan.

“Tidak semua orang yang susah suka meminta-minta. Ayat malas itu amatlah tidak sesuai digunakan ketika hampir ke semua masyarakat sedang tertekan. Kita simpati, tetapi kita juga perlu ada rasa sensitif kerana lain orang lain yang dia rasa.

“Jika mahu muat naik sesuatu di laman sosial juga perlu berhati-hati untuk menjaga perasaan dan hati semua orang. Rakyat tolong rakyat, kita tidak mahu ada yang kelaparan dan bunuh diri,” tulis Rozita

Motivasi Tidak Sesuai Ketika Ini 

Menurut Rozita, orang ramai sudah berusaha namun semua sektor kini terkesan sehingga ada diantaranya terpaksa diberhentikan kerja. Meskipun dia mengetahui bahawa niat Vida sememangnya baik dan hanya ingin memberikan motivasi kepada rakyat Malaysia, namun Rozita berkata dengan keadaan sekarang motivasi sedemikian khuatir akan lebih mengguriskan perasaan orang ramai.

“Semua orang mahu bekerja dan tidak mengharapkan duit dari kerajaan. Malahan, kita semua sudah berusaha. Apa yang saya risau adalah terhadap golongan yang tertekan apabila memikirkan anak yang kelaparan dan juga rindu terhadap ibu ayah di kampung.

“Saya hormat pendapat DSV kerana niatnya bagus untuk memberi motivasi kepada rakyat namun rakyat pada masa kini tidak perlu motivasi sebegitu kerana bimbang mereka akan lebih tertekan,” jelasnya lagi

https://www.instagram.com/p/CRAl1Q3pH90/

Terdahulu, Vida dikecam oleh netizen selepas berkongsi video menasihati golongan yang terjejas sewaktu negara berdepan dengan pandemik Covid-19 supaya tidak hanya mengharapkan bantuan. Pesan Vida, golongan tersebut seharusnya tidak ‘berharap’ atau bergantung kepada bantuan ‘bendera putih’ semata-mata tanpa berusaha untuk mencari rezeki.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datuk seri vidadsvrozita ibrahim
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara